Hari tu jalan-jalan kat sunway piramid, konon nak menyopping... last last tersasar buat benda lain.
Benda lain itu adalah, tengok kereta. Hehe...
Kita tengok ajer, bukan kita beli. Walaupun dalam hati ada la jugak meronta-ronta mahu kereta baru, tapi jangan ikut nafsu syaiton.. kereta sedia ada masih elok, guna saja... lagipun belum keperluan yang tinggi lagi untuk tukar ke kereta yang baru.
Oleh itu, kita tengok try try test apa salahnya.
Nissan yoooooooo, kereta idaman kot!
Pertama-tama sekali, kita cuba game dengan membawa Nissan X-Gear dan ambil seberapa ramai passengers dan drop kan mereka di bangunan Nissan.
Hoi, cuak ahkak main ni game tau, kereta tak bergerak-gerak, kahkahkah. Berpusing-pusing kat situ jugak. Passengers macam menggila tunggu kereta. Tak jugak sampai-sampai. Dan tiba-tiba masa habis, =P tetttttttt....
Pastu paksa ciput pulak cuba, heibat je ciput jemput orang masuk kereta.
Rupa game itu...
Nak tahu lebih lanjut or nak cuba game, boleh tengok sini...
Boleh menang ipad tuuuu....
Acara lain di sana, ada pemain-pemain skate board.
Hebat kot. Jatuh pun selamba bangun balik dan terus bermain. Aku yang kat tepi dah menjerit jerit tengok dia jatuh. Over ko nyah!
Lepas tu ada budak-budak try buat rock climbing. Hebat la ko dik, kagum ahkak tengok. Kalau ahkak compom malu nak cuba. Malu satu, satu lagi penakut.
Tempat duduk untuk orang dewasa. Kot la tetiba nak beli kereta ni kan, sini la ko duduk untuk isi borang bagai.
Ini pula tempat duduk kanak-kanak. Nasib anak aku kecik lagi, kalau tak aku dah suruh dia join main color-color.
Tempat untuk registration.
Nanti dapat goodie bag tau.
Kitorang register untuk test drive.
Otw ke kereta.
Kereta yang nak di test drive.
Scan me bebeh.
Boot dia adalah sangat BESAR!
Macam-macam boleh letak.
Pasal kereta, aku nie tak la berapa nak pandai. Yang aku tau, mesti selesa, mesti ada cermin, mesti boot besar, mesti ada tempat letak air banyak-banyak. Compartment kena besar, supaya banyak barang yang boleh aku sumbat dalam tu, =P, kaki boleh melunjur dengan seronoknya. Belakang juga harus selesa!!!
Itu kalau aku la...
Kalau ciput, lagi banyak dia punye syarat. Dan dia pun tanya dengan banyaknya, hehe...
Pastu ciput cakap, stereng dia best, kalau bawak pun best je. Eh banyak lagi best, lupa sudah haku. Kalau nak beli pun macam berbaloi la jugak. Kalau nak beli!...
Mereka juga selesa di belakang.
Pusing kat luar sunway piramid.
Saya, =P
Cubaan untuk kaki menjulur-julur, hehe...
Apa yang boleh aku cakap, Nissan X-Gear sangat best.
On the road - lebih kurang RM83k.
Dan sebelum pulang, bergambar dulu dengan kereta Nissan X-Gear...
Kalau saya, saya nak beli color twilight grey, =)
Aku dah takde cerita sangat nak diceritakan.
Jadiknya aku buat tuto yang bertangguh ini. Maka berseronoklah kamu yang sedang menanti tutorial ini...
Bagaimana nak buat 3 column ye?
Bagaimana nak buat 3 column tapi ada 2 column di bawah satu column itu.
Bagaimana bla bla bla....
Eh banyak la soalan korang...
Tuto 3 column aku yang sebelum ini masih lagi boleh digunakan kepada mereka yang celik coding. Yang tak berapa nak celik, tak perlu guna ye sebab template baru yang ada di blogger ni lebih mantop. Better guna yang sedia ada saja..
Mungkin korang segan-segan nak godek-godek sebab itu tak perasan blogger sekarang nak buat 3 column kemain senang lagi... ok tanpa banyak cakap, kita ajar terus..
Pertama: Masuk dashboard
Kedua: Click yang aku bulatkan itu.
Ketiga: Click Template
Keempat: Click Customize
Nanti akan nampak begini ye...
Boleh pilih Templates mana yang berkenan di hati. Dah jumpa yang suka. boleh teruskan step seterusnya....
Ini bahagian Background...
Kalau nak guna background sendiri juga boleh....
Adjust widths:
Ok yang ini untuk 2 column. Kalau ko dah tukar ke 3 column, nanti akan ada left sidebar untuk ko adjust....
Tadaaaaaaaaaaaa
Bahagian Layout.
See ada macam-macam jenis ko boleh pilih.
Pilihkan saja... nanti dah pilih 4 column ke apa ke kang pergi ke adjust widths semula untuk ko adjust balik. Nak besarkan ke nak kecikkan ke ikut sukahati engkolah!
Advanced nie pula untuk text.
Nak text bentuk apa color apa semua ada kat sini.
Sambil cuba-cuba kang dia ada tunjuk la sekali kat belah bawah. Ini pun aku dah cut sebab nak senangkan mata aku. Kalau dah puas hati baru ko click Apply, kalau masih belum puas hati masih boleh click cancel. Dia bukan auto save.
Nak lebih senang, sila save dulu template yang lama supaya tidak menangis di kemudian hari.
Ok itu saja pembelajaran kita hari ini.
Semalam dah start bersin sana sini, ingatkan cuma nak flu. Pagi tadi rasa badan dah panas-panas tak bermaya, sobs...
Adalah tak cool okey demam lepas tu anak ko ada kat sebelah.
Dia asik ajak main, tapi ko pulak melembik nak berbaring. Hurmmmm....
Tapi la nie dah ok sikit. Telan 2 biji panadol pagi tadi.
Breathe right yang aku pakai tu bagus la. Memang buat hidung tak tersumbat. Aku ingat iklan ni memoyo ajer, bila dah pakai, ye laa... bagus la ko.. buat air hingus mengalir dengan sendirinya. =P
oh selain nak mengambil simpati bagitau aku demam, kahkahkah....
Ada orang mintak tolong suruh aku jaja gambar Muhammad Fairoz Ramly yang sudah hilang.
Kalau ada sesiapa, nampak dia di mana-mana sila call nik - 014 924 7795
Plz RT, eh.. =)
Updated: slm ceera, just nak update, they found him! Alhamdullilah :) :) ive emailed you as well but nak mention jugak kat sini, thanks sangat sangat for posting this up!! memang i believe berkat doa and everyone, i mean everyone even complete strangers helped to post it and share it that made it possible for him to be found :) :)
thanks again ever so much, you guys are true stars!! thank you!!
Ko ingat nasi kandaq ajer ada beratuq, nasik lemak pun ada okey!
Ni dekat depan balai polis salak south...
Dah lama nak amik gambar kat sini, tapi asal datang ajer lupa bawak camera. Asal beli je aku tak ikut. Lastweek dapat juga ku ambil gambar orang beratur sebagai bukti, kahkahkah.... Masa ni jam 10pagi.
Sumpah panjang, sampai terduduk-duduk menunggu...
Ciput la yang try beli kat sini sebab dia heran apahal la ramai nau orang beratur beli nasik lemak kat sini, so dia pun beratur sama... bila dah tapau bawak balik, yang kitorang makan nie terus puji, ehhh sedap la nasik lemak yang B beli nie, B beli kat mana??? sedap betul!!!
Skang kan susah nak jumpa nasik lemak yang sedap....
Terus ciput pun cakap yang dia beli sampai kena beratur bagai,
serius beratur???
Tak larat beratur di tengah panas...
Jadi kami anak beranak melepak di dalam kereta sambil menunggu ciput....
Betul-betul satu malaysia ok. Cina, India, melayu semua beli kat sini...
Rupa nasik lemak itu...
Rasa dia rasa rasa nasik lemak la... kira semua cukup... nasik yang berlemak cukup, sambal nye sedap, perfecto!
Aku suka beli nasik lemak kosong, baru feel nak makan nasik lemak. Kalau dah campur ayam segala bagai, memang dah tak rupa nasik lemak dah...
Lagipun itu bukan bfast, itu melantak namanya.
Nom nom nom...
Sedap sangat!!! Terima kasih abang akak yang buat nasik lemak ni, terbaiklah!
Hari-hari aku kena tawaf satu rumah bawak keisha jalan-jalan dengan basikal baru dia. Betul-betul senaman secara tersirat aku dapat... Terima kasih keisha!
Takleh tahan sebab semua orang tweet kata buku sana murah-murah... harga dalam RM3 hingga RM25 je. Apa lagi, menggeletek la hati ni nak tengok sama.
Dan, ini la hasilnya setelah berpenat lelah berpusu2 di sana...
Siap kena beratur kot time nak masuk dewan. Gila salah timing, datang time orang lain pun datang sama. Eh engkorang nie, time aku nak datang la time tu jugak ko nak datang kan... bila nak balik tu aku tengok, kosong je tempat nak masuk. Takde pun kena beratur segala bagai, cis...
Beli 4 jenis buku ceghita untuk keisha.
Tapi banyak buku yang best dah habis. Tinggal yang cekai-cekai ajer, sentap!!!
Aku punye bayangan nak belikan buku yang besar dan tebal-tebal, sekali satu hapa pun tarak...
3 jenis buku resepi, kahkahkah..
Rajin ke ko???
Jangan setahun sekali baru nak bukak buku resepi ini sudah. Padahal boleh ajer google carik resepi, saja gatai nak beli buku jugak. Kononnya pembakar semangat la tu. Pui...
Dan emak mertua aku telah memborong lebih banyak buku dari aku... Lebih menggila nampak =)
Semuanya kena RM150+. Tapi memang berbaloi la sebab ko tak tengok buku yang mama amik, ada la dalam sepuluh. Dah la sepuluh, semua yang stok tebal-tebal. Entah sempat ke tidak dia nak baca tu.
Ini adalah aktiviti weekend bersama family mertua. Plan pertama nak ke Klang, tetiba tak jadi sebab jeppa kata dia nak pergi ke taman burung dan tiket pun sudah di beli masa kat matta fair, jadi marilah kita ikut saja. Dah la tiket free, va va va...
Kalau beli sendiri kat sana, tak salah aku dalam RM20 kot. *kalau salah sila betulkan.
Leena beli RM10, 50% off yeayyyyyyyyyy...
Tq jeppa and leena...
Jam 11, cun cun matahari naik. Syabassssssssss betti syabas...
Tak ramai orang pon, atau mungkin tempat nie besar so tak berapa nak rimas sangat.
Leena excited beli makanan burung dan ikan.
Aku heran pun tidak, haha...
Ciput kata, taman burung nie adalah yang terbesar di dunia. Nak percaya ke taknak eh? kang tak percaya karang dia bising kata aku selalu tak caya cakap dia. Jadi mari la kita sama-sama percaya. Aku paksa korang percaya sekali nie, huhu~
Memang besar pun taman burung nie. Naik lolah jugak la aku berjalan tak sudah sudah....
Mula-mula masuk aku dah excited amik gambar sana sini...
Nampak tak burung itu???
Best kot...
Banyak giler burung, ada yang pernah tengok ada yang langsung tak pernah tengok.
Keisha pun happy je sebab dia suka tengok burung. Tapi, ada juga masa yang dia takut sebab nampak burung yang besar-besar... eh jangan katakan dia, aku pun takut. Lol...
Tempat burung bercinta... =P
Sila ikut peraturan...
Kawasan sini memang cantik. Tempat dia pun bersih ajer...
Burung bangau kah ini?
Kejut aku nampak dia terbang. Terasa seperti di zaman dinosaur pula.
Berkerut-kerut muka keisha tengok burung sana sini. Selalu nampak terbang kat langit je, sekarang depan mata siap berjalan depan mata...
Bila ditransletkan ke Bahasa, terjadilah Enggang Gatal Birah, sedehhhhhhhhhhhhh...
Mungkin saya yang gatal birah boleh la disamakan dengan burung ini, eh.
Peacock betina...
Tempat burung makan.
Peacock jantan.
Aku paling seronok jumpa burung merak.
Kemain bergaya ko di atas pokok ye. Cuba juga nak pegang bulu dia. Tapi dia perasan pulak. Asal nak pegang je dia angkat bulu-bulu dia keatas. Adoi, apa la namanya tu, bulu??? ekor??? sayap??? hoi tidak la ku tahu.
Keisha cuak tengok owl, padahal kalau dalam utube setiap kali tengok lagu twinkle2. dia la orang pertama buat bunyi owl. Sekarang ko takut nak?
Burung hantu bengang tak dapat tido. Asik nak kena entertain orang yang datang. Aku syak burung hantu kat sini pon dah tak tido siang kot, kena tido malam.
Kawasan burung helang.
Kesian helang, tak dapat nak terbang tinggi. Berkorban la ye helang... berkorban demi manusia...
Mula-mula biasa la excited. Jumpa apa burung pon kalau boleh nak amik gambar. Tapi bila dah lama-lama terus tanya ciput, bila nak abis nie B??? lapar la..
Dasar ko perempuan...
Yeayyyyyyyyyyy keisha dah berani nak jalan... kalau tak, takut dia nak jalan.
Ostrich.
Ni dah betul-betul berasa di dunia dinosaur nie. Bapok besar la koooooooooooo...
Mika 8bulan ++
Ko tengok la ostrich tu, dah macam dia pun posing sama...
Ni apa???
aku pun tak tahu... tapi muka ada kiut.
Bersama dengan burung muka kiut itu...
Pastu lepak sekejap bagi anak-anak makan.
Mika kuat makan, keisha pulak kuat auta. Asal nak suap dia ajer, dia buat-buat tak nampak larik ke tempat lain. Eceh, macam la mummy tak masak dengan perangai ko.
Berjalan ke Zon 3....
Ternampak burung bercolor merah. Dan kami semua tersangat kagum!!! cantik kot burung nie... mungkin masing-masing pun 1st time tengok...
Keisha dah mengantuk, tapi gagah jugak taknak tido...
Dan tetiba, masa berjalan ternampak peacock yang sudah kembang. Aku daripada jauh terus berlari okey... Sebab dari jauh tak berapa nak boleh zoom. Jadi baik kita amik gambar secara depan-depan... lebih cantik...
Ma cakap, haaa dia tengah nak ngurat burung mana la tu.. sebab kembang.
Yang ciput, dia nak carik makan la ma... nanti serangga lalu, semua tersekat kat bulu dia, kang dapat la dia makan...
Aku... agak-agak sikit eh B kalau nak menipu.
Leena, laaaaaaaaa leena nak percaya dah tadi.
Budak pentipu...
Budak yang sukar ditipu, =P
Ada gaya ketinggian kimK and KrisH tak??? *tp me dont like KrisH, dah la giant, suara besar pulak tu.*
Ciput dah tahu tinggi dia pergi lagi pijak batu... kan aku dah paras bahu...
Keisha kasik ikan makan....
Cubaan untuk masukkan kaki ke dalam air. Dia ingat mak dia ni tak nampak???
Dua-dua excited tengok ikan...
Burung kakak muda...
Burung nie kena kurung tau. Datang la kami, terhelo helo kat dia.. masa dok helo helo datang la pulak minah arab, terus assalamualaikum. Terus insap kitorang kejap, hahaha...
Mika yang badan tak naik naik walaupon kuat makan. Sekarang dia merangkak laju gila...
Masuk kawasan parrot.
Mika di patuk burung. Konon nak tunjuk berani pegang burung, tp bila dah kena patuk terus menangis beria.
Mak dia pun cuak sama.
Jeppa yang tak mampu nak buat apa-apa. Konon nak suruh aku bagi makan burung-burung situ la, tapi helooooooooo aku pun takuit okey. Kuasa tau...
Aku rasa aku la yang paling penakut... laju-laju surrender takmo kasik burung makan. Scary bebeh tengok burung-burung disitu begitu excited datang kat ko untuk makan.
Ko tengok, atas kepala pun dia boleh singgah.
Cari kutu ke?
Anak beranak.
Ada video, sila slowkan volume anda sebab bunyi burung agak bising.
Dan mereka yang lain di dalam sangkar.
Banyak sangat la. Tak terletak.
Ada satu tu color pink. Tapi aku amik gambar dari jauh sebab jauh nau dia lepak... nak zoom malas...
Lepas dah puas menikmati burung-burung yang ada. Perut pun dah lapar. Eh dah lapar daripada masuk lagi, tapi ku tahannnn jebat... pastu berkira-kira nak makan kat mana. Mula-mula nak makan kat dalam tu, tapi macam tutup dah ofcoz mahal tak masuk akal. Lepas tu berpikir-pikir nak makan kat luar pula. Tapi kalau diluar antara syarat kena ada aircond, sebab tak tahan panas!
Dan weols decide makan di Bangsar...
Di Rebung!
Sudah lama nak makan kat sini, akhirnya tercapai juga impian ku...
Amik buffet.
Satu kepala RM38nett
Lauk dia semua best-best.
Rebung dia sedap, asam pedas sedap, kerabu juga sedap, daging salai terbaik wokkkkk, eh semua la aku rasa sedap...
Ko akan terasa seperti makan makanan di rumah gitu...
Keisha makan buah ajer, itu pun dia bluwek bluwek kan balik.
Second round amik lauk ajer.
Lepas tu pekena pengat durian dengan pulut. Terangkat bontoit.. sedap giler...
Macam tak puas makan, sebab banyak lagi lauk yang tak try coz perut dah senak sebab kenyang. Takpe, nanti kita datang lagi...
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Profile
Hello everyone, I'm ceera. Welcome to my blog. Kat sini, saya cerita pasal diri sendiri, anak, suami dan juga family. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh email terus ke ceeramoon@gmail.com. Terima kasih kerana membaca. LOVE
Normal lah kannnnn
-
Haritu aku main ukur kekuatan pakai benda alah ni.
Punyela sekuat hati aku bengkokkan. Lampu tu berhenti takat tu je.
Korang pernah main tak? Besi ni ker...
Tutorial masukkan keek dalam blogspot
-
Marilah ku ajar ye. Sebab ramai nau yang menanya macam mana nak letak keek
dalam blog. Dah letih aku nak ngajor sorang sorang. Ye, ku tahu... bukan
semua o...
Botet dah bersalin :)
-
Eksaitednya saya hari ni
Rasa macam nak amik cuti tanpa gaji selama 2 bulan sebab nak jaga botet
dalam pantang hihihihihi
Pagi tadi
Lepas saya siap-siap na...
PrU 13... Pilihanraya Persepsi ..
-
Salam...
PRU 13 dah mai dah ...
Letih layan politik ni... non stop since PRU 12 ..Teruja & meletihkan dalam masa yg sama..
.. sedikit sebanyak terjejas ekon...
World walking day
-
Pagi2 dah bangun for world walking day. Last year pun kita org join gak..
Ingatkan, malas nak join, tp anak2 nak... Layan jer lah...
Aku hanye menamankan a...
Taman Tasik Perdana pt2
-
Sambungan entri pagi tadi..
Ape yang ade kat Edible Garden ni?
Memule sekali mesti bace tande amaran ni..
Haa.. korang kalau gi sane jangan cobe2 petik & m...
PROJECT KAT KS
-
Minggu Lepas, aku balik kampung KS (Kuala Selangor)
aku memang selalu balik KS..
mungkin sebab dokek je dari rumah aku..
tak sampai setengah jam pun boleh sa...