Instagram

Wedding penutup Tahun 2011

Happy New Year!!! *pom pom bunyi fireworks*
Dan saya sudah berumur 30 tahun, sadissss...
Wpon belum official 30, tapi mengikut tahun... tak payah la ko masih nak feeling 20an, wu wu wu...

Semalam aku attend wedding ex-schoolmate aku.
Selamat pengantin baru ami.
Ami ni kawan sekolah rendah aku sampai la ke sekolah menengah. Abis sek menengah terus lost contact. Pernah la dulu terserempak dalam bus, itu pun dua tiga kali ajer. Padahal rumah sekangkang kera ajer pun. Bukan jauh nau. Tapi biasa la, masing-masing buat hal masing-masing. Pastu tiap kali pergi pasar malam ajer mesti lalu depan rumah dia. Dan tiap kali tu la teringat, apa la kabar ami sekarang. =)

Sebbaik ada FB kan.
Kat situ la ko dapat contact balik kawan-kawan lama ko. Baru la tahu dia dah begini begini... kalau tak, asik tertanya-tanya ajer...

Aku satu kelas dengan ami ni dari darjah satu sampai la ke form 2. *duduk sebelah2*
Form 3 dah kelas asing-asing.
Lepas tu dari darjah 1 sampai ke form 2 pergi sekolah sama-sama. Masa rendah, dia datang rumah aku tiap kali nak ke sekolah agama. Dah masuk menengah, kitorang janji kat somewhere2 petang-petang untuk ke sekolah jalan kaki. Dan pernah jugak setahun tak kawan, gaduh! kakakaka... biasa la, bila dah terlalu rapat, ada hal kecik sikit pun boleh membawa ke gaduh. Aku pun tak sure kenapa kitorang gaduh. Tapi masa form 4 tak salah, masing-masing jumpa masing-masing untuk mintak maaf. Lepas tu terus ngam balik. =P

Ami ni comel.
Dia ni jenis bercakap sambil senyum. So muka sentiasa ada senyummmmmmmmmmmm...

Yang ini pula ila.
Besfren kitorang dari form 1.. kenal masa masuk menengah. Asal kemana-mana je mesti bertiga. Tinggi pun dah lebih kurang sama sampai akak aku cakap *pandai ko carik kawan yang sama pendek dengan ko kan tam* kuang ajaaaaaaaaa... aku tau la dia tinggi aku pendek.

Sekejap ajer la berbesfren. Lepas form 3 aku dah geng lain sebab dah masuk kelas lain.
Kira form 3 sampai 5 aku dah geng dengan linda gitu.

Tapi still baik la. Cuma rehat dah tak sama-sama.

Yang buatkan lagi lost contact tu, sebab masa amik result spm, aku tak amik kat sekolah. Sedehhhhhhhhhhh...
Masa tu aku dah masuk matrik. So amik result kat matrik. Rasa macam nak hentak-hentak kaki ajer bila dorang tak bagi balik kl untuk amik result. Dah ko tak dapat jumpa kawan-kawan lama ko. Dah la dulu mana ada tepon-tepon bagai nie. Kalau ada pun kira dah kayaaaaaaaaaa sangatlah!

So sangat happy bila dapat jumpa balik...

Eh ada lagi sorang, syikin. Aku lupa nak amik gambar dengan dia.
Syikin ni plak geng dari form 3 sampai form 5. Tapi geng pergi sekolah sama-sama. Haha..
Ko tahu la, kitorang duduk kat kcb. Tapi sekolahnya kat taman seraya. Lebih kurang 300meter nak jalan kaki. Dan yes, kitorang pergi sekolah memang jalan kaki, balik pun jalan kaki. Sebab tu masa sekolah selim melim ajer, takde masalah obesiti langsung. Dah tu masa rehat makan 2 keping kopok lekor dan tunggu balik rumah baru akan makan berat sikit. Itu pun dah petang-petang baru makan nasik.

Ish, kalau dapat citer pasal dulu-dulu memang tak pernah nak habis. Seronok betul rasanya dapat jumpa dorang balik. So ila, kalau ko kawin jangan lupa ajak aku ye, syikin pon! Insy aku akan datang kalau takde hal.

Love: Ceera =P

4 LoveGreen:

Cik Bhulat said...

30 pon xpe..nampak muda lagi kak...masuh berseri lagi :)

salam tahun baru.moga kita sentiasa diberkatinya di hari mendatang =]

Mr feckry said...

Selamat tahun baru. Semoga tahun 2012 Allah menambahkan rahmat , murahkan rezeki dan menjadikan lu sebagai hamba yang paling Allah sayang...

Leen said...

Seronok kan ingat kenangan time skolah2.. rasa nak balik zaman sekolah je..

Princess Nur said...

mmg seronok bila dapat jumpa geng lama ni..mujur la ada fb.. kalu tak, tak tau perkembangan kawan2 bila dah tua ni..hihi

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998