Instagram

Keisha sudah 22 bulan

Lagi 2 bulan, 2 tahun lah dia.
Aku rancang nak buat party kecil-kecilan untuk keisha nanti. Ajak family ajer kot. Tapi tengok la dulu macammana. Perancangan dalam kepala otak ajer nie. Kalau rajin, aku buat, kalau tetiba malas kita potong cake ajer la.
Rasa macam sekejap ajer anak ini dah 22 bulan. Tup tup dah nak masuk 2 tahun, tahun depan boleh la busy carikkan dia playschool. Itu pun kalau jumpa yang berdekatan dan bersesuaian. Jauh-jauh sangat tak kuasa mak nak mengantornya. Korang ada nak suggest playschool yang best tak? kalau ada sila komen. Ini arahan!!! #buatmukagarang

Makin lama makin noty.

Perubahan paling besar yang aku nak kongsikan dengan korang pasal keisha adalah:
Keisha dah kureng BF. Yeay yeay...
Macammana tiba-tiba dia kureng BF aku pun musykil. Bukan sebab aku pregnant. No. Tapi aku syak mungkin sebab aku pernah mengabaikan dia dan buat dia menangis sampai 3 hari 3 malam. Kenapa di abaikan??? sebab aku dah penat nak tetekkan dia tiap malam sampai seploh kali. Yes!!! keisha menyusu sampai sepuluh kali setiap malam. Aku bukan la kira. Yang aku nak tunjukkan disini, memang banyak kali dia bangun nak susu. Kadang-kadang selang sejam.

Masa tu aku dah syak, susu aku dah kureng. Ko tahu ajer la aku pregnant, memang boleh mengurangkan susu. Jadi mungkin dia lapar, sebab itu dia kerap bangun untuk menyusu. Dalam masa yang sama aku rasa dia dah terseronok. Ek ek sikit aku sua tetek. Ek ek lagi aku sua tetek. Begitu la seterusnya sampai ke pagi. Jadi bila dah terlalu seronok disuakan tetek, maka tiap malam dia buat perangai yang sama sampai aku naik letih...

Mula2 kerap 2 jam sekali
Tiba-tiba dah kerap sejam sekali
Dan kadang-kadang lepas tanggalkan dia mintak lagi. Amboiiiiiiiiiii melebih.

Bila aku geram, jadi aku buat tak tahu ajer bila dia bangun tengah pagi untuk menyusu. Meraung jangan cakap la non stop. Memang terasa kejam, tapi terpaksa buat macam tu. Kalau tak sampai bila. Padahal sebelum tido, aku dah sumbat macam-macam dalam mulut dia. Minum air sebelum tido juga adalah wajib. Tapi masih lagi bangun seploh kali sebab nak susu. Grrrrrrrrr....

Syukur sekarang dia sudah ok...
Macam eh senang pulak aku rasa. Hehe.. Sebab dulu aku ingat sampai nak kena separated tido bagai.
Ok bab tu mungkin lepas dapat baby ke 2. Keisha tido dengan daddy please. =P

Siang pun dah tak BF sangat.
Kadang-kadang seharian tak BF. Kalau dia rindu nanti dia mintak jugak.
Lepas tu buat muka gembira nampak tetek aku. Macam nampak apa ajer. Kelakar tengok.

Obses dengan rambut.
MasyaAllah. Kadang-kadang menggeramkan!!!
Nak tido cari rambut aku nak usap-usap.
Kadang-kadang tengah malam terjaga cari rambut aku lepas tu sambung tido balik. Pfffttttt... Apakah pelik sangat kamu nie keisha.

Tu haaaa... dia tengok tengok tv. Tapi tangan dok gentel-gentel rambut aku.
Kalau setakat gentel je takpa. Ni siap tarik-tarik. Sakit gila!!!
Bila aku marah, dia lagi tarik sambil gelak..
Kadang-kadang boleh jadi gaduh anak beranak. =P
Eh mak ko nie memang suka gaduh dengan budak kecik. Dia pedulik hape. Dia sakit kang dia buat ko sakit balik, hahahahaha... dia tarik rambut aku, kalau aku dan panas sangat. aku tarik balik rambut dia... lepas tu aku cakap.. haaaa sakit tak? sakit tak???

Makan juga sudah banyak...
Banyak kali dah kot aku bagitahu yang keisha dah kuat makan.
Tapi ikut mood juga la. Kadang-kadang ada juga masa dia taknak makan.

Buah kalau makan sendiri, dah pandai telan.
Selama nie dia akan buang balik hampas tu. Now dia dah telan dengan hampas-hampas sekali. Jadi aku tak payah dah jadi pengutip makanan dia...

Rajin baca buku juga.
Itu buku favorite dia buat masa ini.
Dah pandai dah. Kalau kita tanya, where is chiken, nanti dia tunjuk ciken.  Pastu bila tanya where is mooo cow, kang dia tunjuk cow sambil buat bunyi mooo.. dan paling dia suka adalah owl. Bila kita tanya mana owl, laju dia tunjuk lalu buat bunyi owl woooo hooooo... wooo hoooo.. lepas tu cari buku lain yang ada owl tunjuk kat aku sambil gelak-gelak...

Eh aku ada video. Tapi geram pulak dengan hp nie haaaa... tetiba gila takleh nak connect dengan laptop. Takpe, kang dia dah tak gila aku tunjuk kat korang okey.

Juga sudah pandai beraksi di camera kalau kita suruh buat something.
Kalau dulu senget manjanggggggggggggggggggg...
Sekarang bila aku cakap. Keisha buat macam nie, nanti dia buat la macam tu. Tapi ikut mood jugak. Tak semua dia ikut. Hew hew...

Pandai tunjuk kasih sayang dia...
Keisha mummy nak hug. Karang dia hug sambil usap dan topok topok belakang kita. Sejibik macam aku buat kat dia... Kalau mintak kiss pun dia akan kiss banyak banyak kali. Best kot kena kiss dengan anak. Hehehehe... Paling best, kalau ciput peluk aku. Nanti dia akan mintak aku peluk dia pula. Macam gambar keluarga bertingkat tu la.. kalau aku baring atas ciput, nanti dia akan baring atas aku pula. Best best.

Lepas tu pandai merajuk juga. Kalau kena marah, memek muka jangan cakap la.. kelakar kalau tengok. Nak marah tak jadi terus nak marah sebab dia akan buat muka sambil keluar suara sedih dia...

Kalau menangis pun dah mendayu-dayu. Dah takde satu tone, dah ada macam-macam tone...

Ok tu ajer yang terpikir kat kepala hotak aku. Padahal ada banyak lagi sebenarnya.
Nanti aku sambung bila dia dah 2 tahun ye...

Love: Ceera =P

10 LoveGreen:

Mooniqueen said...

Sis ceera, anak kt diff 2 mos je..but diff kite sis dh pregnan..sy Blm lagi...betul la, makin besar makin bijak akal dia kan...sy pun anak still bf..but tak fully la...dia dgn sy je nak bf kt nursery boleh pulak berbotol...bab menggetel rambut tu sy rasa ok kot dpd anak sy dh la besor pjg dh, menetek dgn tgn satu lagi Dok gentel tetek sblh lg..kdg2 memang jadi gadoh sbb dh sakit kan...die gentel dgn kuku pulak..kalau sabar tgi bolehlah tahan, kalau sabar ade kureng sikit, memang Kene lepuk la sikit..

Love Razila said...

Alahai anak omak.kikiki...kuit seyy suke aku tgk =)

✿ pink velvet ✿ said...

bestnyer dgr pasal keisha ... comei je rase, hehe! tapi part rambut tu mmg pelik, sok2 mau mumynyer rambut pendek pulak, haha~

Wira Nordin said...

nanti ada birthday parti tai bila 24 bulan?
nak hadiah kalo kena la buat party :p

lily lotus said...

kejap jer dah besar budak tecik ni, tak lama lagi nak dapat adik pulak. happy for u :)

ArELeEz said...

tone keisha yg paling lunak merdu, tone b'genre ape? he3..

Sharidawati Shahrudin said...

ohhh anak sha dah nak masuk 21 months. hehe..

Sharidawati Shahrudin said...

ohh and btw, u preggie? tahniah ceera!!!! walopun kita x sempat nak jupe ms napbas hr tu im happy 4 u ye...

ShirVen said...

so seronok and so cumel kan bebudak in this age, seronok buat kwn seronok bawa gaduh juga. each day memcm perkara baru diorg buat which most of the so sweet :)tak lama lagi keisha jd kakak for sure gerenti jeles tu :)

NadyaBubble said...

Sama dengan adik, asal nak tidur je mesti usap rambut orang lain. Memang siaplah siapa yang tidur dekat dengan dia :p

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998