Instagram

Got To Go

Lagu nie best!


Ko kalau dapat pakwe macam ni, sila go go go kan jugak ye. Ramai lagi lelaki di luar sana yang ada untuk ko...
Oh model lelaki adalah sangat hemsem. Not handsome ye but hemsem... *ketap bibir

Love: Ceera =P

Musang King

Durian tengah murah wey...
Kat taman midah nun, siap bukak buffet durian. Satu kepala RM9hinggit. Satu lagi nak ke lesiure mall sana. Sama jugak rm9 sekepala. Makan la ko sampai muntah. Tapi tak semua durian la dia serve. Mungkin durian yang biasa2 saja. Yang mahal tatap la ko kena beli secara kilo...

Like musang king...
Sekarang dah rm15 sekilo. Dulu tak dapat rm15 sekilo. Paling2 30++ ke atas...
Dah murah gini, kita cuba la sebijik dua...

Kuning menyala...

Dan rasa nye tersangat la sedap....
Lemak berkrim dan pahit2 sikit. Bab pahit2 tu la menyengat!!!

Ok skang terbayang2 lagi durian. Maukkkkkkkkkkk!!!

Love: Ceera =P

Tutorial Update Blog dari Iphone

Hari tu aku dah ajar, cara2 update blog guna bb kan. Kali ni aku ajar update blog guna iphone pulak. Caranya adalah sebijik sejaban dengan update blog guna bb... cuma yang lain nya ia adalah iphone saja....

1st step:
Pergi ke dashboard memasing.

Nampak tak yang aku bulatkan itu???
Ko click situ...

Nanti akan kuar box ini.
Sila masukkan secretwords yang tak tercapai dek akal orang lain supaya mereka tidak cuba2 untuk meng-update blog engko dari bb dia...

Contoh:
ceeramoon.akucantikkojelesapapasal@blogger.com
terlalu panjang mungkin, hahahaha

contoh lain
ceeramoon.namasayaceera@blogger.com

Nanti dia akan save terus dan button surat tu akan tukar ke warna merah lite. So if ko lupa ko punye secretwords apa, ko just click kat situ untuk tengok.

2nd step:
Selepas situ sila ke iphone memasing.
Mula2 sekali, savekan dulu nama blog ko kat dalam phone book, supaya senang untuk ko terus ke email... tak perlu la ko nak compose email, then taip pepanjang ko punye address mail, then baru taip apa yang ko nak taip...

Contoh aku buat la eh..
Aku kasik khas untuk email blog aku - Ceera blog = ceeramoon.akucantikkojelesapapasal@blogger.com

jangan pulak ko masukkan add url blog ko ye. Masukkan email blog yang secretwords itu...

So nanti just cari ceera blog, dan amik compose email dan terus masuk ke email.

Then ko taip la apa ko nak taip... lepas tu boleh terus tekan send.
Sapa nak masukkan gambar, aku sajes ko pergi siap2 ke gambar dan terus emailkan gambar then baru masukkan email add ko yang panjang itu. Yang ni aku belum cuba buat, tapi if ko buat berjaya then baguslah. Cuma aku tak tahu lagi macam mana nak masukkan gambar sekali banyak. If aku tahu, nanti aku update kat sini....

Ok itu saja pembelajaran kita hari ni.
Nanti ada benda baru saya ajar lagi. Terima kasih dan Selamat mencuba!

Ops, pic kendian aku letak...
Iphone ada kat ciput.

Nanti aku update bb vs iphone plak. Incase ada yang di dalam dilema nak beli iphone ke nak beli bb... =)

Love: Ceera =P

Percutian adik beradik di Cherating

Hari ni kita cerita pasal cuti2 di cherating ok.
Peringatan: cerita adalah panjang. Gambar juga adalah banyak... sila sediakan makanan dan minuman di sebelah anda. Supaya aku boleh mintak eh...

Aku punye blog ni bukan blog live ye.
Hari ni punye cerita hari ni juga berupdate.
Selalunya hari ni punye cerita, 2 3 minggu lepas tu baru aku update, kahkahkah.
Kira ini pun dah kira bagus, lastweeken punye cerita, aku cerita hari ni. Oooo yeahhhhh...
Sebabnya seronok sangat la cuti2 kali nie. Seronok bukan kepalang. Seronok bercuti dengan adik beradik sendiri wpon sebenarnya tidak la complete mana pun cuti ini, tapi tatap la rasa keseronokan itu.

ko tahu ajer la, cherating ni ada apa aje. Bosan okey.
Last pergi dengan mertua pun siap berjanji dalam hati..
B lepas nie, takyah datang sini dah... 2 tahun akan datang baru datang sini semula.
tup tup tak sampai 4 bulan dah ke sini balik, ekeke..

Emak abah tak ikut.
Emak takleh nak travel jejauh. Abah tak kasih, abah kata emak di kuarantinkan sampai bulan 9, lepas bulan 9 baru emak boleh berjalan. Raya tahun ni pun kitorang tak balik kg tronoh... sian emak, mesti dia rindu sangat dengan opah.

Kat cherating weols lepak homestay.
Satu rumah ada 3 bilik.
Siap ada dapur, hall semua lengkap.
Murah pun murah.
Korang if nak cuti secara ramai2, tapi nak save bajet dan nak selesa jugak. boleh la sewa kat avenir cherating holiday homestay nie...
satu malam rm150 jer. kalau weken rm200. Berbaloi2 kot...

Jauh sikit la dari pantai.
Tapi takde la jauh sangat. Naik keta 5 minit udah sampai...


Bertolak dari cheras malam. Kul 9 dari rumah. Berjanji kat sekian2 jam 10.
Tapi ko tau, semua cun cun sampai jam 10 sekali andak baru nak bertolak.. tak ke ko hangin disitu. haruslah makian bertalu2 diterima dari kami... dah satu keja nak menunggu dia dalam keta. Sebbaik tunggu sejam je... jer???

Elok dia sampai terus berdesupppppp ke cherating.
Konon konvoi. Tapi bila dah sampai highway masing2 bawak keta macam pelesit.
Ciput pun sama pelesit dia. Aku rasa dia paling pelesit. Bapok laju dia bawak keta.
Keisha tido, terus aku lepak kat depan dengan dia..
Aku memang tak tido la kan... sebab takut ciput mengantuk. Mamat ni tak biasa travel malam. Dan dia pun tak suka travel malam. Masa kitorang bincang2 nak travel memalam, dia la yang paling tak setuju sekali.

Ciput: Kita gerak dulu la yang
Aku: Ish tunggu la. Pergi la sama2...
Ciput: eeeeeee tak suka la drive malam2...
Aku: Drive malam la best ok, tak panas... sejuk ajer..
Ciput: Tapi takleh tengok pemandangan...

Ye, suami aku suka drive sambil tengok pemandangan....
Dulu masa pergi cameron, semua keta ikut bontot ciput. Ciput bantai bawak keta 40km/j sambil tengok pemandangan. Hangin je akak2 aku kat belakang, hahahaha...

Dan family aku pulak, asal jalan2 je suka bertolak malam2...
Satu sejuk. Dua keta tak banyak.
Aku dari dulu dah terbiasa travel malam2. Takkan mengantuk punye lah.

Masa kat highway tu asik teringat2 je cerita karak. Tapi tak cakap nie.. senyap je dalam hati. Lepas tu, cun cun sampai kat karak, boleh pulak angin kuat, siap daun2 berterbangan depan cermin keta ko. Kusssssss semangat, itu daun ok. Kalau benda lain???
Lepas angin kuat, hujan pun datang. Lebat gilak!!! takuittttttt..... alhamdulillah, sampai juga akhirnya...

Dan weols yang sampai homestay dulu.
2 jam setengah je drive. Sumpah pelesit laki aku bawak keta...
Yang lain sejam kemudian baru sampai. Semua pun terpinga2 sebab aku yang berjaya sampai dulu, sebab semua pun ingat ciput akan bawak sopan. Memang tak ah.. malam2 dia hantu, siang2 baru dia bawak slow...

So aktiviti kami esoknya...
Pergi melepak di pantai dan masuk ke kemamam saja...
Tengahari macam tu, lepas semua pun dah siap2. terus ke kemaman carik makan...
Aku bawak dorang makan satar kat aziz satar.
Sedap nak mamp ok satar kat situ. Pedas, me likey2...
Jangan la ko tanya landmark dia kat mana, aku tidak tahu. Yang aku tau situ semua pun jual satar. Hehe...

Anak2 buah saya...
Semua duduk kat meja yang sama... Bising la korang disini takde sapa nak heran...

Menikmati satar...
Servis laju gila. Tak sempat nak duduk satar dah sampai dulu. Dia letak otak2 dan pulut panggang ke namanya. Pulut panggang tu pun sedap, otak2 macam biasa me tak berapa nak suka. Wpon amat berbeza otak2 disini dengan yang ada di kl tatap la tekak ku tak boleh nak terima. *buat masa ini

Makan timeeeeeee...
Bapok besar wey pinggan dia. Terkujat2 aku masa nak amik nasik...

Wey pinggan dia memang besar gini ke???
ko amik la banyak2, kongsi dengan ciput..
ye tak ye jugak kan...

Sambal belacan dia memang tip top, pedas gilak!!!!

Romantik tak kami??? makan tame2. Save bajet nie, hehehe....
Satu pinggan tu dan RM12 ko tau... padahal aku amik ikan dengan ulam jerk.

Masing dah kenyang, singgah kejap beli kopok lekor dan terus ke pantai awam...

1st time aku ke pantai awam. Selama nie lepak kat pantai impiana ajer...
Sekali pantai awam dia best daaaaaaaaaa... ombak tak kuat, air jernih. Perghhhhh terbaik lah, tapi aku tak mandi, sebab panas sangat. Menyucuk2 panas dia.

Ciput tension je bila aku taknak mandi.
Bergaduh2 la kejap. Yang ciput cakap aku tak fun, yang aku plak balas AAK sambil buat muka *ada aku kesah.... terus bergusti2 kepit2 kepala aku kat ketiak dia. Hok olo... dah bengang nak kepit2 kepala gua pulak. Nasib baik wangi. Heh...

Keisha seronok sangat angin kuat. Sampai rambut dia pun tak terurus dah aku tengok.

Kakak2ku yang sentiasa sengal

Sebbaik ciput bawak tikar, ada la tempat nak di bawak lepak...

Cinta hati

kakcik dan qayyum

Saya.

Saya lagi...

Angry bird telur, eh...
Hahahaha....

Menikmati pemandangan dan ditiup angin yang kuat

Anak buah dara...
Besar dah mereka. Lebih besar dari aku. *gems, haha...
Angah dah kurus dari sebelum, well orang dah ada bf la katakan...
eeeeeeeee kemain gatal budak2 sekarang ye. Maktam ada bf masa maktam lepas spm tau, masa matrik. korang belajar pun tak abis dah menggatal eh... *cubit!

Ajoi berlari atas air, ko mampu...
Ajoi pun takde gf tau. Ke dah ada???

Nampak tak ditengah2 itu. Ada pulau secoet. Kira nak merasai wave ko kena berjalan kesinun dan main air belah sinun.. yang belah sinin wave dia tak berapa nak ada...
Tapi air memang jernih. ko boleh nampak ikan berenang2..

Sinun sinin aku harap korang paham. =P
Ayat sukahati aku...

Tak perlu risau akan mereka. Sebab mereka akan main pasir ajer. Kalau main air pun takkan main jauh2...
Ko nampak itu minah besar. Itu adalah kaklang. Memerhati anak dia main air...
Kalau anak2 dia yang besar tu main jauh2 sikit, kang ko dengar la suara dia menjerit2..
Jangan main jauh2!!! main belah sini ajer... eeeeeeeee tak payah la pergi belah sana tu... degil la korang nie!!! bla bla bla...

Cehhhh...
Kutuk aku cakap, aku tiger mother, emak yang tak sporting tak bagi keisha berdikari. Dia pun sama. Dia lagi over aku rasa.. anak dah besar kot!!!
haruslah aku kutuk2.. amik kesempatan.

Besoknya anak dia nak fllw aku pergi pantai pun dia tak kasik. Kata tak payah nanti bahaya...
Coi, over gilak...

Cicot...
Oh citer pasal anak andak.. omakaiiii si anoi tu asik nangis memanjang. Setiap sejam akan dengar suara dia menangis. Kalau menangis sekejap takpe, ni sekali menangis susah nak berhenti okey.

Aku kalau cakap dengan dia pun dia akan menangis. Belum aku tengking lagi...
Apa pun tak boleh la ko ni anoi...
Sampai andak tak tahan, tengah2 malam terus balik ke seremban. Ko bayangkan elok bangun tido tetiba menangis kuat2 tak berhenti sampai sejam... motip nangis pun tak tahu...

Keisha yang sudah berani main air.
Mungkin wave tak kuat, tu yang dia berani tu. Dan nak main pasir segala la.. siap nak masuk air kat bahagian dalam. Kalau kita angkat dia marah. dia nak berdiri sendiri. Bahananya, 2 kali tertelan air masin... fadan muka.


Lepas dah puas mandi, lepak kejap gerai sambil minum air panas. senang kata weols lepak sana sampai jam 5. Lama gila...

pastu jalan2 kejap tengok barang.

Lepas tu terus pulang ke homestay...
Malam tu lepak dalam rumah ajer. Tengok bola singapore vs malaysia..
Ish, kalah pulak. Takpe, esok masih ada. Semoga malaysia menang. Aminnnnnnn...

Besok pagi, pergi lagi sekali pantai. Aku mandi, sebab tak panas. =P
Tenghari macam tu bersiap2 nak ke kuantan ke rumah adik abanglang... lunch kat sana...

Dan kami sebelum pulang....

Sampai kl jam 8malam macam tu...
Syukor perjalanan pergi dan pulang adalah selamat...
Lepas nie kita plan bercuti2 ke tempat lain pulak...

Love: Ceera =P

Hari untuk memanjakan diri

dah lama aku beli deal spa ni kat milkadeal. Nunggu masa yang sesuai aje nak pergi.
Ate, beli untuk adik badik sekali. Harus tunggu semua pun free sama baru boleh pergi sama2...

Ini masa untuk aku pulak belanja mereka =)
Selama ni asik dorang ajer belanja aku kan.
Well, ini la untungnye bila menjadi adik.
Kuar makan dengan akak, mesti akak2 yang bayarkan.
Kuar jalan2 dengan akak, mesti akak2 jugak yang tolong bayorkan, hehe...
Jadi bila ada rezeki lebih, kita pulak belanja mereka. Bukankah amalan belanja membelanja ni adalah amalan yang mulia....

Nama spa adalah dirahasiakan.
Ok clue, spa di taipan...
Sumpah banyak gila spa yang ada kat taipan sana. Berpinar bijik mata nak pilih spa yang mana nak pergi.

Disebabkan adik badik perempuan ramai sangat sampai 7 orang. Makanye terpaksa devide kepada 2 untuk buat appointment. 4 orang sesi pagi. Dan 3 orang sesi petang.
Pagi, akak, kaklang, andak and kakida *tapi andak tak dapat join sebab bz terlampau
Petang aku, kakcik and zackU.

Mula2 dorang suruh yang sesi petang pun kena datang awal pagi untuk berkopi2... tapi tak kuasa wey nak tunggu 3 jam sesi spa dorang. Mati beruk weols kena tunggu karang. lagipun macam terkocoh2 sangat pulak aku nak kuar pagi2 dari rumah. Bangun dah tentu2 lambat, nak siapkan anak lagi, diri sendiri lagi...

Oh anak di jaga oleh ciput.
Mamat tu terpaksa amik cuti sebab aku nak pergi berspa, ekekeke...
Mama tak ada, pulang ke kg.
Thanks sayang. u r the best lah!

Sesampainye kami.... eh ni bukan aku, ini zackU.
Register kejap then caloooo lepak minum sebab akak2 aku kat tu dalam belum setel lagi.

Sesi pagi sedang berkopi2...
Amik gambar dorang kat fb.
Kang tak letak kat blog kang sentap pulak. eh...

Kakcik yang semakin mengurus...

Aku: kurusnya kakcik nie
Kakcik: berat kakcik dah 51kg
Aku: haaaaa 51kg, bapak ah.. sama berat dengan atam. Mesti kakcik bersyukur kan lahirkan qayyum, sebab lepas beranakkan dia baru kakcik berjaya kurus, hahaha
Kakcik: Ha a tu la... tapi tetek tetap besar...
Aku: Eh yeke, tapi macam dah nampak kecik sikit dari dulu...
Lol...

Eh betul...
lepas kakcik beranakkan si qayyum baru dia kurus macam nie.
Sebelum beranak, berat dia tak larik dengan 60kg. Lemak sana sini kata ko.
Skang nie, asik pakai baju kekecik je. Dulu, fashion makciq, skang dah fashion kurang makciq dah, mentang2 dah kurus.

Lepak kat papparich.
Minum2 ajer, tak makan pon.

ZackU dengan ipad.
Now melepak pun dah tak berborak. Masing2 bz dengan gadget masing2...
Teruk betul. Borak pun melalui FB. ley mo kau co waaaaaa...

Aku yang terpinga2, sebab masing2 bz mengOn FB.

Bila datang semula ke spa. kecoh sekampung sebab akak2 aku semua dah keluar.
Sampai tokey spa tu pun tanya.
Eh sudah lama tak jumpa ke???
Kitorang memang macam nie. Asal jumpa ajer kecoh, padahal dah memang jumpa hari2... pastu gelak2 tu memang dah jadik trademark. Cakap nye sikit aje, tapi gelaknye yang memanjang. Gelak paling juara haruslah kaklang. =P

Citer pasal spa kat sini.
Facial dia best!
Massage dia aku kureng sikit.
Aku la yang kureng sikit, akak2 aku seronok je aku tengok. Aku lepas abis urut. Balik dan esoknye terus lebam2 badan. Ciput pegang kat bahu sikit pun aku dah jerit sakit. Macam orang kena dera!
Kita datang spa nak kasik badan jadi lega dan sedap kan, ini dah jadi macam menyeksa badan pulak. tak suke...

Akak2 aku kata aku lembik, hehehe.. sebab dorang urut ok je badan dorang.
dan aku pun syak aku nie lembik la.
dan massage di kaki jugak kureng. Cuma massage di tengkuk ajer yang best. Dan aku syak lagi, mungkin pekerja dia yang tak best, sebab masa tokei dia urut aku, best ajer aku rasa... so depends kepada siapa yang urut ko jugak....

Kesimpulannya disini, semua pun puas hati dengan deal yang ada di milkadeal...
Nanti nak beli deal lain pulak.

Love: Ceera =P

Nak beli sandal raya tak?

Tumpang lalu entry kasut kejap

size yang available adalah: 4, 5, 6, 7,8, 9, 10
kalau berminat boleh singgah di butikceera
dan kalau nak try test boleh terus singgah ke shoppink di Lot 201c Jalan 50, Kampung Cheras Baru, 56100 KL.
kalau nak post, tambah rm6.

Size adalah sama dengan size vincci
kalau ko pakai kat vincci size 6, then 6 la size sandal di sini...

Raya dah nak dekat, apa lagi soping raya la...
stock tak banyak, jadi jangan lepaskan peluang.

Oh sandal juga adalah sangat selesa. itu yang penting.

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998