Instagram

Bila anak tidur lena, emak pun tumpang lena juga.

Bukan main lena anak ini tidur. Mummy bukak lampu amik gambar pun dia tak perasan.
Aku berjalan ketung ketang pun begini juga posisi dia, tak berubah.

Closeup..
Amboi muncung... Menggeramkan! Rasa nak kiss-kiss...

Perkara yang menyenangkan hati setiap mommies adalah apabila melihat anak mereka tidur. Rasa macam ada satu kepuasan. Rasa macam syukur alhamdulillah, berjaya sudah satu hari aku bersama dengan anak ini. Besok adalah hari yang baru untuk aku dah dia... semoga perjalanan hari esok akan menjadi lebih baik untuk kami berdua. Semoga anak ini akan sentiasa ceria, dan semoga aku pula akan sentiasa bersabar melayan kerenah dia yang macam-macam.

Anak-anak...
Pasti ada kerenah yang pelbagai.
Hari ini dia nak itu ini. Besok pulak begitu begini...
Takkan ada yang sama hari-hari. Setiap hari adalah pengalaman/pembelajaran yang baru.
Dan baru-baru ni, pengalaman baru keisha adalah jatuh tersembam di atas Jalan Tar. Habis calar balar muka.
Pengalaman aku pula. Urut dada tengok muka anak calar balar...

Eh mek ni. Aku senget dia pun nak senget!

Tapi ada satu perkara yang sama setiap hari, iaitu perubahan yang paling ketara dan juga perubahan yang menggembirakan aku...
Menyusu di waktu malam = TIDAK
Bocor atau terpaksa tukar diaper setiap malam = TIDAK
Tidur lena = YA YA YA! SANGAT LENA...

Jadi mummy lena = Ya allah, mummy pun lena la tidur. Bangun tidur sama ceria dengan anak, hik hik hik...

Salah satu punca keisha tidur lena setiap malam. Aku kena berterima kasih dengan MamyPoko sebab membuatkan tidur anak ku sentiasa lena dan bangun dengan penuh senyuman...

Terpaksa mengakui MamyPoko adalah satu brand yang terbaik untuk bayi.
Engko kena cuba kalau belum cuba...
Aku bukanlah pengguna dari dulu MamyPoko. Baru saja berjinak-jinak dengan MamyPoko. Boleh kata baru cuba lebih kurang 5 bulan. Dan sekarang sedang cuba pula MamyPoko Stripes Pads untuk Keisha.

Apa yang boleh aku simpulkan.
MamyPoko Stripes Pad memang Extra Dry, dimana ia meresap lebih baik dan membuatkan bayi anda sentiasa kering. Tak caya, bangun pagi bukak diaper anak dan pegang bontot dia. Kering okey...
Lapisan luar juga adalah selembut kapas yang melepaskan panas dan lembab bagi membantu mengurangkan ruam...

Lepas nie, bayi kedua. Confirm aku pakaikan terus MamyPoko...
=)

Love: Ceera =P

7 LoveGreen:

genuine1224 said...

yep betul tu! i guna mamypoko jugak..mgg xbocor! mahal pun berbaloi2..

Nanak said...

ceera, yg pek biru ni keluaran mesia ke? i tak pernah beli pek ni..dr baby lahir mmg pakai mamypoko tp yg pek kuning tu je :)

BigMouth said...

gigit muncung dier..

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal. i dah follow blog kiut ni. follow i balik ye..tq..;D

pena rozie said...

comelnyer die tido...

Love Razila said...

Hemm memang pon...xdinafikan mamypoko memang terbaek!!
Since dr irfan aku memang fully pakai mamy poko cuma si adik bila di rumah pengasuh..aku bagi brand lain bila aku jaga, memang fully mamypoko. hehehehe

NadyaBubble said...

Sedapnya Keisha tidur !

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998