Instagram

Tekak nak makan western

Cak!!!
Macam dah lama tak update kan, hehe..
Aku sekarang sedang mengalami, kemengantukan sepanjang masa.
Asal keisha tido, aku tido. Kekadang keisha dah bangun pun aku masih tido... ish ish ish...
Jadi, bila masa aku nak online. Ko cakap sikit, bila masa???
Memanjangggggggggggg tido!!!

Kalau keisha berjaga, memang tak kuasa la kan aku nak update blog. Minah tu bukan boleh tengok emaknya pegang laptop. Nanti dia yang sibuk pertama-tama. Rimas haku!
Daripada aku marah-marah, baik aku tak payah on langsung...

Ok hari ni nak update entry yang tertangguh.
Bila punye kejadian, jangan engko tanya. Aku pun sudah lupa.. lama sudah! sekarang ni aku main peram-peram je gambar-gambar yang ada... nanti ada masa baru aku upkan, itu pun kalau ingat...

Mem kecik yang berambut awan nano... =)

Ibunya yang kini berambut rebonding, kahkahkah...

Masa nie tetiba tekak teringin nak makan western.
Mula-mula ajak ciput makan kat william, sekali william tutup. So terus lajak ke big brother, sebab kat sana western dia agak sedap dah murah-murah.

Menu pilihan adalah burger...
Pelik burger dia..
Besar juga. Nak terkoyak bibir haku nganga besar-besar tauk!

Masa ni masih sopan...

MasyaAllah...
Biasa la, makan kena ohver ye anak-anak... =P

Beef dia kureng la. Entah la, tekak aku yang kureng atau memang beef dia yang kureng.
Sebab nak percaya tekak aku 100% pun susah, sebab tekak aku kan "sesuatu" skang. Makan apa ajer rasa tak sedap...

Ciput pula order spagethi beef juga.
Apa daaaaaaaaaaa.. aku dah order beef dia pun nak order beef jugak. Last-last aku tak habis makan dia terpaksa habiskan makanan aku. Adan uka... *padan muka dalam ayat yang comel kononnya, hahaha*

Kesian dia dah gemuk skang. Sebab aku selalu makan half dah dia terpaksa habiskan lagi half.
Wat to dooo.. Selagi tekak ku begini, selagi itu la ciput terpaksa menjadi penghabis makanan aku. Cuba tekak aku ok.. dia amik sikit pun aku dah jeling, hehehehe...

Love: Ceera =P

10 LoveGreen:

Frau J said...

Hallo Ceera cantik dan keisha comel! Nak tanya, big brother tu kat mana? nak try jugak! portion dia gila besa cam william ke?

Love Razila said...

hihihihi xper babam together =)

Amna Faqiha said...

sedappnyaa

fazilzura said...

kiesha nak ado adik ke?

ain_nia said...

bestnya nak dpt 2nd bb da..

Chekgu Azrine said...

tahniah.. ceera...!!

ceera said...

FrauJ,
BB tu kat mutiara damansara.

NONO said...

spaghetti tuh mcm sedap...sgt terliur!!! =)

ArELeEz said...

tetiba t'ingin plak nak wat rambut awan nano cam keisha.. rase2, makin comel ke makin bulat, ek? isk3.. ;P

rasnadiya said...

kat mana ni? berger dia membuat air liur ku menetes...slirppp

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998