Instagram

Saya bergigi Spongebob

Hi kawan-kawan mummy.
Nama kita keisha, umur kita hari ni dah setahun 6 bulan 23 hari.
Walaupun umur kita dah banyak, tetapi gigi kita baru ada 5 batang.

Lihatlah gigi kita yang compang camping ini...
Atas dua. Bawah tiga... Atas begitu besar, bawah begitu kecil. Dan masih belum terasa lagi ada gigi lain yang bakal menyusul.
Adik kita mika lagi banyak gigi daripada kita. Dia dah ada 6 batang gigi. Atas 4, bawah 2. Ish, kalah dah kita... tsk!!!

Adakah sebab kita tak suka makan, jadiknya gigi kita pun lambat tumbuh??? adakah?? apakah???

Sebab tu kalau makan, daddy and mummy kena kunyah-kunyahkan dulu untuk kita. Kalau tak, kita tak boleh nak kunyah, dah la tak boleh kunyah, telan pun kita tak boleh. Sebab tu kita selalu bluwekkan balik makanan kita, sebab kita tak pandai nak telan...

Rakan sebaya kita semua dah boleh makan benda-benda keras, kita je yang tak pandai lagi makan benda-benda keras, dah la benda lembik kita agak geli sikit nak makan... eeeeeeee geli banyak la. Tengok pun dah terasa nak muntah, belum masuk dalam mulut lagi.

Daddy selalu gelakkan kita cakap gigi kita macam spongebob. Daddy tak sedar, gigi dia pun tak cantik, suka-suka je nak gelakkan kita. Nasib baik daddy, jadik kita redha ajer lah. Ni mesti sebab kita ikut gigi daddy nie, sebab kalau ikut gigi mummy.. gigi mummy cantik, comel-comel pulak tu. Dah la comel... baik hati, penyayang, suka manjakan kita, eh eh eh... *over ye ko mummy*

Maaflah anak, mummy gila kuasa kejap.. =P

Yeke gigi kita sama dengan spongebob??? yeke???
Spongebob.. gigi kita sama ke???

Ok la, sama la sikit. Tapi kita lagi shomel kan??? an an an???

Love: Ceera =P

23 LoveGreen:

Deqna said...

entry yg comel :P

Lady D'yot said...

SGT2 COMELL...HEHE

A D I A said...

Gigi my lil Piya pun mcm spongebob, comel apa hehe

Shu Shinju said...

comel sgt !!!

eMMe said...

same..cam dik bradik, hehehe...

Ibu Dhia said...

sgt comel. triple comel la!

Nour Eyza said...

comel je kak ceera buat macam keisha yg tulis..hhahaha

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

comelnyer dia....

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

comelnya anak ibu!:))

Pink Mama said...

alahai comelnyaa...

cik gObu said...

hiksss ok lah keisha awak baru 6 bulan
anak buah aunty dh satu tahun
belum ada gigi lg

wakakak
aunty???
tua dh aku ;)

Ieda Iar said...

comel ;)

::cik asha:: said...

hihi..same macam spongebob..
xpe keisha comel...

afnieponie said...

lawak betoi la mummy kiesha ni... kihkihkih.

ceera said...

@cik gObu:auntie, kita dah setahun 6 bulan la. bukan 6 bulan. =)

✿ pink velvet ✿ said...

tetibe terpikir, esok keisha besar sikit, agaqnyer die akan share blog dgn ceera ni ke? mcm sweet pulak, hehe~

SyaNa said...

shomel..shomel...
awak mmg shomel...

hahaaa...mummy awk tu mmg hover tau :p

ratna said...

Xpe ceera lambat tumbuh...nnt lambat la luruhnya...gigi jarang gitu pun takpe...senang nak gosok & bersihkan...sisa2 makanan pun nnt susah nak lekat kat celah2 gigi.

ArELeEz said...

yupp! shomel sgt2! tp, spongebob pun shomel jugak.. err.. dua2 pun shomellah! ;)

CT@mamaLuqmanTiara said...

gigi kite shame la keisha...papa kita pon cakap muka kita dua pon nk shame....^_________^

aizu's life said...

comel.. same tang gg la =)

lily lotus said...

betul! keisha jauh lebih shomel, hehe

leyzajamil said...

chomel la keisha ni sama chomel ngan blog mummy keisha.

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998