Koleksi Gambar

Saya follow mereka di Twitter

Siapa artis yang korang follow di twitter?
Aku ramai juga. Lebih kurang 20 orang. Kejap, mungkin lebih dari 20...

1. @yunamusic.
Aku pun tak tahu kenapa aku follow yuna, walhal aku bukan minat dia. Tapi malas nak unfollow sebab tweet dia tak pernah nak semakkan timeline.

2. @lisasurihani.
Hei, aku rasa semua orang follow Lisa. Dia kan cantik! Dah la cantik, baik hati dan bijak pulak tu. Geram tengok setiap kali dia tukar avatar. Comel-comel belaka...

3 @annarafalli.
Follow sebab masa tu dia baru menang AJL.
Jadi nak support kononnya, sebab ramai kan tak suka dia menang. So nak tengok la apa yang dia nak cakap time orang hentam dia macam-macam.

4. @CTNurhaliza11
Bila dapat tahu siti nurhaliza dah on twitter, terus laju-laju follow @CTNurhaliza11.
Suka sangat, sebab dia selalu tweet ayat-ayat yang comel. Tapi masa awal-awal la ayat dia comel, bila dah ramai followers terus tweet dia berupa artis. Sopan ajer....

5. @tomok_nb_oiam.
Hei, aku minat tomok sejak dia masuk OIAM tau. Aku rasa masa tu 1st time aku vote artis, semangat gile. Siap mintak izin ciput lagi nak vote tomok banyak-banyak.

6. @Shaheizy_Sam
Motip follow, sebab dia berlakon best.

7 @WardinaSaffiyah.
Aku suka wardina. Aku rasa dia antara artis yang selalu memperbaiki diri dan cuba untuk menjadi hamba Allah yang baik. Tapi dalam pada baik baik dia, ramai juga yang tak suka. Entahla, ni la manusia. Orang yang sopan pakai tudung, baik, selalu tweet pasal islam pun orang keji. *orang kata nak tunjuk bagus +baik* Bila artis seksi-seksi, tweet benda gediks pun orang keji. Abis engko ajer la yang bagus??? tetiba emo.

8. @missfazura
Fazura adalah artis yang sweet. Dulu kan dia ala-ala sosial gitu. Skang pula bila ko baca tweet dia semuanya macam oh rupanya fazura begini... dia seorang yang humble. Jadi aku bertambah-tambah suka dengan dia. Tapi tak pernah pun tweet fazura, cuma suka baca tweet yang dia reply kat peminat dia.

9. @Aaron535Aziz
Aaron aziz fever!!! kalau tak follow abang aren rasa tak lengkap dunia, kehkehkeh...

10. @FashaSandha1
Aku follow fasha sandha bukan nak spy pasal pergaduhan dia dengan nora danish ye. Aku follow sebab aku suka fasha. Kenapa? tak boleh suka dengan fasha ke??? dia pandai berlakon what! paling suka tengok dia berlakon cerita Chinta, terbaik wok!!!

11. @YusryKRU
Minat dari dulu hingga selamanya!!! nak nak skang bila dia dengan lisa, asal nampak ajer tweet tweet yang sweet antara mereka, aku pula yang tersipu-sipu malu. Entah hape-hape...

12. @SharifahSofia
Follow masa dia tengah mengandungkan anak dia arianna. Kagum gila dengan sofia sebab masa nak beranakkan arianna pun sempat lagi tweet bagitau contraction dah kuat mana, bukaan dah besar mana. Aku time tu dah macam orang gila, dia masih lagi boleh tweet, heibat!!!

13. @AiritRudaini
Aku suka suka suka suka sangat dengan rita rudaini. Jadi bila dia ada twitter aku antara orang yang terawal follow dia. semangat gila ok follow rita. Setiap kali dia tweet, rasa macam nak reply semua. Hahaha... Kira, dalam banyak-banyak artis yang ku follow, aku paling rajin tweet rita rudaini. Banyak kali jugak la dia reply time awal-awal dulu. Bila followers dah ramai, biasa la.. tak tereply semua. Dan ahkak tak kisah pun, aku tatap juga tweet ke dia...

Lepas tu dia ni jenis jujur. Kalau tak suka dia cakap je tak suka. Huhu~ tak feeling artis langsung.
Oh skang kes rumahtangga dia kan. Kesian sangat.. ish, tak tahu la sapa yang betul atau tidak. Tapi kita doakan ajer la, semua rumahtangga mereka baik-baik sahaja...

14. @nor4danish
Nora danish comel, gila ko tak follow. Instagram dia pun aku follow. Kalau dia post gambar, rasa macam ya allah, lawa nye ciptaan mu ini...

15. @ADPadiPutra
Suka dengan lakonan adiputra. Dari dulu suka. Sebab dia ni macam jantan malaya gitu. Badan slurpppppppp, rupa pun slurppppppp.. Tapi kekadang sakit hati follow mamat nie, sebab dia suka nau RT peminat-peminat dia. Semak timeline haku. Kalau dia reply takpe jugak. Ini semata-mata RT, rasa macam kang aku mute ko kang!! tapi tak sampai hati. =P

16. @hazamaazmi
Ngeh ngeh ngeh. Saya adalah suka dengan hazama... dan dia pernah reply tweet saya, happy happy happy!

17. @zizanrajalawak
Minat zizang jadi aku pung follow lah.

18. @johan_rajalawak
Bila dah follow zizang harus juga follow johan. =P

19. @AkuAmySeacrh
Fewiittttttttttttttttttttt... jiwa rock uols!!! tak lengkap kalau tak follow abang amy.

20. @EllaAminuddin
Peminat Ella yang tegar. Tapi tak pulak aku pergi tengok konsert dia kat istana budaya kannn, kahkahkah. Mungkin sebab kombo dengan Awie. Jadi aku macam, ahhhh malaslah. Kalau dia buat sorang sorang, mungkin ku terjah juga...

21. @azharsulaiman
Follow sebab terpengaruh dengan cerita #soffiya. Kan dia macam baik-baik je dalam #soffiya... tapi bila dah follow, alamak boring nye paqciq nie. Mungkin patut unfollow, =P

22. @Beto_Kusyairy
Tak ramai pelakon lelaki yang bila berlakon dan ko tengok mata dia, ko boleh jatuh cinta. Tapi si mamat beto nie, ada satu aura yang buatkan ko macam ya allahhhhhhhhhhhhhhh hensemnya ko.. cair tengok. *padahal dia bukan hensem nau pun* Jadi banyak kali juga aku tergoda dengan si beto setiap kali tengok dia berlakon. Cerita apa pun lah! asal tengok je jatuh cinta, asal tengok je jatuh cinta lagi. Hate u beto!

23. @TheAqasha
Saya bukan peminat aqasha. Tapi saja saja follow aqasha. Sejak follow aqasha, aku declare yang aku minat aqasha. Mungkin dekat twitter ni, ko boleh nampak perwatakan seseorang tu yang sebenar. Dan aqasha adalah antara artis yang ku pikirkan dia begini, rupanya dia begitu...

Last sekali....

24. @IamRosyam
Haruslah follow hero veteren malaya kita. Dia ni ala-ala shahrukhkhan versi malaysia... =)

Entah sapa lagi yang bakal ku follow akan datang.
Tapi dalam ramai-ramai artis, aku paling suka rita rudaini dan sitinurhaliza, okbai.

Love: Ceera =P

21 LoveGreen:

Zool Blogger said... [Reply to Comments]

johan raja lawak tu salah tweet nya.. tweet tu fake...yg betul yg ada @JohERAJohERA

^.^ said... [Reply to Comments]

Akak, account @johan_rajalawak tu bukan Johan punye. Johan punye @JohERAJohERA :)

mama iris said... [Reply to Comments]

ceera, johan nya tweeter tu fake, hehehe.
johan nya acc @joherajohera

Mya said... [Reply to Comments]

akak tak follow lisa surihani. tak minat kot.

tapi tang beto kusyairy dgn aqasha tu akak setuju 200%.

Azham Vosovic said... [Reply to Comments]

Hehe, Rita n Fazura sweet...

moga rumah tangga Kak Rita dpt diselamatkan, n Fazura cpt2 kawen heheheheh

Wanita Mutalib said... [Reply to Comments]

eh takde pun nama saya.
wahhhhhh :p

Shazwani said... [Reply to Comments]

taktaula akak dah tau lom tapi johan punye twitter yang ni https://twitter.com/#!/JohERAJohERA

susumanis said... [Reply to Comments]

nak polo lah mane yg u polo..hehehe

Nurul Atika said... [Reply to Comments]

setuju sgt part Beto kusyairy tu..mmg xhnsem mne tp dr sinar mata turun ke hati gituh..minat gila.

minat kak ceera jgk :)

Lady Diana said... [Reply to Comments]

hai ceera, sume kt atas tu sy follow kecuali hazama&tomok.dlu follow then dh unfollow sbb xminat sgt. hehe.. meh kita men follow2 kt twitter nk? blh kenal2.. nnt sy follow awk k.. aritu dh nk follow tp awk kn ala2 artis, kot xpndang kite ni.. hehe..

Lady Diana said... [Reply to Comments]

haa, btw nk bgtau.. twitter Johan RajaLawak yg awk follow tu fake tau! wife dia yg bgtau.. real johan punye is @JohaERAJohERA ;)

Wawa Tasliman said... [Reply to Comments]

wah semua retis.. nati follow twitter wawa ok.. :)

::cik asha:: said... [Reply to Comments]

wah..ramai nye artis..hihi
shila amzah akak x follow ke?
dye rajin tweet kan..

widydib said... [Reply to Comments]

suka rita jugak...

♥z@z@♥ said... [Reply to Comments]

sama nga kiteeeee.... (sebut mcm boboi)..hehe

elna said... [Reply to Comments]

...artis yg kita follow sama ahhhh...tapi dalam byk2 tue....rita yg rajin balas, selalu tweet dgn dia....dia seorg yg jujur....neelofa tweet jugak tapi dia jarang balas..huhuhu

elna said... [Reply to Comments]

...artis yg kita follow sama ahhhh...tapi dalam byk2 tue....rita yg rajin balas, selalu tweet dgn dia....dia seorg yg jujur....neelofa tweet jugak tapi dia jarang balas..huhuhu

:|: TinTa Kibod :|: said... [Reply to Comments]

uih ada gak fake eh..
minat retis lite2..
hehe..


:| entri baru |: Baru! 5 jenis IPAD learning..RM30 je inc pos!

Alin Marlini said... [Reply to Comments]

seronok blh tgk timeline dorang

* FAR * said... [Reply to Comments]

nape aku tak reti twitter ye.. hahaa kesian tau aku ni..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Oh mannn tak suka adi putra punya tweet semak timeline jadi aku terus unpolo gituu. Haha

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998