Instagram

BerBBQ di malam tahun baru

Korang sambut tahun baru kat mana? Aku sambut, hurmmm... takde la sambut sangat sebenarnya, tapi malam tahun baru tu aku melepak kat shah alam, rumah Yana. Pompuan tu buat BBQ kat rumah baru ia... besar oh rumah yana, besar punye!!! terkagum-kagum kejap bila sampai. =P

Biasa la, orang rumah tak berapa nak besar ni asal lepak rumah orang besar dia punye peraq lain macam sikit. Tapi takde la over sangat ye sampai nak naik atas tengok bilik bagai, eh.

Tapi aku syak anak aku peraq sikit. Hahaha..
Dia dok sibuk mengukur rumah orang.

Ko tengok la gaya dia menyelak cd tu. Kemain lagi kan.
Mula-mula sampai, nak melekat kat kaki mak pak dia ajer. Ko bagi la, busuk-busuk pun 10minit je dia melekat kat kaki kitorang. Lepas tu terus huru hara kat semua orang dia pergi. Bagus keisha, bagus.. senang kerja emak ko...

Yana ajak kawan-kawan ajer. Kira... ada la dalam 7 pasangan, 2 orang bujang dan budak kecik si keisha tu sorang. Ye, aku sorang je ada anak, yang lain masih berhoneymoon. Harap-harap tahun ni, tahun buat anak bagi mereka. Berusaha keras sikit manjers! =P Kita celen sapa preggy dulu, wahhhhhhhhhhh....

Nanti baru meriah sikit dengan budak kecik tiap kali melepak *entah-entah dah tak lepak, HAHA* Kalau tak semua tertumpu ke keisha ajer.

Ayam BBQ yang sedap. Terima kasih chef ila. Dia la yang perap *aku tersebut peram, =P* ayam, dia la yang goreng kopok leko... ehhhh, macam dia la yang tuan rumah. Punya busy kesana kesini... Terima kasih juga kepada zul yang membakar ayam bagi ngam ngam soi masak.

Makanan lain yang diserve: Dominos Pizza yang macam-macam perisa, hotdog yang super sedap, buah dan juga jajan. Aku pulak, datang melenggang ajer makan, tak terpikir nak bawak apa-apa, hahahaha... Bagus sangatlah aku nie.

Aku rasa aku dah berlemak sikit.
Makan ajer memanjang, mana tak lemak naik sana sini.
Ate nak buat macam mana, makan terlalu sedap. Tak boleh nak kawal!

Keisha pun nak menyelit sama...

Lepas tu main game Xbox *kot*
Ala, yang scan badan tu, lepas tu boleh menari-nari, tak pun berboxing-boxing..
Memula lelaki dok main boxing. Tapi yang pompuan tak nak kalah, nak main gak. So dorang main menari-nari.

Ko tengok la yana and kathy. Dorang tengah menari tarian india. Lawak gila aku tengok. Dok terkekek-kekek je dari tepi. Tapi tak boleh over sangat gelak, kang kena tarik menari sama. Aku takmo, aku malu!!! Malu la, sebab bukan semua orang aku kenal. Ada 2 3 orang yang aku gitu-gitu ajer. So macam segan. =P

Pastu dorang poyo-poyokan aku sebab aku segan, haha...
Walaupon dalam hati sebenarnya. Eh best jugak kalau beli satu nie. Boleh menari-menari kat rumah. huhu...

Dah usulkan kat ciput, tapi dia kata kita pikir bulan 6 nanti. Sekarang tak boleh pikir. Sebab banyak duit bakal keluar untuk bulan 2 akan datang. Okfine.

Saya yang menengok dari jauh... Takut kena ajak menari sama, kahkahkah... dasar ko kan! tetiba nak takut!


Isteri-isteri orang dan gf orang.
Keisha masa ni nak melekat kat zeti ajer. oh yeahhh oh yeahhhhhhhhh...

Shah tengah menari lagu Michele Jackson.
Sumpah lawak okey. 
Selamba badak ajer dorang menari.

Mamat ni lagi tiga kali ganda kelakar...
Pecah perut dibuatnya...

Tukar orang, ayu pula jadi mangsa keisha. hahaha...

Lepas tu buat cabutan undi untuk permainan boxing.

Ciput kena lawan dengan affan...

Ciput menang gaya je, hahahaha... mainnya kalah, lol.

Kitorang lepak sana sampai jam 1230.
Sebbaik keisha dah tido maghrib tu. Takde la dia cranky sangat tak cukup tido ke apa. Tapi jam 12, dia dah nampak lembik la. So aku dukung dengan carrier bagi dia rehat.

Agak-agak dah tak boleh tahan, terus mintak diri. Lagipun jauh wey shah alam nak ke Cheras. Dah la shah alam yang yana duduk ni shah alam yang hujung-hujung. Boleh buat menguap lapanploh kali dalam keta, baru sampai rumah. =)

Love: Ceera =P

7 LoveGreen:

kazmyra afkar said...

besaw betul umah dye.. eh game ni nak scan kat mane?? mcm best jerk

Love Razila said...

Adoi..comeilah.

Kikikiki.

ratna said...

Funnya! Kat cni game cam tu ada 2 jenis...satu xbox satu lg wii. Ada org citer ada student x pegi kuliah sbb syok main benda ni.

Mrs.Ira said...

Mesti xbox kinect kn?? I pun suka juga main. .*wink2*

Mrs.Ira said...

Xbox kinect namanya. .i pun suka main. .ehehe. .

Alyza Fisol said...

giler besar umah yana...

lawak sggh tgk gmbr kathy n yana nari...gmbr ciput semangat berboxing pn cam lawak gak...hahaha...

pRincESs_N said...

mcm menarikss je men Xbox...x pnh men woo..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998