Search CM

Loading...

Monday, November 28, 2011

Keisha dapat auntie baby

 Memperkenalkan, sofiya az-zahra. *kalau betul ejaan namanya*

Muka comel, macam telur.
Anak ke empat uncle and auntie. Dan adik bongsu kepada babil.
Cukup berpasang-pasang, 2 lelaki dan 2 perempuan.

Lahir jam 4.30pagi hari Khamis, berat 3.2kg.

Cerita dia begini..
Malam tu aku dengan keisha tido awal, ciput tengok bola kot, so dia tido lambat.
Dalam jam 1 pagi baru ciput masuk tido, elok mamat tu dah tido sepoloh minit, tetiba uncle call bagitau dalam 15 minit dia sampai rumah nak hantar anak-anak sebab auntie dah sakit nak beranak.
Dalam jam 130 semua pun dah terpacak kat depan rumah.
Time ni aku masih ralit tido. Perasan jugak ciput macam terkocoh-kocoh, tapi aku biarkan ajer. Aku ingat dia dah lambat nak pergi keja, tapi kelam kabut dia tu lain macam, sebab kalau lambat gi kerja pun mamat nie mana pernah kelam kabut, rileks ajer.
Terus aku tanya:

pehal lu???
Uncle hantar budak-budak kat sini, auntie dah sakit nak bersalin
Ohhh yeke??? B nak carik apa?
Comforter mana?
Bilik sebelah la, atas lemari.
Yeke? hehehe... B dah takleh nak pikir dah.

Terus aku sambung tido, haha.. keji gile.
Tapi tak dapat nak tido lena sebab alif menangis. Papa, papa, papa...

Aku pun keluar jenguk. Tengok babil tengah dukung alif kasik reda menangis.
Nak gelak aku tengok babil jaga adik dia. Pastu aku pulak angkat alif, tapi menambahkan dia menangis ada. Sebab dia tak berapa nak kenal kan, tu yang dia cuak tu buka-buka mata tengok kat tempat lain, pastu papa takde mama takde, nampak pulak strangers. Last-last ciput suruh babil baring je tido, biar adik dia menangis sampai penat. Ciput larik keluar, tup tup alif tido berpelukan dengan babil.

Rugi tak snap gambar.
Kitorang sampai hari ni dok gelakkan kejadian malam tu. Sebab babil siap menangis tengok adik dia menangis, hahaha.. lawak gila.


Tapi terkejut jugak ah, bila besok pagi tu bangun tanya ciput auntie dah bersalin ke belum, ciput bagitau jam 4.30 auntie dah bersalin. Cepat gila kot.
Sampai HUKM jam 2.30, jam 4:30 dah bersalin. Itu pun kena tunggu wad biasa sebab bilik bersalin dah penuh. Nasib boleh tunggu, buatnya terberanak kat dalam wad macam dia terberanakkan si aliff dulu...

Kagum betul auntie aku nie senang beranak...

Pastu tengahari dah boleh keluar.
Mak ok, anak ok keluar la, buat apa nak duduk hospital lama-lama ye tak.

So petang tu kitorang datang tengok baby. Hantar sekali babil and aishah balik sebab dorang dah bising-bising kat rumah nak tengok mama...

Alif and keisha.
Masa ni alif tak perasan pun mama dia dah ada baby baru. Dia masih seronok bermain.
Lagipun alif nie rapat dengan papa. Sikit-sikit nak papa, makan semua nak papa.

Main kuda-kuda...

Sebelum maghrib mintak diri untuk pulang.
Singgah kejap kat taman bukit jalil.

Jom singgah taman nak?
Taman mana?
Taman depan nie la.. boleh imbas kenangan lama.
Kenangan lama???
Ye la, kita kan pernah jalan-jalan taman ni, ayang tak ingat ke?
Pernah meh?? yeke??? mana ada la???
Ye la... masa lepas matrik dulu.
Entah-entah B dengan perempuan lain kot.
Mana ada, ayang sorang je yang rajin berpanas-panasan dengan B, yang lain manja.

Aku ingat lagi dulu aku dengan ciput boleh berjalan kaki dari ampang park ke ampang point. Siap aku pakai skirt kasut tinggi lagi, dengan panas teriknya. Tapi takpe, demi chinta.... sanggup je jalan jauh mana pun, hahahaha....

 Anak beranak bercangkuk...

  Nak tengok tortoise.
Tasik ni kecik je. Tapi aku kagum kat sorang minah nie. Sepanjang weols berjalan seround, dia dah joging 5 round tanpa henti, siap tak berpeluh okey. Rambut maintain cun. Lepas tu jog dia sekata, tak slow, kalau laju begitu memang laju begitu la sampai kesudah, perghhhhhhhhhhhhhhhhh... patut badan cantik. Jeles mak.

Yang aku nie, dari hari tu nak berazam nak jogging, tapi tak juga jog-jog sampai ke hari ni. Hari tu ada la sekali, itu pun jog sambil bawak anak, apa kehalnya kan....

Walau macam mana sekali pun, pasti akan jog seminggu berturut-turut sebab krisis akhir 20an aku adalah nak menaiki gunung!!!!

Love: Ceera =P

Sunday, November 27, 2011

Doa tahun baru

Semoga saya menjadi seorang muslimin yang lebih baik dan taat. Solat jangan tinggal la dey, dush dush dush...
Semoga menjadi isteri yang lebih baik. 'Ampunkan dosa mummy ye sayang'
Semoga menjadi mummy yang kurang baran =P dan mampu melayan kerenah keisha yang macam-macam.
Semoga aku menjadi anak dan menantu yang baik.
Dan semoga aku menjadi manusia yang lebih baik dr yang sebelumnya.

Terima kasih Allah atas rezeki mu.

Semoga ko makbulkan la doa ku untuk mendapat anak yang baru, amin.

Salam maal hijrah!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 25, 2011

Tips membeli Smartphone/Tablet

Ini tips sekiranya anda mahu membeli smartphone.
Sila beli dengan syarikat telco, jangan beli body semata-mata sebab kalau nak guna smartphone, wajib ada internet sekali, kalau setakat beli smartphone tapi takde internet, apa pun tak guna.

Jadi kalau nak beli Samsung Galaxy Note, *tak abis-abis dengan galaxy note ko nie ceera!*
Celcom ada buat promo.

Tapi sebelum itu...
Aku nak cakap lagi pasal Samsung Galaxy Note. *again*

Sekiranya masih ada yang tidak paham, apa fungsinya Samsung Galaxy Note.
Kot kan, ada cakap. Ala, hp je kot... apa yang beria-ria dok sebut-sebut. Sama je kot dengan hp aku nie, boleh call in, call out, sms in, sms out, amik gambar, video, Bluetooth dah cukup.

Hei hei heiiiiiiiiiiiii... tu la ko tak tahu. Handphone sekarang ni, dah boleh buat macam-macam.
Masa zaman batu dulu, nak buat schedule atau nak buat note, kena amik pen dan kertas. Tapi sikalang kalau ko ada Galaxy Note, tak payah dah pen dan kertas, guna phonetab pun boleh. Siap tak mungkin sudah ada ayat hilang wey, entah celah mana aku letak kertas aku tu. Carik carik tak jumpa...

Lepas tu dulu, siap la ngusung laptop tiap kali nak keluar, konon kang boleh la lepak Starbucks tunggu member, boleh aku online kejap. Takla bosan menunggu, boleh gak buat apa-apa yang patut. Dah la tu, jenis laptop yang yang bateri dia kejap2 dah kong, dah kena usung sekali plug bateri, bukahkah mentensionkan diri usung banyak barang.

Kalau ko ada Samsung Galaxy Note
Dah tak payah usung laptop lagi, usung phonetab je dah cukup. Sekecil tapak tangan.
Semua boleh buat.
Boleh emails
Boleh twitter, eh
Boleh fb.
Boleh surf internet
Boleh main game
Boleh chatting
Boleh dengar music bagai nak gila.
Boleh buat kerja juga.
Boleh macam-macam
juga call in dan call out...

Bukahkan lebih cool kalau lepak Starbucks guna Samsung Galaxy Note. =P

Ok, ini specifications untuk Samsung Galaxy Note:

Network

  • HSPA+ up to 21Mbps 850/900/1900/2100 
  • EDGE/GPRS 850/900/1800/1900 
Processor
  • 1.4GHz Dual Core Processor 
Display
  • 5.3" WXGA (1280 x 800, 285 PPI) screen* 
  • HD Super AMOLED 
Platform
  • Android™ 2.3(Gingerbread) 
Camera
  • Main(Rear) : 8 MP with LED Flash / Front : 2 MP 
  • Action Shot, Beauty, Panorama Shot, Smile Shot 

Video
  • 1080p Full HD video recording & playback 
  • Recording: 1080p@24~30fps/ Playback: 1080p@30fps 
  • Codec: MPEG4/ H.263/ H.264/ DivX, Xvid, WMV, VC-1 
Audio
  • Codec : MP3, AAC, AMR, WMA, WAV, FLAC, OGG 
  • Music Player with SoundAlive 
  • 3.5mm Ear Jack, Stereo FM Radio with RDS 
Multi Input
  • Full touch + S Pen (Advanced smart pen) 
Connectivity
  • Bluetooth® technology v 3.0 + HS 
  • USB 2.0 HOST 
  • Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, 
Wi-Fi
  • Direct Sensor Accelerometer, Digital compass, Proximity, Barometer 
Memory
  • 16GB Internal memory + microSD (up to 32GB)
Size
  • 146.85 x 82.95 x 9.65 mm, 178g
Battery 

  • Standard battery, Li-on 2,500 mAh

Macam yang aku cakap awal-awal tadi, if nak beli smartphone adalah lebih molek di beli di syarikat Telco, sebab ianya jauh lebih murah kalau ko beli body semata-mata.

Disebabkan Celcom ada buat promo untuk Samsung Galaxy Note. Makanya anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy Note serendah RM1368 dengan Celcom Exec. 
Harga sebenar: RM2229

Dont worry, Celcom punye coverage adalah terbaik di serata dunia. Mana-mana ceruk pun ada Celcom.

Cakap banyak tak guna.
Boleh usha sini kalau berminat - www.samsung.com.my/smartphones
Aku dah usha banyak kali, dan dah banyak kali juga aku berdoa supaya ada orang bagi aku hp baru, eh...


Love: Ceera =P

Thursday, November 24, 2011

Jadual penyusuan Keisha

Aku nak tunjuk kat korang, berapa kerap keisha nie menyusu bila bersama dengan aku. Ini kira kalau duduk rumah ajer la, kalau keluar lain pulak jadual penyusuan dia. Kalau keluar berjalan-jalan, dia tak berapa nak menyusu sebab dia tahu, celah mana mummy dia nak selak baju, =P

7.30am: Celik mata nak susu.
8:15am: susu
9:30am: susu + vitagen + makan buah - ini kes kalau bangun lambat.
11:30am: susu
12:15pm: Makan bubur nasi. Tapi 3 4 suap dia dah taknak dah, grrrrr
12:30pm: susu
1:33pm: susu
2:15pm: susu
2:50pm: bagi susu untuk tidokan, tapi tak berjaya uols!
3:23pm: susu dah berjaya tido
4:55pm: susu dan sambung tido
5:30pm susu dan bangun tido
6:15pm: susu
7:20pm: susu pastu kasik dia makan spagethi, ada la 2 3 suap.
8:38pm: susu
8:45pm: makan spagethi, banyak sikit dari tadi.
9:15pm: susu
10:00pm: susu untuk tidokan.
ting tong ting tong....
11:15pm: baru keisha tido...

*aku buat jadual time dia bangun lambat, jadik tido pun lambat der*
*Susu juga di selang seli dengan air masak.*

1:00am: susu

Lepas tu ada bangun 2 3 kali lagi untuk menyusu.
Time tido dia bangun setiap 2 jam untuk susu.

Ini la masalahnya kalau anak ko tak berapa nak makan, dia suka mengharapkan susu untuk kenyang.
Keisha belum pandai, if nak kenyang kena makan. Dia masih ingat, nak kenyang kena susu. Jadi makan adalah sampingan bagi dia, adoiyaiiii....

Tetapi, lain pula kalau aku takde, if aku keluar ada hal, and dia kena tinggal dengan oma, pandai pulak dia makan untuk kenyang.

Ko nampak kan, begitu kerap keisha menyusu. Sejam sekali. Itu pun dia mintak sejam dua kali tapi aku buat keras taknak bagi.

Mak aku cakap, nanti nak stopkan susu, kena slow-slow dengan mula-mula susukan dia sejam sekali, then nextweek 2 jam sekali, nextmonth pula 3 jam sekali. Tapi entah la, tak tahu la aku boleh buat ke tidak, harapnya boleh la.

Dan keisha ada lagi 7 bulan untuk menyusu badan, lepas 2 tahun, sila berhenti!

Love: Ceera =P

Wednesday, November 23, 2011

Saya beli budak ini kat Hero


Love: Ceera =P

Tuesday, November 22, 2011

Setiap orang ada wangi dan busuk

Dalam adik beradik tak semuanya yang wangi.
Contoh, kalau ada 9 orang adik beradik, mungkin ada seorang yang busuk. Tapi yang busuk tu mungkin dia wangi tang lain. Dan mungkin yang 8 lagi yang wangi itu, ada busuk tang lain.

Macam dalam family aku.
Alhamdulillah, kitorang nie jenis yang happy go lucky. Jenis bersatu padu.
Jenis yang tak berkira walaupun kadang-kadang, ada jugak yang tak puas hati dengan masing-masing.

Contoh, aku tak puas hati dengan ko, aku mengumpat ko dengan si dia. Aku tak puas hati dengan dia, aku mengumpat dia dengan ko. dia tak puas hati dengan aku, dia mengumpat aku dengan ko. Pastu masing-masing cuba menangkan orang yang diumpat, cuba untuk cari yang positive.

Pernah aku dengar kat radio Era.
Ada sorang caller tu call Aznil. Dia (perempuan) luahkan rasa tak puas hati dia bila abang dia tak pernah nak amik tahu pasal emak mereka. Kira dah la ko tu ANAK LELAKI, tanggungjawab dah tentu-tentu kat ko. Tapi nak jenguk emak pun ko taknak, apatah lagi nak keluarkan duit untuk emak. Jadi si perempuan ni katalah yang semua dia kena uruskan. Dia tak kisah... cuma dia geram kenapa abang dia macam tu... kesian kat emak dia katanya...

Dan aku sangat tertarik dengan jawapan aznil.

Aznil cakap.
Sebab tu Allah letakkan awak kat dalam family tu. Awak biarkan ajer abang awak, jangan fikirkan sangat hal dia. Selagi emak awak hidup, selagi tu la awak cuba untuk berbakti dengan emak awak.

Pendek dan cukup bermakna!!!

Bila pikir balik, ye juga cakap Aznil. Semua yang terjadi ada sebabnya.


Dan bila aku pikir kewujudan aku dalam family aku.
Dulu aku ala-ala durhaka gitu, cepat sentap, cepat panas baran, ikut kepala sendiri, nak buat apa pun tak pikir orang lain, yang penting diri sendiri happy.
Tapi sekarang aku cuba untuk menjadi anak yang lebih baik. Cuba untuk pikir apa-apa pun kena family dulu. Dan wpon aku jarang balik, tapi setiap kali balik, cuba taknak menyusahkan emak dan abah. Cuba buat mereka happy, cuba untuk sentiasa berborak dengan mereka, cuba untuk tidak buat sepah, hehe... dan yang pasti masih banyak lagi yang kurang. *ini aku mengaku*

jadik untuk adik beradik yang lain, ini aku nak pesan. *eceh, gaya nak pesan macam bagus sangat!*
kalau balik rumah emak tu jangan la selalu buat sepah, sebab korang pun bukan rajin sangat nak kemas balik kan?
dah makan, reti-reti basuh balik.
dah sepahkan lantai, reti-reti sapu balik.
dah teraburkan hall, reti reti kemas balik.
pampers anak, reti-reti pergi buang.
pendek kata, sila reti reti dan ringan tulang!

Aku mungkin wangi tang mengemas, tapi agak busuk tang memasak dan mungkin juga busuk tang lain. =P
okbai.

Love: Ceera =P

Monday, November 21, 2011

Bila cinta sudah menjadi satu - 20.11.2011

Warning: Gambar adalah banyak. Malas nak pecah-pecahkan kepada 2 entry.

Sebelum itu, selamat menjadi isteri mancher. Seronok bukan? haha...
Seronok sebab satu lagi chapter dalam hidup sudah pon selesai. Lepas ni masuk chapter yang lain pula...

Seawal jam 9.15 aku dah terpacak kat rumah Yana.
Jauh siot Sungai Buloh. Nak pulak aku sendiri yang drive.
Ciput and keisha kena tinggal, kalau dorang ikut, apaaaaa pun tak jadi. Lagipun aku suruh dorang follow bila time reception nanti. Nikah ni biar aku bersama dengan kawan-kawan aku sahaja.

Sampai-sampai, yana tengah bermekap

Gitu...

Baju yang super cantik. Teruja iols tengok.

Demi kawan aku tempah baju pink.
Ayu, ceera, kathy.

Dayang-dayang terpilih.
Pengantin tengah sibuk mekap, kitorang plak sibuk bergambar.

Dalam ramai-ramai yang tengah tu ajer belum kawin, hehe...
Ila, macam aku cakap. Kalau ko kawin, baru aku rasa seperti tak percaya, kahkahkah..
Ezwan cepat-cepat sikit, korang ingat korang muda sangat???

Dalam jam 10.15am. Rombongan lelaki sampai.

Cantik sangat yana...
Suka aku tengok.
Semua pun perfecto!

Pengantin lelaki yang kacak.
Lesung pipit tu, aku cungkil baru tahu.

Lama betul tok kadi kasik ceramah.
Penat kitorang tunggu...
Yang yana lagi kesian, dah la duduk bersimpul, ko bayangkan punya lama dia tahan simpul.

Aku biasa la, sibuk je lebih. Sibuk nak duduk dekat-dekat dengan pengantin. Nak amik gambar kata ko...

Sekali lafaz.

Alhamdulillah, selamat bergelar isteri.

Kenapa ko tak menangis manjer? hahaha...
Dalam banyak-banyak pernikahan yang aku pergi, aku tak jumpa lagi pengantin perempuan menitiskan air mata. Tapi kalau artis menikah, nangis saja aku tengok.

Sign agreement.

Hantaran.

Motip tunjuk duit hantaran orang, hehehe...

Cincin pengantin.
Oh yaaaa, ciput takde cincin kawin pun. Sobs.. masa aku kawin dulu, aku agak miskin. Tak mampu nak belikan macam-macam kat dia. Takpe, nanti aku belikan cincin kawin untuk ciput.

Memang cantik.

Hoi cantik sungguh!

Dayang-dayang juga cantik, eh...

Amboi, suka ye lepas dah nikah...

Acara wajib. Sarung cincin ke perempuan.

Sarung cincin ke lelaki.

Salam cium tangan.

Cium dahi, auwwww auwwww...

Tayang cincin, ko ado???

Dan bergambar bersama pengantin.


Lepas dah setel bergambaran...
Masa untuk pengantin berarak untuk bersanding.

Dayangs...
Berarak untuk orang kampung tengok.

Yana buat reception bulan 12, so time nikah ni khas untuk sedara mara orang kampung la.
Kang reception karang, khas untuk kawan-kawan pula.
Kitorang dah tempah baju color purple. Siap tempah mekap lagi, over sungguh...
Jadinya, cerita wedding yana masih belum habis lagi ye. =P

Dan sebelum pulang, bergambar dulu di pelamin.


Makanan kenduri, memang sedap dan super pedas. Aku makan macam tak cukup napas sebab kepedasan... Tak tahu, sambal belacan yang pedas atau kerabu yang pedas. Lagipun family dorang memang ratu pedas, dan yana pula memang ratu sambal belacan, haha.. Teringat-ingat dulu dia selalu cerita, hari-hari kat rumah dia kena buat sambal belacan. =P

Dalam jam 3 aku balik. Sebab tetek sudah terlalu kembang, haha...
Ate, kalau BF anak begini la ye. Tak boleh nak tinggal anak lama-lama...
Sampai rumah dalam jam 3.30 terus susukan keisha...
Pastu jam 5 dah terbongkang tido, bangun-bangun terus pening... nice!

Love: Ceera =P