Koleksi Gambar

Selamat bertunang adikku.

Tak sangka adik aku yang sorang ni dah bertunang.
Tinggal sorang ajer lagi yang tak reti-reti nak kawin. Eh dua orang. Yang tua tu entah bila, entah-entah memang bujang terlajak. =P

Bakpe la ko carik orang jauh nau ayie. Keras bontot atam nak tunggu sampai ke Johor sana.
Dah la keisha baru baik dari demam, dia punye meroyan sampai aku naik stress.
Elok tido aku nak letak kat carseat dia terjaga dan menangis-nangis. Tak bagi langsung aku letak di kat mana-mana. Nak aku pegang ajer. Uwaaaaaaaaaaaaa... dah la jauh, lenguh la lengan ahkak kalau nak pegang ajer. Sobssss...

Yang paling best, lagi seploh minit nak sampai, baru keisha nak tido lena. Prffffff... sudah terlambat nak, sudah terlambat. Nak sampai sudah!

Adik beradik gediks.
Eh baju putih tu emak saya tau. Jangan ingat akak plak, sentap maqciq2 kat situ kang, =P

Masa nie memang aku tak kuasa nak amik gambar. Sibuk dengan anak ajer.

1st time mak jalan jauh lepas keluar hospital.
Itu pun mak muntah-muntah dalam 2 hari sebab makan tak ikut time.
Oh, adik badik aku campur mak datang awal sehari.
Dorang lepak kat homestay.
Aku plak pergi hari sebab tak kuasa nak lepak homestay, tambah-tambah masa tu keisha demam. Kang anak aku menangis tengah malam, semua pun tak dapat tido.

Yes, ada pun gambar aku, kahkahkah. TQ abangdak.
Aku lepak kat luar ajer dengan ayie and ciput.
Menenangkan ayie kononnya. Dia kan tengah cuak.

Keadaan di dalam rumah.

Aku kan tak masuk, jadi aku tak tahu la apa jadi. =P

Sesi sarung cincin.

Bertuah ko ayie, amik gambar dengan tunang. Atam dulu bergambar sorang-sorang ajer. huhu~

Mereka bakal kahwin awal bulan 9
Sedih mak encik. Dah la time tu aku dah beranak kot. Tak pun menunggu hari untuk beranak. Jadi memang aku tak pergi la wedding dorang. Sebab tu aku beria juga nak pergi tunang ayie walaupun keisha tak berapa nak sihat.

Tapi belah lelaki, akan buat awal bulan 10.
Dapat la aku mengendeng kejap walaupun time tu dalam pantang.
Arghhhh aku tak kira, dalam pantang pun aku nak nampak cantik jugak.

Makan time!

Terima kasih sebab bagi kami makan sedap-sedap....

Lepas makan, lepak sekejap bergambar-gambar. Terus pulang ke KL.
Keadaan yang sama juga masa balik. Keisha taknak diletak...
Kurus tangan aku dalam sehari pangku Keisha.

Anyways, Selamat Bertunang Ayie and Nuraini.
Semoga semua dipermudahkan sampai ke jinjang pelamin, amin...

Love: Ceera =P

8 LoveGreen:

Shu Shinju said... [Reply to Comments]

simple & sweet jer tunang adik ceera...:)

Reena said... [Reply to Comments]

dlm adik bradik "gediks", k.ceera xde...means x gediks la eh..hehehe... :))

misz_eyza said... [Reply to Comments]

wah meriah yer majlis nie walaupun bertunang...siap ada khemah lagi tue

Love Razila said... [Reply to Comments]

Owh berseri jugak muke future mummy ni.hehehe...so cute le ko pakai cekak tu.hahahaha

eh nk tanya, yg pakai baju grey tudung itam putih tu sibiling ko gak ker??apesal mcm xpernah nmpk pon muke dia??hehhehe

Bardboo said... [Reply to Comments]

dah lama tak singgah sini..sekali singgah, rupanya u tengah preggy...tahniah yer!

C.M.A @ CikMoonAdnan said... [Reply to Comments]

mak nmpak sgt muda :)

kuehbangkit said... [Reply to Comments]

eera! tahniah preg kali ke 2! akhirnya usaha hang berjaya!

mama-syira said... [Reply to Comments]

Salam,
Keisha tu namanya pembawakan nak dapat adik, memang letih la nak layan. Tapi nak wat camne.. hehe. sabar je lah ye. Take care.

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998