Koleksi Gambar

Menghantar emak checkup di IJN

Setiap seminggu atau 2 minggu, mak kena pergi IJN cek darah.
Kekadang aku hantar, kekadang anak lelaki emak yang hantar. Selalunya anak lelaki emak la yang hantar, aku adalah jarang-jarang, sebab mak kata... tanggungjawab emak terletak kat anak lelaki dia. Jadik, tak dapek la den nak menolong. Haha...

Aku ok je. Sebab aku bukan kerja pon.
Duduk rumah pun bukan buat apa sangat. Kalau hantar mak pergi IJN. Ada jugak aktiviti aku. Tapi tengok jugak la. Kekadang aku pun ada hal aku. Cuma biasanya, kalau mak ada appointment. Seminggu sebelum mak dah bagitau. Kalau boleh hantar aku hantar, kalau tak boleh, kita pas ke orang lain. Anak ramai kan, apa guna???

Tapi kalau aku hantor, memang lambat la aku keluar rumah.
Biasa jam 10 baru aku keluar rumah, wakakaka... kadang-kadang sampai 2 3 kali emak tepon tanya dah keluar rumah ke belum?
Aku bukan apa... aku tak kuasa nak harung jem kalau pergi awal sangat.
Dah tu, kalau dari rumah aku nak ke rumah mak... memang wajib ikut laluan leisure mall. Situ, dah la selalu jem. Kadang-kadang ko boleh sangkut kat situ sampai setengah, padahal nak balik rumah mak ajer pon. Gerams!!! Itu belum sampai IJN lagi. Kalau nak ke IJN tolak tambah sikit lagi je nak sejam! muntah darah dalam kereta.

Ambil gambar anak sebelum memulakan perjalanan.
Bear-bear wajib ada dalam kereta, supaya dia bersikap baik. Itu pun kadang-kadang sampai masa dia mengamuk, dia baling-balingkan ajer bear-bear tu kat bawah. Ish, macammana la nak buat anak senyap duduk dalam kereta ye.

Carseat keisha tak beli lagi. Dari dulu nak beli yang baru tapi tak beli-beli. Yang lama tu dah kecik nau. Dia dah tak selesa dah nak duduk situ.

Biasanya, sampai-sampai IJN. Mak terus pergi amik darah. Lepas amik darah kitorang akan lepak cafe untuk makan-makan. Bila dah kenyang baru jumpa doc untuk dapatkan result darah dan amik ubat. Selalunya amik masa dalam sejam lebih ajer. Tak lama pun.

Kalau ko dah biasa dengan orang yang ada masalah jantung. Nanti ko tahu la procedure dorang.
Darah dorang tak boleh terlalu pekat dan tak boleh terlalu cair. Average kena dalam 2 - 3. Kalau below 2 maknanya darah terlalu pekat. Kalau atas 3, darah terlalu cair. Minggu lepas, darah mak bawah 2, so terlalu pekat. Semalam dah ok balik, 2.5.

Mak kena elakkan makan sayur. Boleh makan sayur, tapi tak boleh terlalu banyak. Dah la mak aku ni pencinta ulam, terpaksa la dia tahan makan-makan sayur nie... pastu banyak benda lagi la yang dorang kena pantang. Kalau tak pantang, kang darah akan bertukar ke cair pekat. Bahaya untuk jantung, begituuuuuuuuuu lah. Jadik, sayangilah jantung anda sekiranya nak makan yang sedap-sedap.

Budak tetik buat hospital macam rumah dia.

Sedang berak.
Kali ke2 berak pagi tu.
Purffffffffffff... kemain susah aku nak basuh berak dia skang, melekat-lekat. Taik manusia habis.

Balik hospital terus lepak rumah mak.
Keisha kalau kat rumah mak, dia dah tido dalam buai. Suka ahkak. Senang sikit kerja kalau dia tido buai. Henjut dua tiga kali dah tido...
Dan aku pun boleh juga tido, eh....

Semalam bila emak cakap, dia nak masak ikan talapia masak steam, terus aku cakap eh tak balik awal. Nak makan sini, hahaha.. dasar pemakan.

Eeeee aku suka sangat ikan talapia.
Favorite waktu kecik kecik dulu. Sekarang suka juga. Cuma nak masak talapia tak suka. Kalau emak atau abah yang masak, aku suka balik...

Talapia bakar, sedap nak mampos.
Talapia goreng pun sedap nak mampos
Talapia steam juga sedap sangat!!!!

So semalam mak masak sekor yang besar punyeeeeeeeeeeeeee..
Dan kat rumah ada mak abah ayie ajer. Jadiknya kitorang makan main ratah-ratah. Sedap betul.
Alamak, hari ni mak cakap mak nak masak ikan patin tempoyak. Macam mana nie!!!

Love: Ceera =P

5 LoveGreen:

ratna said... [Reply to Comments]

Ikan talapia ialah ikan sungai paling sedap.....!

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

hahaha..kelakar ade gmba tgh berakk...

Love Razila said... [Reply to Comments]

Aku nk tanya...awat muke ko pucat naww??Adakah anda preggy??
pastu nk tanya gak, mn sarung hijau bb ko???hehehhe

peej said... [Reply to Comments]

talapia yang mana eyh?
macam pernah mkn. tp tak selalu kot. sbb tak dapat ku bayangkan mcm mana ikan talapia tu. harus google.

ArELeEz said... [Reply to Comments]

comellah bear ijo keisha tuh! pinjam kejap buleh x? hiks..

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998