Koleksi Gambar

Mika sudah setahun

Macam sekejap ajer masa berlalu.
Tup tup dah setahun budak kecik nie.
Aku rasa, nak jaga mika ni agak susah juga. Sebab dia nie jenis nak berdukung sentiasa masa bayi. Ko letak ajer nangis, ko angkat pun masih lagi dia menangis. Rupanya nak berjalan-jalan di luar. Nak angin luar baru dia senyap. Purffffffffffffffff...

Kalau menangis, bukan jenis yang manja-manja punye. Sampai nak terkeluar anak tekak dia punye menjerit.

Hebat sungguh leena dapat menahan kesabaran.
Dah tu, anak sendiri ye dak.. macam mana perangai pun kena sabar jugak.

Bila dah membesar, perangai pun makin ok. Cuma manja dia masyaAllahhhhhhhhhhh... kalah keisha.

Budak berambut awan nano yang sibuk nak main masak-masak.
Penat mata nak monitor dia. Takut dia baling-balingkan ajer cawan kaca tu haaa...
Bila di ambil marah, pastu main hempas-hempas badan. Tensi ahkak. ikut perangai siapa ntah. Aku berperangai comel ye masa kecik-kecik *tipu.

Babil and alif
Masing-masing dah besar.
Alif bakal masuk 2 tahun bulan depan.

Budak anje dengan oma...

Kahkahkah..
Biasa la aku, bab makan orang pertama-tama yang duduk situ. Cuba bab mengemas lepas makan, aku la orang pertama yang hilang dalam pemandangan...
Dasar pemalas ini menantu.

Aku ikut konsep...
Kat rumah mama, engko la yang kemas ye sayang.
Rumah emakku, aku plak kemas.
Begitu...
Kalau tak macam tak adil plak rasa, kahkahkah...
Teruk benar.

Oma dan cucu-cucu kesayangan.
Bulan 9 nanti, dapat lagi cucu baru... =)

Happy birthday mika.
Mummy tak belikan lagi awak hadiah.
Tunggu mama awak buat party besar-besaran, baru mummy belikan awak hadiah ottey...

Patutnya nak buat besday party mika minggu depannya.
Sekali mika demam pula. Terpaksa tangguh sampai la nie. Tak tahu bila nak celebratenya. Jangan sampai budak kecik nie nak masuk 2 tahun sudah! Rugi barang-barang yang dah dibeli.

Love: Ceera =P

3 LoveGreen:

naf9091 said... [Reply to Comments]

Sis,

strawberry tu kaler purplee kahhh??hehehe

A Girl Like You said... [Reply to Comments]

yg bestnye gambar tiga dari bawah! sama dua beranak! pertama2 bab makan!

Love Razila said... [Reply to Comments]

Alahai...alif punya pants sebijik aryan daa B-)
Weih...awatnyer kurus melengking ni.?preggy ke dok,lamanyer nk nmpk ko kembang.hihihi

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998