Instagram

Disebalik daun daun yang kecil


Cerita takde kena mengena dengan tajuk dan gambar.
Saja poyo nak jaja gambar nie, kahkahkah...
Smart kan????
Smart gambar tu, muka aku kurang smart disitu.

Malam tadi aku mimpi seram.
Takpe ke kalau mimpi seram kita cerita??? ok puiiiiiiiiii aku dah ludah ke kiri..
Begini...
Dalam mimpi... aku, keisha and ciput berada di pulau/dalam cruise. Not sure. Tapi lebih kepada cruise la. Gila heibat bercoti dalam kapal, terasa kaya sekejap.
Entah kat mana, aku boleh nampak pembangunan kat bahagian depan. Kira ko boleh nampak perumahan dan bangunan kat bahagian depan ko... kira depan adalah lautttttttttttt, depan lagi adalah bangunan-bangunan yang tinggi.
Masa tengah melepak2 bergembira, tetiba aku nampak satu satu bangunan datang ke kapal yang kami duduk. Kira macam pengakhiran zaman, nak kiamat gitu!

Datang satu satu.
Masa tu aku dah pikir dah, mati la kitaaaaaaaa...
Tapi takpe la.. kalau mati biarlah bersama-sama.. u jump i jump!
Tengah nak menerima hentakan dari bangunan-bangunan yang datang, tiba tiba bangunan-bangunan tu terus tenggelam ke dalam air. Betul2 depan kapal ko. So nampak la bangunan siap dengan manusia sekali tenggelam ke dalam air, arghhhh takut.

Masa tu berpelukan la kami anak beranak.

Bila semua bangunan dah tenggelam, cruise kami pun selamat.
tiba tiba nampak, ada banyak kapal datang ke arah kapal kami.
Kapal kecik, kapal besar semua ada. Aku pun macam yeayyyy penyelamat-penyelamat!
Tapi muka ciput dah tukar menjadi biru. Terus dia cakap. Ayang, keisha pergi sembunyi. Biar B pergi keluar. Itu Lanun!!!!

Terus aku bangun.. demmmmmmmmmm ni mesti sebab aku terlalu banyak tengok citer One Piece. Mimpi pun jadik entah hape-hape...

Tapi time bangunan satu satu masuk ke dalam laut adalah scary. Insap sekejap.

*Ko pernah mimpi yang scary2 macam ni, yang bangun siap nangis2?

Love: Ceera =P

13 LoveGreen:

Gaung aka fahamimajid said...

ini maknenyer ceera kena start baca buku naruto plak..cipot leyh jadi naruto,ceera jadi sakura 6t dalam next mimpi..hee

ENTRI TERBARU: Kaitan Bontot Wanita Malaysia dan Penjenayah Niger... , bila blog jadi blog pilihan , ZERO POINTTTTTT! ni 'game' kami part 2

SyaNa said...

seram kot kalo mimpi gitu..byk nau tgk TV

aku pernah mimpi smp nangis2 bangun.
mimpi laki aku kawen lain..hahaa
sumpah mmg nangis teresak2..mcm real gile..

seram gak kan mimpi tu..hahaa

Filla ~ Kasihs said...

haha.. ko banyak sangat tengok tv nie..

eja cri-jks said...

pernah beberapa kali saya bermimpi dunia ni dah kiamat...
hidayah tu datang amat menginsafkan diri saya...sampai sekarang saya x lupe setiap ape yang saya mimpi tu...atau mingkin sekadar mimpi???who knows right??

susumanis said...

org cakap mimpi laut..rezeki...mimpi bangunan gan kapal..lom abiss belajo la pulakkk..hehehe tapi kalu mimpi selalu ni maksudnya sub concious mind kita aktif dan sangat bagus la tuh :)

ratna said...

Org kata kalau mimpi ada unsur air insya allah rezeki...

My Jaki said...

pernah mimpi jadi Kungfu Panda gara2 layan Kungfu Panda 2... siap sebut lagi...i love kungggggfffuuuuuuuuuu..... siap ngan tangan2 sekali naik mcm dlm movie... esok pg my wife gelak terkedu2... nasib wife sendiri. kalu dalam dom asrama / time perkhemahan kompom malu...ahakahakahak

wanda arry said...

penah2...mimpi kena pukul secara terok2...bgtaw kat org semua xnak caya..bangun tu rasa air mata kat pipi

d.a.t.i.n.r.o.c.k said...

mmpi sy ag scary kak. sy mmpi sy meninggal. kene langgar kete. dlm mmpi 2 sy jd roh la. menangis2 sy dlm mmpi. xsmpat nk blas jasa mak ayh ag. xsmpat abis blaja ag. xsmpat kawin ngan bf ag. huhu. bile trjg dri tdo trus sy brsyukur sume 2 mmpi.

Love Razila said...

Kahkahkah....aku ketawa dgn sangat kuat n suka hati.so lepas ni xleh tgk one piece.hahhahaha.

Love Razila said...

Kahkahkah....aku ketawa dgn sangat kuat n suka hati.so lepas ni xleh tgk one piece.hahhahaha.

ibuhebat said...

pernah gak mimpi scary-mary.. kejap je insapnya. huhu

Wawa Tasliman said...

wawa pernah gak mimpi seram tapi tidur tak lama terus terjaga.. takde episod2.. lepas tu terus tak boleh tidur balik..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998