Mahal betul harga rumah skang.
Kawasan cheras, dabel storey. 2007 RM300k. 2011 RM450k
Kemain cepat harga rumah melambung. 4 tahun dah naik rm150k. fuhhhhh...
Agak2 bila laaaaaaaaaaaa aku nak beli rumah idaman nie ye, sob sob sob.
Ikutkan hati tahun ni jugak nak beli, tapi tu la.. tak mampu.
Aku tak keja, so income tak tentu. Ada ads masuk tiap2 bulan alhamdulillah la, kalau takde sila gigit jarik. Income ciput plak skang nak kata man2 sangat ada la lebih2 sikit. Tapi lebih2 sikit tu pun macam tak cukup jer nak bayar duit rumah, how???
Mungkin try beli rumah untuk investment dulu kot...
Yaaaaaaaa ini la yang kami pikirkan buat masa sekarang.
Kena carik tempat yang OK dan Strategik untuk orang menyewa.
Tapi tak tahu bila nak belinye, KAHKAHKAH...
Aku: Bila kita nak beli rumah ni B
Ciput: hurm tu la. Skang harga rumah mahal sangat la yang
Aku: Tapi kalau tak beli skang, akan datang lagi mahal. Tahun lepas takde la semahal skang.
Ciput: Tu la pasal... ayang nak beli rumah macam mana???
Eh tanya aku plak nak rumah macam mana.
Kalau aku, haruslah aku nak rumah yang besarrrrrrrrrrrrr punye.. nak ada 5 bilik, 3 toilet dan 1 bilik stor. =P 5 bilik supaya anak aku dapat satu bilik sorang.
Ciput: pehal nak bilik banyak2 ni? ada ke rumah yang 5 bilik. 4 bilik ye.
Aku: Kalau takde, kita kasik renovate. Kita kan nak 4 orang anak, kena la ada 5 bilik supaya anak2 ayang nanti boleh balik selalu. Ayang taknak dorang tido sepah2. Biar dorang ada bilik sendiri.
Yela... bila dah tua nanti, aku nak anak aku tu balik selalu. Ok la tak balik selalu pun takpe, yang penting setiap kali balik aku nak dorang selesa. Takpun dorang tak payah nak bawak beg2 besar untuk balik tido rumah aku sebab baju dorang sentiasa ada di bilik memasing.
Ciput: Erk, macam tu pulak. Kalau B, B taknak rumah besar2, biar kecik macam rumah kita skang nie, senang je nak kemas bila dah tua karang.
Aku: Ehhhh tak boleh tak boleh. Ayang nak rumah besar, nak ada bilik banyak. Kecik macam nie celah mana anak kita nak tido. Lagipun kalau rumah kita sepah, kita suruh jer orang datang kemas. =P
*tapi tido sepah2 pun best!!!! baru terasa seperti balik kg. Macam rumah mak aku tu, terbaik!
Ciput bila aku cakap, aku nak anak aku balik selalu, terus diaaaaa..
Malang la orang yang kawin dengan anak kita. Sebab dapat mertua macam ayang.
Kuang ajaq kan...
Apa, tak boleh ker???? dia tu balik rumah mak dia selalu aku tak bising ponnnnnnn.. ok ada la bising sikit, hehehehehehe...
Lepas tu kan, bila citer pasal anak2 dah besar kan *padahal anak baru sorang kecik plak tu.* Aku selalu tak sedar yang aku ni bakal menjadik emak yang pengongkong, wakaka..
Aku: Keisha kalau dah sekolah kan B, ayang akan hantar dia pergi balik. Kalau dia nak keluar mana2 pun, ayang akan hantar dan amik dia jugak. Jangan harap dia boleh pergi sendiri.
Lepas tu kan, bila dia dah abis sekolah. Kalau dia nak masuk U, U takleh jauh2. Kena carik U yang dekat2 dengan kita... Kalau dia nak pergi obersea. Ayang nak ikut sekali, *HAHAHA ini aku over sikit.* Kalau dia nak dating pun, dating kat rumah je la. Biar ayang tengok...
Ciput: eeeeeeee teruk betul la ayang nie... Biar la dia nak belajar mana2 pun.
Aku: Ahhhhh tak boleh, dia kena ikut cakap ayang...
Hehehehehe...
Ko ada terpikir macam nie tak? ke aku yang over pikir sorang2 pasal anak akan datang.
Hurm tengok la macam mana nanti, tapi buat masa ni, itu la yang aku pikir. Mungkin kalau tengok dia baik dan mendengar kata, baru aku lepaskan sikit2. Sob sob sob...
Fine melalut.
Berbalik citer pasal rumah, kalau boleh nak beli kat area cheras.
Tapi kalau beli kat nilai pun cun jugak. Dah tua duduk kat nilai apa salahnye. Nanti mesti dah malas nak turun kl dah. Tak pun putrajaya. Arghhhhhhh kalau dapat kat cheras lagi syiok kot. Oh shah alam pun careeeeee jugak.
Bila rezeki nak turun dari langit nie???
ok la, nak sambung berangan memiliki rumah 5 bilik, hoho~
Love: Ceera =P