Instagram

Mee ketam, Shah Alam

ohoooOoooooiiii....
Aku dah makan mee ketam!!!
Jadi aku pun nak berlagak disini. Berani ye korang semua pergi makan mee ketam, pastu update kat blog. Membencikan. Jadi sila benci aku sekarang, muahahahaha...
Ini semua salah si viruspadu. Dia la yang mulakan revolusi mee ketam. Hetchu!

Kejadian: lama sudah!!! 3 minggu yang lepas kot. Ke 4 minggu yang lepas.

Tapi sebelum itu, aku show off gambar lai chi kang. Nampak menarik bukan??? memang sedap pun. Tambah-tambah sejuk... slurppppppppppppppp....

Ini anak, ko bagi air sejuk terus senyap.
Senang kata, nak bagi dia senyap. Ko sua air sejuk...
Pandaikan tektik aku. Tektik yang tak bagus untuk anak, hahaha...

Bihun sup ketam.
Mama punye.
Sup dia sedap... rasa sup la kan. rasa apa lagi.

Mee kari ketam
Sumpah sedap wey....
Kari dia, terbaik. Cuma ketam tu agak tak fresh sikit. Rasa macam kecewa la jugak. Sebab aku mengharapkan ketam yang manis, sekali yang datang. Nan ado!!!!

Tapi nasib baik kari ko memang meletop-letop sedapnya.

Suami ku yang berbaju kuning.
Sekarang dia dah pandai pakai baju yang bercolor-color. Tengok la sapa isterinya kan, dia amik baju color yang pudar sikit terus aku jeling...

Makan keisha, makan!!!!

Eh mak incik pun berbaju kuning.
Kebetulan hokey.. bukan berpakat-pakat. Syiok pula bila kebetulan begini... rasa macam sherashi bershama.

Sedang menikmati kuah kari...
Masa nie tekak geli nak makan mee... =P

Aku order nasik goreng ketam. Boleh la.

Ketam ada banyak gred. Kalau takat order yang biasa-biasa punye. Ko dapat la ketam yang kecik. Dah la kecik, isinya sedih pulak tu. Kalau nak isi banyak, pilih ketam yang besar sikit. Aku mintak yang xxl. Sekali takde pulak. Yang ada size apa ntah, lupa aku. Tapi isi dia pun tak berapa nak banyak. Dan rasanya pun kureng fresh.

Mungkin time kitorang datang, ketam kurang menyerlah kot. Entahlah...

So if korang nak pergi makan mee ketam, korang patut cuba kari dia. Memang walla!!! makan nasik putih dengan kari ketam pun dah cukup walla!!!!

Aku bagi 3/5 bintang sahaja..

Lokasi: Shah Alam seksyen 7, bersebelahan dengan Unisel.

Love: Ceera =P

10 LoveGreen:

stormz said...

time sy pg pn ketam dia kureng

swit@kon said...

dia punya time business camne? g pas exam aritu tutp. huhu. ye. sebab blog vp la kita nk g gak

cIk JanNah said...

walahh sis nie yg buat tekak serta merta ngidam ketam!! meleleh dahhh

nasazfrog... said...

segalanya ketam.. mee kari ketam sgt tertarik ok,,nampak sedap je,, tapi markah 3/5 ada yang tak kena la tu yew,,, :)

shahdiana said...

membuat semua orang terliur nih...

hana said...

kalau akak pun akak bg 3/5 jugak dik..........

biskut chipmore said...

da makan kat sini..sedap sangat~~

sweethOneY said...

mi kari dia mmg sedap. tp ketam kureng. Kan.

working mom... said...

salam,

Nak makan ketam yg bnyk isi..mkn waktu bulan penuh i.e tgh bulan ler.. :)

ArELeEz said...

arrrgggghhhhhhhhh..!!! mmg t'paksa 'hetchu' nih! uwaawaawaa.. dh xmenahan nak merasa! jauh kot! hu3..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998