Nak kongsi satu pengalaman ngeri seorang blogger yang dirompak rumahnya - izyahya.
Dah la masa tu dia tengah tido, eeeeeeeeee menakutkan. Nasib baik la perompak tu tak buat apa-apa kat dia. Dah la ada seorang perompak tu tak pakai baju. Hei, ko rompak rumah orang tak pakai baju apahal??? nak tunjuk badan yang hodoh lettew!
Alhamdulillah, dorang semua selamat. Cuma barang je yang habis ilek pocik.
Aku tak dapat bayangkan kalau aku yang berada kat tempat dia. Dengan keisha lagi, fuhhhhhh simpang simpang... harapnya tak berlaku la kat aku. If nak rompak pun, rompak la time orang takde kat rumah. Sekurang-kurangnya selamat sikit. Lagi bagus, jangan rompak ye. Ko buat la kerja lain... apa kes kerja merompak nie... nak kena potong tangan ke?
Ada ke perompak yang baca blog???
Buat la kerja halal. Selamat dunia akhirat.
Kalau terpikir-pikir nak merompak ke, lebih baik jangan... banyak lagi cara lain yang ko boleh buat untuk dapatkan duit. Jual PB ke? kahkahkah...
Rumah aku nie, tidak la besar mana..
Tapi ada jugak orang yang tengok tengok. Yang ko tengok rumah aku yang kecik nie buat apa, pergi la tengok rumah hujung sana yang besar macam banglo tu... dah tentu sana lagi banyakkk ko boleh dapat.
Mungkin sebab kitorang selalu takde kat rumah kot. Dah tu, kejap-kejap balik kg, kejap-kejap tidur rumah mama, kejap-kejap bercoti.
Mujur juga aku dapat jiran yang kepochi. Terus rasa syukur alhamdulillah.
Bagus apa, dapat jiran yang kepochi dari jiran yang buat hal sendiri. Sebab dorang la yang akan tengok-tengokkan rumah kalau engkau takde.
Tak salah aku ada la 3 4 kali jiran-jiran aku bagitau yang ada orang lalu lalang kat depan rumah aku.
Panjat pagar pun pernah okey!
Mungkin dia lari ikut pagar belakang rumah, sebab kebetulan jiran sebelah nampak, so dia hoi hoi kan lah sambil dia pun berlari ke belakang rumah. Tengok-tengok dah lesap orang yang masuk tu... Masa tu kitorang tido rumah mama, dan aku pulak terlupa nak pasang lampu depan, sebab tak terpikir pun nak tido sana. Ingatkan nak balik tido rumah sendiri, tup tup tido sana pulak.
Besok pagi, terus ahso cerita kat aku...
Terus kami laki bini buat projek pasang lampu keliling rumah...
Aku harap dengan pasang lampu keliling rumah boleh la buat kitorang terasa selamat sikit. Dan senang juga ahso tu nak nampak kalau ada orang pelik masuk rumah kitorang.
Pasang lampu sensor kat tepi rumah.
Asal orang lalu je lampu terpasang sendiri.
Tapi keji ok, kucing lalu pun ko nak terpasang sendiri. Tak suke!!!!
Dah la aku online memalam kul 2 3 pagi. Tetiba tuppp terpasang sendiri. Cek cek takde pulak orang. Sekali aku nampak bontot kucing lekkkkkkk je lenggang lenggok pergi belakang rumah.
Kalau aku ada sakit jantung, dah lama kiok. Ingat ada hantu ke apa ke... kussssssssssss semangat!
Yela, masa terpasang tu, menyirap jugak darah aku kat kepala... takut!!!
Lepas tu pasang lampu apa ntah nak sebut, tapi asal gelap ajer terpasang sendiri.
Yang tu kami pasang depan belakang.
Memang terang ok rumah aku. Depan belakang terang.
Dan kitorang pun asal takde kat rumah lama sikit je, mesti daddy or mama akan datang tolong bersih-bersihkan apa yang patut...
Taknak tunjuk sangat yang rumah takde orang...
Walaupon begitu, masih belum rasa selamat lagi..
Ni yang susah bila rumah yang takde security Sentiasa dihantui ketakutan...
Korang pun kena sentiasa hati-hati ok...
Peringatan untuk diri sendiri dan juga kamu semua...
Love: Ceera =P
Makan dengan family mertuaku
-
Macam biasa la, di permulaan entry kena tepek muka aku dulu. Baru korang
ada semangat sikit nak click masuk kan? haha... perasan lebih...
Masa ni kitorang ...
1 day ago



15 LoveGreen:
letak pak guard la sis :D
pasang cctv :)
giler kejam punya perompak kecik2 tak nak mati dah besar menyusahkan org ramai pi masuk merompak entah bila kerajaam nak bendung pendatang asing or pekerja asing yg kerja kat malaysia kebanyakkan mereka nie lah yg suka pecah masuk rumah mujur nyawa mereka selamat...
eeks...scary..dulu row rumah i pun slalu kena pecah masuk. ada satu rumah tu, dia siap datang dua kali, pagi dah pecah masuk curi barang, petang tuh dia datang balik habiskan bebarang dia tak sempat hangkut pagi tu. siot je kan.
rumah kita bru lps kene pecah masuk jumaat lps (6.1.2012)..tragedi sunggoh..blom sempat hapdet kt blog sbb kemalasan+kemabukan..
buat keje time org pegi keje..kejam sunggohh tau..
Bukan nk mintak benda tu jadi kat kita tapi lebih baik bersedia awal2 kan..
@ArsheedA:over sangat tu siap nak letak pak guard. =P
tu la paling takut tgh2 tido org msk kan
huhu..
tp kan aku dulu dok apartment ade pak guard ok tp still ade yg merompak..musykil2
skrg ni dok umah taman, best sbb malam2 start kul 11.30 ade kaum2 bapak dok meronda..dorg bahagi2 kan ikut jadual bertugas..
yg xbest laki aku bertugas malam jumaat..deeemm!!!
takut gak kes camni. kalau dy rompak tahan lagi. ni sampai benda lain buat. ok gak buat camtu, pasang lampu banyak2..
itulah kalau time takde org kat rumah, lagi banyak la benda yang hilang ye dak? Tapi at least nyawa tak bahaya. Skeg ni, duduk kat rumah pun bahaya, tinggalkan rumah pun bahaya. Aku pun tatau la apa nak jadi.
Skrg ni bila aku nampak org indon je, mencicit aku lari jauh-jauh. Sebab aku rasa bila tgk diorang je terus cam "ehhh dia ni macam yg masuk rumah aku haritu!!" - semua aku nampak cam sama je.
Tak suka tau hidup dalam trauma ni. Stress :(
Yg penting tetiap malam tido dlm bilik, kunci. Jgn tidur kat hall ke, apa ke.. sbb lg mudah la nak jadi tebusan kalau camtu.
ceera..rumah saya kena pecah time siang ari..balik rumah tgk gate ternganga..sliding terbuka..semua ternganga..sampai kipas lampu semua on..apakejadah ntah...kita org pun ternganga tgk rumah gitu..seram siot..
hubby msk dlm cek tkt perompak tak kuar lg..gile berani laki aku...buat nyer perompak ada..saje kena ketuk..ms tu sy dah gigil kepala lutut dah..senyap duk dlm kete..bila hubby kata ok..x de org..brla berani nak msk..cek apa yg hilang...byk gakla..brg yg ilang..
pastu ms hubby g buat report polis tgl sorg2 kat rumah sbb pintu semua x leh kunci x kan nak tgl jek..ms tu mmg scary dah lam ms tu maghrib..siap msk toilet pun bw handbag ok..ehh scary gila la..kurang hajar ok perompak tu..
selang semgu rumah belakang plak yg kena..yg tu lg scary..msk masa org ada kat rumah..rsnya kena pukau sbb x sedar..
untuk kita sama2 amalkan... baca ayat kursi sebelum keluar moga Allah & para malaikat melindungi harta kita dan kita..sebelum tido baca ayat kursi..moga Allah lindungi n family...amalkan la..insyallah...
hi..am yr new reader..love yr blog :)
Seram okkkkkkk mintak dijauhkan perkara2 mcm ni dari jadi kat kita
hampeh la perompak zmn skang nih! sbb bkn setakat merompak je tp, sampai tahap m'bunuh & merogol tuh! b'dosa tau x? b'dosa!!!
Kita pernah kena Ceera, baru pindah masuk 3 minggu, tak sempat pasang lampu luar, kena rompak, tapi dia ambik barang kecik aje - macam laptop and semua barang kemas.
Better pasang Alarm - a good investment. I pasang ADT - terus link ke polis and bomba and etc. Peaceful mind lepas tu.
Post a Comment
Love U, =P