Koleksi Gambar

Aktiviti harian Keisha di waktu pagi

8.00 pagi: Masih tidur, hehe...
Ikut mood dia la. Kekadang tu bangun awal pagi masa daddy nak pergi kerja. Lepas tu membuli daddy sepanjang daddy bersiap nak pergi kerja dengan meminta dukung. Kekadang dia tido, sebab mummy laju-laju bagi dia susu tiap kali dia dah bergerak-gerak nak bangun. Hahaha.. aku kenala pantas, sebab aku masih nak tido...

10.00 pagi: Biasanya sudah bangun. Dan kami anak beranak akan nonton cartoon.


Sambil nonton cartoon, sambil tu kasik dia makan.
Kadang-kadang bagi roti, kadang-kadang bagi biskut. Kadang-kadang bagi roti canai, dan kadang-kadang juga bagi cornflakes. Ikut kerajinan emaknya la. =P

11:00 pagi: Baru pergi mandi.


Kena habiskan tengok timmy time baru pergi mandi.
Lagipun kena bagi dia beralit-ralit dulu. Kalau bangun-bangun terus ajak mandi, confirm dia taknak. Kalau ko paksa jugak, ada jugak budak yang mandi sambil berbaring di dalam toilet.

11:10 pagi: Mandi seploh minit cukup...


Keisha sekarang dah pandai sangat. Tiap kali masuk toilet ajer, bila aku suruh shi-shi karang dia akan meneran untuk shi-shi.
Tapi masih pakai diaper, sebab keisha kan tak pandai cakap lagi... kalau saja-saja aku nak usung dia masuk toilet memanjang, letih la mak encik... lagipun mak encik bukannya rajin sangat pun...

Ok masa untuk pakai baju...
3 barang wajib ada...
lotion, bedak dan juga cologne... keisha ni suka wangi-wangi.

Sejak pakai MamyPoko, tak pernah berlaku kebocoran tiap kali bangun pagi. Kalau tidakkkkkkkkkk... jam 6 or 7 pagi aku dah kelam kabut tukar diaper yang lain. Kalau malas tukar, mesti bocor. Tsk...

Bagus la MamyPoko nie. Serius!!!

Nak pakaikan pun senang...
Sebab dia jenis pants. Kalau berdiri pun dah boleh sarung.
Keisha nie jenis senang nak pakai baju, tapi jenis susah nak bukak baju... pffftttttt...
Berkejar kalau nak suruh dia bukak baju. Kalau nak ajak dia basuh berak lagi susah... geram kadang rasa.

11:30 pagi: Dah comel, dah wangi!

Boleh la bermain-main sesukahati sebelum makan lunch.

Sedang merajuk sambil baling remote. Sebab aku kata kat dia, tak payah la pegang remote. Mummy nak amik gambar keisha. Terus baling remote buat muka...

Amboi!!!
pandai merajuk sekarang.
Nak pujuk kena cakap... meh sini kat mummy meh... mummy sayanggggggggggg keisha... *dan ayat tu kena berulang banyak kali*

12:00 tghari: Makan biskut sama-sama dengan mummy

Budak ini sudah kuat makan. Pening pulak nak pikir nak kasik dia makan apa.. =P

oh oh...
Ada benda nak kongsi..
Berkenaan dengan MamyPoko.
Sapa-sapa yang suka join contest, boleh la cuba join contest MamyPoko di Facebook...

Aku dah join, best kot!!!!


MamyPoko Earn Your Stripes Challenge akan runs dari sekarang hingga 20 March 2012. Cara dia senang ajer, 'Like' My MamyPoko Facebook Page dan play any of 3 mini challenges yang ada. Lagi banyak ko main, lagi banyak points yang akan ko kumpul.

Ni game match the pair. Aku main dari tadi sampai juling bijik mata aku nak carik mana yang sama.

Kalau dah nama contest, pastilah ada hadiah. Dan ada 100 hadiah yang bernilai lebih kurang rm7500 menanti anda... There’s Limited Edition MamyPoko Sleep Bags, MamyPoko Gentle Cleansing Wipes and even MamyPoko diapers of up to 6 months’ worth to be won!

Apa lagi, jom jom jom!!!
https://www.facebook.com/MyMamyPoko

Love: Ceera =P

7 LoveGreen:

saya tak tipu.... said... [Reply to Comments]

ilham saya kul 6.30 pagi dh bangun!sebulan 3,4 kali jer bangun lewat,tu pon kul 8!!x lama x bangun lambat!!!huhuhu...

AlyzaFisol said... [Reply to Comments]

comel keisha pas mandi...hehe...

keisha, kita pkai perfume same la... :D

ratna said... [Reply to Comments]

Mummypoko mmg terrbaik...harga pun terbaik gakkk...

Love Razila said... [Reply to Comments]

Eh..nk joint jugak :)
Aryan pon pakai mamypoko jugak so far kalau lama giler xtukar pon xbocor cuma...huduhlah rupe pant anak sbb labuh memboyot :-)

#Ceera- u muke org sakit daaaaa =)
Mungkin ada harapan boy kot dr rupe. Hahahha maknujum terjun - sila jgn percaya k.kikiki

miDguRL said... [Reply to Comments]

mamypoko mmg cool tp aku pkai yg easy pants(kuning) jerk, mrh ckit ;)

best game, leka sekjp haha

ArELeEz said... [Reply to Comments]

xde baby lagik yg buleh dipakaikan mamypoko. so, no komen bab tuh! tp, nak komen psl keisha sbb keisha kiut! esp bila merajuk baling remote. he3.. sekian..

wan nurul hezrina said... [Reply to Comments]

pakaikan gak merah mamy poko tapi pack kaler kuning.tapi bocorgak.kaler ijaunie ok ek?nnt nk trylah.sb mls toll kalau dia bocor.huhu

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998