Koleksi Gambar

Kami berbeza


Aku pendek, dia tinggi
Aku cantik, dia macho... ehemmm jangan muntoh. kalau muntah aku elak.
Aku putih *pui*, dia manis.
Gigi aku cantik kecik tersusun, gigi dia besar atas ajer tersusun bawah bersepah. Eh ni nak bagitau perbezaan ke apa sebenarnya, wakakaka..
Rambut aku kerinting, rambut ciput lurus.
Mata aku clear, alhamdulillah. Mata ciput rabun, so OKU. Dan ko nak tahu, dia kata salah satu sebab dia pilih aku jadi isteri dia sebab aku tak rabun. Kalau aku rabun dia reject. Statement kurang ajar disitu.
Rambut aku lebat, rambut ciput nipis.. mungkin lagi sepuluh tahun botak la ia... wakakakaka..
Kepala aku besar, kepala ciput kecik. Ciput suka ngajingkan pasal kepala aku besar, benci!
Mata aku kecik, mata dia besar sampai tido pun tak tutup habis. Dasar degil nie!


Aku budak yang tak berapa nak pandai, dia budak dalam kategori yang pandai juga.

Aku sangat benci dengan sains, dia adalah pencinta sains. *i believe in science*. Siap pernah jadi cikgu ganti sains pulak tu, kagum kejap makcik. Yang aku pulak, dulu masa sekolah, subjek sains la selalu failed. Kalau masuk kelas sains rasa macam why why whyyyyyyyyyyyyyyy...

Aku adalah tekak melayu, dia pulak tekak pelbagai budaya. Ko kasik la dia makan apa pun, dia layankan ajer.

Aku jenis cepat bosan, tak boleh makan benda yang sama setiap hari. Ciput pulak, ko bagi la dia makan kari hari-hari dia ok ajer.

Aku kemelayuan, dia pulak "kemelayuan" dalam erti kata -  perasan international. Tapi sekarang, kalau aku tengok cerita melayu, dia layan juga kadang-kadang. Itu pun depends on heroin. Kalau heroin cantik, dia tengok. Ewahhhhhh engko. Tapi aku ok je tengok citer omputih.

Dalam kereta, ada fm untuk lagu melayu "untuk aku", dan ada fm untuk lagu english "untuk dia" Kalau dalam keta aku bukak lagu melayu, pasti ciput akan menguap sampai lapanploh kali. Kuang ajaq okey. Last-last kalau kami berdua dalam kereta. Terus off radio. Yang mangsanya keisha, sebab dia suka dengar lagu.

Aku kalau bekerja sangat pantas, dia... masyaallah, slow sangat! mungkin sebab terlalu teliti. Kalau basuh pinggan, serius lama... kalau vacuum, memang lama.. eh buat apa pun lama lah. Aku boleh buat dalam masa setengah jam, ciput akan buat dalam masa 3 jam!

Aku nie tak berapa nak kuat bekerja *masa kat opis dulu*, ciput pulak agak kuat bekerja, nak suruh cuti pun susah. Menyampah mak nak!

Aku bukan orang yang tersusun. Maksud aku, kerja aku semua takde file. So aku main letak ajer kat mana-mana. Nak bayar bil ke apa ke, aku bayar ajer la. Then sudah. Ciput pulak, kalau buat kerja.. sangat tersusun. File dia sangat sangat sangat teratur. Siap ada file bil untuk maxis bla bla bla... kagum kejap aku tengok...

Aku tahu malu, ciput tak tahu malu *kalau kat rumah* rasa macam nak spank ajer bontot dia, geram tahu tak!

Aku jenis puteri lilin kalau kat pantai. Jaga kulit kata ko, taknak hitam. Ciput pulak jenis, eh pedulik hape aku kalau panas. Aku mandi jugakkkkkkkkkkkkk.... Dan suka perasan beach boy.

Aku ni perempuan yang malas nak bersukan, ciput adalah lelaki yang suka bersukan. Ye, bola wajib 3 kali seminggu.

Aku ni hurhar2 jugak dengan kawan-kawan, ciput tak berapa kuasa nak hurhar dengan kawan-kawan dia. Dia hanya berkawan time ada game bola ajer. Lepas tu terus balik ke rumah. So family man. Bagus bukan?



Dan itulah perbezaan kami.
Dalam pada berbeza, banyak juga persamaan sebenarnya.
Tapi yang berbeza yang selalu di sebut-sebutkan. Kadang-kadang boleh di bawak gaduh juga. Bukan gaduh beria, tapi gaduh manja... saja boring-boring kat rumah, kita gaduh la.. hahaha..

Yang penting, cinta sama cinta. Aku cinta ko, ko cinta aku... dan kita jadi satu! *berkemundang terus lagu spider, kahkahkah*

Love: Ceera =P

19 LoveGreen:

KiKiHanakO said... [Reply to Comments]

tergaru juga baca ni yang. tu lah yang penting hati ttp satu gitu ;)

mommyNadia said... [Reply to Comments]

ceera, u such a funny gal..
boleh pulak dia buat list..
the most yg ketara beza me n hubby is..he sooo tak romantic..harap ler nak dpt suprise2!!
kdg2 jeles tgk hubby yg romantic ;(

AyuCandy said... [Reply to Comments]

Sweet!

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said... [Reply to Comments]

sweetnyer apa pun beza yang penting 1 sama cinta sama cinta ...i loike spider kita satu tetibe..

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

korang memang serasi bersama lah

sHiLaziZi said... [Reply to Comments]

Perbezaanlah yang membawa keserasian..saling melengkapi..sweet je ceera.. =)

bonda dadif aka akish said... [Reply to Comments]

nice n3 beb!...

sempoi...

eMMe said... [Reply to Comments]

sweet husband n wife, moga bahagia slalu...

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

auwwww.. lomantik makencik yer.... positive mesti dengan negative baru ok ;)

Love Razila said... [Reply to Comments]

Hehehehe best2.suke.

Eyriqazz said... [Reply to Comments]

sweeet,,,

Miss Anne said... [Reply to Comments]

so sweet...manis cam gula kamu berdua
:)

ProudMoM . . said... [Reply to Comments]

kelakar la ko nie dik..!!

Ainie Maydie said... [Reply to Comments]

erm erm so sweet :)

Unai said... [Reply to Comments]

sweet loving couple! i loike!!! ;D

genuine1224 said... [Reply to Comments]

yg berbeza tu buatkan kita complete each other. memula kawen hubby tanya napa terima dia as a husband. i say, b'coz u complete me..

Princess Nur said... [Reply to Comments]

Suwittt couple la korang..

* FAR * said... [Reply to Comments]

emmm.. sweet!

saya tak tipu.... said... [Reply to Comments]

suke entry nih!!!sama cam me n my hubby,byk beza yet still madly in love,malangnye x leh tulih byk bout us kat blog - dh janji!!!

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998