Instagram

Kembali ke zaman Shah**ra

Rimas sungguh dengan rambut sekarang. Asal nak keluar je kena iron. Dah la tu, kalau iron sikit-sikit takpe, ini jenis kena iron bersungguh-sungguh. Salah iron, lain jadiknya.
Dah panjang kan, cer pendek. sap sap soi ajer. Iron luar pun dah santek. Tapi nanak potong pendek, nak biar panjang. Dari dulu teringin nak rambut panjang sampai bawah tetek atas bontot. Tapi asik tak kesampaian. Sebab asal dah panjang je rambut buat hal, gugur la apa la... stress! harapnya kali nie rambut bersikap baik...

Pikir punye pikir, nak buat rebonding.
Dah 3 tahun lebih kot tak luruskan.. ke 4 tahun?
Tak ingat sudah...

So ajak kathy. Sebbaik minah tu pun nak buat. Hoyeahhhhhhhhhhh, ada geng!!!

Kathy ajak pergi kat saloon Mimi, Bangsar. dia kata kat situ murah. Dah la murah, yang buat tu noks pulak tu. Noks yang cantik. Aku suka la kan.. boleh jugak usha-usha mata, kehkehkeh...

Memang cantik siot Mimi tu.
Aku rasa 1st time aku jumpa noks yang betul-betul nampak macam perempuan. Dari jauh bila kathy tunjuk and nampak dia jalan catwalk terus terbayang slow motion gitu. Dah la cara jalan superb. Terkenang aku kejap. Tapi dia sorang ajer la yang cantik, kawan-kawan dia yang lain hmmm hmmm. Kehkehkeh...

Mula-mula aku nak buat relaxing. Sebab orang kata buat relaxing ko tak nampak sangat macam buat rambut. Tapi dorang cakap rambut aku kasar nau, tak sesuai buat relaxing. Sebab kalau nak buat jugak, nanti rambut aku nampak kembang, sentap betul kata rambut aku, huhu...

Last-last aku decide buat rebonding ajer la.
Beza rebonding dengan relaxing cuma, relaxing ko guna hairdryer. Rebonding pulak ko guna iron.

Setelah berpanas bontot selama 4 jam, dengan lapar haus bagai.
Hasilnyaaaaaaaaaaa....

Kathy.

Ceera

Begitu leper, benci kejap. Haha...
Tapi takpe, cuci banyak kali terus nampak natural semula.
Mula-mula nie terpaksa menahan dengan rambut yang leper. Tak biasa uols. Aku kan dah biasa rambut kembang-kembang, sekali rambut leper... terasa muka lebih besar dari  biasa...

Makan di nirwana maju.
Sedap sungguh ler.

Masa dok makan-makan nie. Kitorang tergelak-gelakkan diri memasing.

Kathy: Manjer, ko nampak muda la..
Aku: kannnnnnnnn.. aku rasa macam dah kat zaman shah**ra ajer dah rambut nipis macam nie *zaman tempat kami bekerja dulu*
Kathy: Ye kan. Masa tu Innocent je masing-masing.
Aku: Ko sejibik kathy. Aku ada lagi simpan gambar masa dulu... nak nak masa kita amik gambar untuk raya...
Kathy: ada ke??? ish aku tak ingat la..
Aku: ada manje. Nanti aku tunjuk kat ko...

Ini manjer gambarnya.
Masa nie umur ko berapa??? 22 tahun? hahaha
Tapi masa nie ko kurus la. Skang... masih juga kurus, tapi dah berisi sikit, hehehehehe...

Ini gambar kita ramai-ramai.
Saja aku letak gambar yang blur, sebab masa ni aku gemuk, hahahahah
Aku yang pakai baju grey tu ye...
euwwwwwwwwwww poyo benar!!!
Maluwwwww...

Dan ini jugak...
Yana kalau tengok gambar nie, mesti dia bunuh diri, muahahahahaha...
Takpe manje. Skang ko dah cantik banyak... dulu cantik jugak, cuma dulu biasa la.. rock!!!

Jadi kami isytiharkan, kami nampak muda 5 tahun.
Biarla ko nak kata perasan pun. Ada kitorang kesah.

Okbai.

Love: Ceera =P

6 LoveGreen:

✿ pink velvet ✿ said...

mcm pelik pulak tgk rambut ceera leper camtu, hahaha! tp xpe, lepas seminggu kasi tayang balik itu rambut kat sini ye? sure cun :)

KiKiHanakO said...

hehhe... leperr... :) canteklah blog.. sukaaaaaaaaaa header tu

kathy jem said...

kakakaka..gelak pecah perut weei tngk muka aku masa kat shahwira..Burok giler..! Selekeh jer...kakaka Tapi serius gmbr yg kt Kolam tu aku tk ingat bile kt ambik..hahaha

sayazakiah said...

akak kathy sebijik mcm lisdawati dlm kl menjerit. hehehehhehehehe

lyana said...

lol aku baru bukak blog ko ni !! damn yuuuu x suker tgk gmbr aku dolu2... huduh ! rasa nak terjun bangunan

.::: Princess MOMOY :::. said...

saloon tu kat mana dear?

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998