Instagram

Awas ko nyamuk!

Geram betul la aku dengan nyamuk nie. Macam takde orang lain ko mahu kasik geget. Anak aku jugak yang ko carik. Kenapa aku yang kat sebelah keisha sikit punye besar ko tak mahu gigit. Tak cukup maniskan aku???

Bekas gigitan nyamuk yang kat pipi belum lagi hilang, dahhhh tambah yang baru.

Kelmarin dulu2, keisha kena gigit kat atas dahi satu.
Kelmarin lagi best, sampai 3 bekas kat muka dia, semua berkumpul kat dahi. Pastu ada lagi 2 kat belakang tengkuk.
Semalam pulak, kat dahi lagik!

Padahal aku dah pasang ok ubat nyamuk letrik tu. Siap sembur yang mopiko ke apa ntah namanya kat bahagian muka, tangan and kaki keisha. Still nyamuk bermaharajalela.
*dan rumah adalah bersih, wahhhh...

Malam tadi paling aku hangin. Sebab keisha ni kalau dah penat sangat dia memang akan merengek2 sikit wpon mata sudah katup. So aku susukan dia macam biasa sambil pok pok pok. Bila dia dah sedap tido tetiba dia tergaru2 kat muka. Aku ingat dia rimas. Lalu aku pun susukan keisha balik, dan dia tido and tergaru2 balik. Pastu aku susukan lagi dan blablabla. Sampai lapanploh kali lah aku buat benda yang sama.

Langsung tak terpikir dia garu2 tu sebab kena gigit nyamuk, muahahahaha...

Sikit lagi hangin aku nak memuncak, terus aku bukak lampu tengok, laaaaaa kena gigit nyamuk lagi ker????

Eeeeee jahat tau ko nyamuk. Gigit budak yang tak bersalah...

Tapi nak buek camno, nyamuk bukan berakal ye tak? Dah memang dia dilahirkan untuk mengigit manusia.

Tapi adakah ko (manusia weng) juga dilahirkan untuk mengeget manusia????
Tetiba

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Melawat mak

Tengahari di IJN yoooo...
Si kecik keisha sudah mahu makan. Mungkin sebab selalu ditinggalkan tanpa susu, so dia dah nak makan bubur nasik.

Tektik yang bagus, hehe...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Update sikit pasal emak

Aku baru je balik dari hospital. Now melepak di rumah mak kejap sambil menunggu nasik dimasak and tunggu abah beli lauk kat luar, hehe. Malas kot nak masak.

Mak operate semalam jam 930 pagi. Setel dalam jam 2lebih gitu. So dalam kul 3 dapat la kami anak beranak tengok mak kejap2 dlm icu, itu pun secara begilir2 dalam 2 3 minit. Mak tak sedar pun. Dapat tengok muka dia pun jadik la.

Petang tu aku melawat lagi dengan ciput. Oh ni part sedih. Menangis2 aku tengok mak. Dia mamai tengah high tak sedar, nurse time tu tengah nak buat apa pun aku tak tahu lah. Tapi nak buat something kat tiub belah mulut mak. So mak mcm terjaga la kejap2 sambil tepuk2 katil angkat2 tangan tanda dia sakit + tak selesa. Aku kat situ dah cuak2 dah tengok mak, siap menyorok belakang ciput sambil nangis, boleh? Malu je menangis, hehe..

Dah tu, mak ko kannnn. Selalu nengok dia aktif, sekali bila dia terbaring lesu dengan mulut ternganga cakap2 tapi suara tak terkeluar, haruslah ko sebagai anak terhiris hati bila tengok. Mata pejam, tapi tu la. Mesti dia cuba untuk menahan sakit.

Sampai skang aku terbayang2 gaya mak aku tu.

Hari ni nampak ok sikit. Tapi still mamai2 lagi. Tadi kaklang suapkan mak bubur, laju je mak makan. Cuma yang merisaukan adalah, mak minum banyak air tapi kencing adalah kurang. So doc takut ada prob kat buah pinggang mak. Moga2 takde apa2 la ye. Tak sanggup dah nak tengok mak masuk wad lagi.

Wpon begitu, mak saya sangat kuat!!!
Mak kena sihat cepat2 okey.

Anyways thanks kepada semua yang mendoakan mak saya. Doa anda hanya Allah swt yang dapat membalasnye.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Cubaan ke lapanploh kali

Kami bertiga semasa di hospital, =)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mak di IJN

Mak aku dah masuk ijn.
Hari sabtu hari tu weols laju2 bawak mak ke ijn sebab bila mak duduk rumah, lagi bertambah sakit + lemah sebab anak2 buah aku kalau dah berkumpul mana reti duduk diam. gedegang gedegung berlari ke sana berlari sini ketuk sana ketuk sini sampai mak aku pun naik sakit...

Ate, orang sakit seluruh badan gegar2 sikit pun akan sakit kan. Ini kan pulak gegar2 banyak...

Yang hantar mak ke ijn adalah jemah, zacku, dan ode...

Sampai2 sana terus kena admit wpon pung pang pung pang takde cop doc pakar bagai.

Hari ahad, terus pergi melawat mak kat sana..
Tapi aku datang petang2 la sebab tengahari aku nak pergi makan nasik daun pisang, ekekeke...

So mak kena tahan kat wad ccu
Kalau kat ccu, budak2 kecik tak dibenarkan melawat.
Waktu melawat pun jam 12.30 - 2. lepas tu jam 6 -8
Sangat ketat ok.
Dah tu, sorang pun takleh jaga mak kalau bukan waktu melawat sebab kat sana ada nurse2 yang boleh tengok2kan...

Nak masuk pun boleh masuk 2 orang sekali zas.
Kira kitorang kena bergilir2 la kalau nak tengok mak. Tak boleh masuk sekali ramai..

Bila tengok tempat dia, terus rasa lega sebab dia punye peralatan adalah canggih.
Lepas tu mak cun cun duduk kat depan nurse. So senang la dia kalau ada apa2 hal kan...

Bila dah kena tahan kat ijn, so korang pun boleh agak la kan..

Ye mak saya ada masalah jantung..
Hari ni ada operation
Mintak jasa baik korang untuk doakan yang terbaik untuk mak saya ye.
Doa kalian amatlah saya hargai.

Yang ni kat bawah. Adalah sofa segala bagai untuk mereka yang nak jaga anak kecik di bawah..

Selesa la...
Boleh jadi tempat lepak semua..
Kalau letih badan ada kerusi gegar disitu.
Masukkan singgit, dapat la ko menggegarkan badan selama 3 minit.

Hiks..
Anak orang lain jaga.. boleh la kami menggediks bergambar bersama...

Ok ini plak hari isnin..
Mak kena tebuk kat tangan untuk masukkan camera sampai ke jantung...
Kami adik badik yang free datang la menjenguk bagi semangat kat mak.

Ni plak tempat menunggu kat ccu..
Aku kat atas...

Keisha dan ciput plak kat bawah, =)
Kejap2 aku naik atas. Kejap2 aku turun bawah..

Itu la citer dia...

Aku harap semuanya berjalan lancar. Semoga mak cepat sembuh.
Amin...

Love: Ceera =P

Gelagat Keisha pegang steering kereta

Ko tengok la sendiri, bukan main over lagi.

Jangan terkejut melihat diriku yang selekeh...
Eleh macam tak biasa pulak, hahaha...

Ni kelam kelibut dari rumah zas zas zas bersiap nak ke hospital. Main sarung je apa baju yang ada, keisha pun aku tak sempat nak tukarkan baju. Belasah je pakai baju tido. Terus keluar drive laju2 amik ciput kat opis then ke ijn sana....

Wpon begitu, tetap vogue d vass
Erk...

Love: Ceera =P

Nasi daun pisang satooooo!

Excited nie, excited!!!
Akak ko 1st time mau pekena nasik daun pisang. Jadi dia punye berkobar2 lain macam sikit...

Aku: B apa kata besok kita cuba makan nasi daun pisang kat bangsar. Dorang kata kat situ sedap, nirwana maju nama kedai dia... jom ah B, jom ahhhhhhh...
Ciput: Dia gerai je tau, takpe ke makan gerai.

Bila masa pulak aku kesah makan gerai nie, tetiba pulak tanya soklan macam tu.

Aku: Asal takleh plak, nak nak nak!!!
Ciput: ok sok kita pergi.
Aku: WohoOoooo...

Lalu aku pun menceceh2 di twitter impian mahu makan nasi di daun pisang bakal menjadi kenyataan...
Seronok okey...

Parking kat bangsar village, terus laju2 keluar carik nirwana maju. Sekali amik kooooooo ramai gile orang sampai takde tempat kosong langsung. Lepas tu dorang dah takkan open table kat luar sebab ada la kot timing dia yang now dah takleh open table..

Ciput macam.
Kita makan tempat lain la yang..
Arghhhhhhhh keciwa keciwa...

Tetapi, belum sempat nak blah, tetiba ada meja kosong.. yes, rejeki aku nampaknye...

Disini la kami duduk
Nasib baik cun cun bawah kipas. Takde la panas...
Ko tengok muka keisha, berkerut semacam. Dia macam ciput sikit, takleh ramai2 cepat rimas... cea macam la aku tak rimas, hehe...

Biasa orang 1st time ni, akan jadi peraq lain macam, hahaha..
Ok skang nie apa, apa, apa???

Rupenya mereka served nasik, terus letak lauk sampai 3, lepas tu terus letak kuah sampai 3 macam...

Ko cuma pilih lauk like goreng2 or kambing ke begitu la...
So kami yang peraq lagi meminta sampai 3 lauk, hahaha

So makan la ko sampai abis!!!!
Kalau tak abis tak boleh balik, erk..

Aku amik turn makan dulu, ciput jaga keisha. Lepas aku dah makan licin, baru ciput plak makan...

Makan dengan tangan memang lebih urmmmmmmmmmm
Aku makan dengan sudu garpu. Malas nak basuh tangan punye pasal. Nak nak orang sangat ramai, malas nak berpusu2 ke belakang sana..

Makanya makan tak berapa nak feel
Tapi tatap sedapppppppppp
Adik suka, adik suka.. adik nak makan sini lagi la abang.. nanti abang bawak adik makan sini tau!

Sebelum pulang, jalan2 di pasar malam sampai keluarkan peluh ketiak bagai. Baru carik jalan pulang. Sentap tau, pakai baju cantik2 tapi jalan kat pasar malam. Aku baru je nak amik aircond jalan2 kat dalam bangsar village, coi...

Pastu masing2 kelam kelibut hantar mama balik, then kasik mandi kejap sebelum terus ke ijn tengok emak pulak...

Kisah ijn, nanti la aku update yooooooooooo...

Love: Ceera =P

Hiburan minggu ini

Lagu Ya Rasulullah dari Siti Nurhaliza.
Layan ok dengar lagu nie dengan sore siti yang lemak merdu tu, adik sukeeeeeeee...


Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu (2x)

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah Syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim (2x)

Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu (2x)

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah Syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad

Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim (2x)

Love: Ceera =P

Panjang Vs Pendek

Ni bila eh, 2minggu lepas kot...
Aku pergi lagi jenguk linda kat rumah dia nak tengok hana.

Ok coppppppp
Nama anak linda kan puteri nurhana qalesya binti tet tet tet. taknak la panggil dia qalesya. Susah ada 3 suku kata. So kita panggil dia hana. Biar ibunye saja yang panggil qalesya, =P

Citer pasal nama pendek dan nama panjang nie.
Nama aku pendek ajer. Ada satu perkataan, 3 suku kata. Dah la pendek, nama bapak pun pendek jugak. Noh sajork, hahahaha. Kira adik badik aku semua nama pendek2 satu perkataan. Takde maknanya ko dapat 2 perkataan. Koser mak aku nak pikir2. Paling sedih nama aku takde makna, sabar je la. Tapi takpela, orang dulu2 mana pikir sangat benda tu kan. Dorang tau, asal ada nama sudah.

Pastu masa kecik2 dulu. Aku macam alaaaaaaaaaaa kenapa la nama aku pendek sangat, boringgggggg tau.. kalau nama panjang kan best... boleh la berangan2, kejap2 panggil nama yang nie kejap2 panggil nama yang tu pulak.

Lepas tu dulu2 kan ada mainan nama tu.
Ko ingat tak....
Kira ada 5 orang yang main. Sorang akan sebut huruf a z h e d dan seterusnya...
Pastu lagi 4 orang akan berdiri kat belakang jauh2. Kalau dia sebut a, then nama ko ada 3a. Ko melangkah sampai 3 kali... sapa sampai dulu kat orang yang sebut hurup tu dia akan menang.

Cer ko bayangkan aku dulu.
Dah la nama pendek, selalu je la aku kalah main mendalah tu, hahaha... sentap tau!

Tapi bila dah besar2 macam nie, terus rasa bersyukurrrrrrrrr nama aku adalah pendek!

So anakku keisha.
Mummy tau, masa keisha kecik2 mesti keisha sentap nama keisha pendek, tapi bila dah besar kang. Mesti keisha berterima kasih kat mummy.

Wahhhhhhhhh tetiba...

Love: Ceera =P

Video Keisha Ber-Connected Tots

Entry baru ada kat bawah tau, terima kasih banyak2.

Entry yang lepas aku ada kasik link www.connectedtots.com.my ni kat korang kan. Korang ada click tak. Ada try bukak tak???

Heiiiiiiii kenapa tak click, amarah nie!! =P
Ok sapa2 yang dah bukak boleh la kita bercerita2 kat sini. Sapa yang tak bukak, kalau ko tak paham aku tak tahu eh. Ayoookkkkk... Nanti jangan buat muka pelik2 tak paham pulak dengan apa yang aku nak citer nie...

Cer click, cer click.. www.connectedtots.com.my
=)

Best tau website ni.
Sangat interactive and sangat mesra pengguna. Budak2 yang umur setahun ke atas pun dah boleh explore the website.

So if uols tak berapa nak paham apa yang aku citerkan pasal connected tots dan brain cell connections, boleh la click sendiri untuk pahamkan maksud tu sendiri. Siap ada video lagi sebagai contoh.

Selain tu ada juga tips untuk semua mummy tangani anak2 mereka...

Paling best ada game..
Aku siap main.
Ate nak suruh keisha main memang tak la kan. Dia belum reti lagi. So anak tak dapat main, mummy dia la yang main.

Game kat atas nie sesuai untuk anak yang berumur antara 1 hingga 3 tahun.
Umur 3 tahun kat atas ada game lain plak.
So, korang boleh cuba tengok anak korang main game nie... tengok macam mana perkembangan dia...

Selain tu ada story book.
Boleh bacakan untuk anak2...


Dan boleh juga mintak sample anmum essential, ekekeke...
Saya dah mintak. Bab free laju je kan, =P Lagipun mudah je, just isi borang. Tunggu kejap then dan pon pon sampai depan rumah.

Aku sebenarnya memang bercita2 nak kasik keisha minum susu formula lepas dia setahun.
Susu badan aku kasik jugak la. Kira mahu start campur2 sudah la. Lagipun ciput pun dah setuju dengan cadangan aku. Yela, kang aku termengandung lagi, tetiba susu kering time mengandung. Tak ke menggelupur time tu baru nak hegeh2 cari susu formula. Makanya sebelum kejadian itu berlaku, baik la kita cuba kasik keisha susu formula. Takde la nanti dia terkejut2.

Aku harap keisha nak la. Kalau tak nak, fengsannnnnnnnn...

Sebab aku dah cek dah. Susu Anmum essential nie not bad jugak. Kaya dengan DHA and juga Gangliosides. Yang mana DHA adalah penting untuk perkembangan otak anak2, manakala gangliosides pula untuk perkembangan sel2 otak berhubung.

Dan sebelum aku mengakhiri entry ini. Aku sertakan video keisha yang sedang ber-connected tots dengan baby berry dia. =)



Enjoy!!!

So jangan lupa kasik anak uols try main game kat website www.connectedtots.com.my tau.

Love: Ceera =P

Rentetan kisah emak di hospital

Mak masuk hospital hari ahad jam 3pagi. Masuk2 terus kena tahan kat wad kecemasan. Hari ke2 kat sana baru dapat pindah ke wad biasa. Bila dah masuk wad biasa, senang la kami adik beradik nak datang jumpa mak, kalau tak.. sorang2 kena masuk tengok mak. Sebab kat wad kecemasan tu tak boleh masuk secara beramai2, apatah lagi nak bergelak ketawa...

Hahaha.. pang sekali
Orang tengah sakit pun nak bergelak ketawa, =P

Hari selasa hari tu kan cuti maulud nabi. Dapat la aku menjenguk mak tengahari dan petang.
Nak lepak seharian memang tak dapat la kan, keisha tu macammana...
Dah la susu gantung. Dengan tak sihat lagi. Arghhhhh pening2...

Kat sini emak, kat sana anak
Macam mana??

Nasib baik saya ada adik beradik yang sangat memahami, auwwwww..

Terima kasih la andak, akak, kaklang, kakcik, zackU, ayie, abang, ode, kakida sebab ada untuk jaga mak..

Jantung mak kena monitor, so mendalah nie sentiasa ada bersama.
Agak annoying jugak la sebab bunyi ni bising tet tet tet tet. Kita berborak pun mata sibuk nak menengok mesin nie, hahaha...

Kejap2 tengok heartbeat mak, eh eh slow.. pastu tengok lagi, eh eh tinggi sangat pulak nie..
So agak scary mary bila mendalah nie..

Tapi semalam aku tengok mak, dah takde dah mesin ni. Senang sikit mak nak bergerak.

Mak adalah sangat lemah.
Kesian sangat.

Kira sakit mak ni adalah yang paling dasyat sekali berbanding sakit2 yang sebelum ni.
So kami adik beradik teramat cuak skang...

Weols dah tahu dah mak sakit apa.
Tapi buat masa nie aku diam2 ajer la...
Tak perlu la kot aku citer kat sini. Mungkin ko akan tahu dari blog akak or adik aku kot. Tapi not from me. Nak sebut pun takuttttttt...

Bila dah jadi macam nie, baru terasa sangat menyesal.
Kenapa la masa mak sakit manja2 hari tu tak hantar terus je kat hospital cek, haiiii laaaaa... geram tau geram... geram kat diri sendiri!

Wpon kami adik beradik ada 9 orang
pompuan ada 7 orang campur ipar.
Bila turn jaga mak tiap2 malam, baru terasa macam, ehhhhhhh sikit nye adik badik kita, hahaha...
Serius weyyyyyyyy

Aku, kakcik and kakida ditolak awal2 jaga mak sebab aku and kakida ada anak kecik, lepas tu kakcik plak tengah mengandung..
So kami cuma boleh harap kat zacku, andak, akak and kaklang ajer la..

Arghhhhhhhhhhhhhhhhh...
Ni yang nak paksa keisha minum susu formula nie!!!

Love: Ceera =P

Tawaran menarik terutamanya kepada pemandu wanita

Deal yang menarik bagi aku di milkadeal, terutamanya kepada lady driver bebeh...

Your car breaks down
In the middle of town
Who ya gonna call?
AAM!

Need car insurance
For your reassurance
Who ya gonna call?
AAM!

*bila sebut AAM tu ko kena menjerit tau, baru semangat sikit, muahahahaha...

So itu la citer dia...

Ada satu hari lagi dia punye deal. Di mana RM65 instead of RM100 for AAM Basic Card Membership [35% OFF]

Kalau berminat boleh beli okey.

Aku tak pernah lagi drive sesorang pastu keta rosak. Tapi kalau terjadi kat aku, alangkah cuaknye. Pernah jugak terpikir, ish kalau la tetiba keta aku ni rosak aku nak call sapa la agak2nye. Call ciput, tetiba dia tak angkat &@W*$&@, nak call sapa pulak??

Tunggu kat tepi jalan, sorang2 perempuan bahaya jugak. Ko gile?? dah la ramai orang tak betul sekarang nie, karang kang kang kang kang, eeeeeeeeee seriau...

So kalau ada no AAM nie bagus jugak. Duduk dalam kereta senyap2, pastu call terus zassssssss dia jadi penyelamat...

Terus ohhh abang/akak penyelamat
Begituuuuuuuuuu...

Oleh itu, kalau ko pompuan yang selalu saja drive ke sana dan kemari bersendirian, better la ada kad ni untuk memudahkan anda. Nak nak plak tengah diskaun 35hinggit nie, beli jangan tak beli... tapi kalau ko lelaki pun boleh beli la. Kang sentap plak aku cakap perempuan jerk...

Cek sini ok - milkadeal

Love: Ceera =P

Entry Butik Ceera di Blog Peej

mula2 aku nampak benda2 ni aku dah rasa macam, 'wah best. harus mau satu'.
so bila dapat kat tangan tu. terus rasa macam teruja gila.
pastu guna. lagi rasa best berganda2 macam, ' hoih bila la nak buat entry ni. tak sabar.'
haha gila pathetic kan. tapi sumpah best.

ok mesti korang macam apa yang best sangat tu kan.
sampai teruja melampau.
bukan makanan ok. apa ingat makanan je bagi aku happy?
jawapan adalah benda di bawah ini. ngeh ngeh.

:: bag hanger n key finders ::

yeszaaaaaaaa.
ceh itu pun teruja kan.
teruja laaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
aku mmg suka bag hangers ni. aku rasa senang sebab bila keluar2. kadang2 kerusi semua occupied. nak letak mana handbag kan.
nak pangku je, kadang2 rimas gak.
tak pun kang kalau makanan tumpah nangis kan.
kalau jenis kulit or pvc senang la lap aje. kalau canvas???
so kasi gantung.

aku ada jugak dulu. tapi dah bagi mama.
sebab mama suka letak handbag kat lantai.
ewah tak sayang bag ke kan.
lagi satu rasa x selamat kan.
bagi pinjam aku punya. last2 bagi terus. mama suka.
so aku yang takda.
so memang perlu satu untuk diri :)

tapi yang ni lagi canggih. gulung2 jadi bulat aje.
bila bukak baru jadi bah hanger.
yang lama tu memang terbukakkkk je.
kadang2 nak amik dia. abis segala benda dia sauk sekali.

:: chingggg. wah siap ada sound effect kan. melampau tau ::


senang kan. lepas tu selesa aje.
ingat tak masa aku kena yang kat waroeng penyet tu. ada org tu x bg kita orang amik kerusi sebab dia nak letak bag dia. wtf.
seeeee. kalau korang ada benda ni. korang boleh gantung bag2 korang.
lepas tu bg la kerusi tu kat manusia. timbang rasa sikit. kan kan kan.

lagi satu.
palingggggggg aku excited. sebab key finders ni.
like serious best n awesome gila.
aku ni handbag macam harem.
aku pernah tunjuk kan content handbag aku. mmg horror la.


aku jenis tak suka campak2 sampah sesuka hati.
so handbag ni la tong sampah.
merasa la mmg macam2 harta karun ada.
so bila nak carik kunci tu Nauzubillah la.
tengok la tu. duit balance pun tak suka masukkan dalam purse. campak2 je.
tapi tang duit tu bagus. sebab tetiba suka bila banyak duit terselit sana sini.
rasa ...wahhh kaya. *wahaha. kaya la sangat kan ;p *

aku selalu bab nak bukak pintu rumah aje.
buat2 konon busy la apa. biar noy bukak ke apa.
sebab aku malas nak korek bag.
kadang2 sampai gaduh. sebab katanya aku pemalas kan.
so bila kena time aku bukak pintu. kena cangkung, letak bag kat lantai korek2 khazanah.
after a while baru jumpa. :/

well well well.
sekarang tidak lagi.
sebab adanya keyfinder ni. :)

:: gantung kunci kau kat penyangkut keyfinder tu ::


pastu sangkut kat handbag kau.
lebih bagus if ada zip la.
tapi handbag aku macam tu. tetap la elok kucing tu dok situ senyap2. ngeh ngeh ngeh.
oh macam excited semacam aku cerita kan.
excited laaaaaaaaaaa. bertambah excited sebab dua2 pun ada kucing.
dah la kucing dia ala2 kucing baby phat.
so tak pasal dpd handbag charles n keith, tetiba feeling baby phat kan.
miahahhahaa. baby phat la sangat kan.

best kan?
serious yang ni paling bg aku teruja.
tiap kali aku nak bukak pintu then tarik je keyfinder ni.
time tu jugak la rasa tak sabar nak share ngan korang pasal benda ni.
best la. sebab senang kan.

bagus la. esp untuk kita perempuan kan.
ngan kes rompak segala ni.
takda masa nak carik2 kunci la apa.
kadang memang la kita kata. ala dah siap keluarkan awal2.
tapi ada time kita lupa kan.
ngan tangan penuh barang semua.
so benda ni memang banyak membantu. :)
harga pun berpatutan.

so kalau korang berminat.
korang boleh check out kat Butik Ceera
ada macam2 jenis ok.
comel2 belaka.
so if minat terus beli.
aku tengok banyak gak sold out.
jangan nanti termimpi2 sebab design yang nak tu dah takda kan.
aku dah dapat design yang aku sangat2 suka *muka eksyen*

ni aku share some of the designs yang ada.


:: bag hangers ::

:: keyfinders ::

sekarang ni best je.

noy : eh kunci dah ready? ke saya bukak?
me : eh takpa2. *sambil ketuk2 handbag kat keyfinders kucing tu n buat muka eksyen*
noy : fineeeee. best kan benda tu. napa saya takda benda tu. ceera taknak bg saya ke?
me : ewahhh. cantik muka.
noy : benci.

matiklah ngan adik sendiri nak eksyen kan.
so apa tunggu lagi.
korang pun beli la satu.
pastu eksyen2 tepuk handbag. kah kah kah.
gila tah apa2 perangai. ;p

oh jangan lupa check out kat Butik Ceera ye.
banyak lawa2.
pergi grab cepat2.

------------------

Skang ni bukan ajer ada keyfinders and bag hangers. Malah ada jugak nursing cover and nursing wear. Akan datang saya akan jual nursing bra pulak. =)

Tungguuuuuuuuu...

Love: Ceera =P

Budak demam dapat lego bukan logo, hehe

Minggu nie macam citer minggu sakit je kan.
Mula2 pasal keisha demam, lepas tu pasal mak masuk hospital. hari ni kira rentetan kisah keisha demam. Besok mungkin rentetan mak di hospital pulak. Makanya jangan korang pulak yang sakit sudah bila baca entry sakit2 nie, hehehe

Gua ok, gua alhamdulillah. Masih sihat dan cukup kuat lagi.
Cuma kekadang tu bila aku duduk nak bangun tetiba macam melayang sikit.
Sama jugak kalau baring nak bangun.
Kenapa eh kenapa eh? ko tau???

Ni dia ratu air mata masa tak sihat.
Jangan berlanjutan jadi ratu air mata sudah. Mana tau kan, dah syiok menangis dapat perhatian, terus nak menangis saje. Penat la mummy macam tu.

Hehehehe...
Mak nye menyakat no 2
No satu adalah ciput. Kekadang aku plak sakit hati menengok dia menyakat keisha.
Pastu aku pun menolong keisha dengan menggusti ciput, wachaaaaaaaaaaa...

Lego untuk keisha.
Memang dah lama nak beli. Hari tu kebetulan pergi klcc terus rembat satu untuk keisha. Beli yang kecik sudah. Dalam dia ada dalam 25pcs camtu. Cukup la untuk dia main baling2.

Kehepian keisha berganda.
Tapi keisha nie, mula2 je dia excited main. Lama2 terus booo layan.
Pastu terus mencarik mainan seperti botol air, pen, kertas dan lain2.
Sabar ajer la mak ko tau.

Badan dah kureng panas dah
Lagipun demam budak kecik nie, malam2 yang selalu panas mencanak. Siang2 wpon panas dia selamba je merangkak ke sana, merangkak kesini seperti tiada apa2 yang berlaku.

Aktif saja.

Aku ingat lagi masa aku demam mengandungkan keisha.
Panas sampai 40darjah, main2 kat situ aje sepanjang seminggu demam. Lepas tu nurse2 kat situ siap suruh aku mandi selalu, pasang aircond yang paling sejuk and tak bagi aku pakai selimut. Kalau boleh dia nak suruh aku pakai baju yang nipis2. Katanya nanti badan aku cepat sejuk.

Gila kaaaaaaa???
makin badan aku panas ado.
Sebab aku nie kalau demam, mandi pun ala2 ajer. Lepas tu takde nye nak pakai baju nipis2. Kalu boleh tebal, memang nak tebal. Aircond lagi la aku taknak usik.

Tapi tak tahu la. Mungkin dorang ada la kot cara dorang.

Bahananya memang seminggu la badan aku panas tak turun2.
Elok lepas mandi, terus mencanak balik panas badan aku. Tak pasang aircond pun aku dah parkinson gigil2, inikan pula pasang paling rendah...

Keisha ni budak, so aku ikut la cara korang tu. Pakai baju nipis2. Pasang kipas pun no 1. Mandi main lap2 jer. Pastu letak towel basah kat kepala dia...

Then ikut lagi petua kakdarling tabby. Katanya, bunga raya tu ramas2kan kat air pastu lap2kan kat badan keisha. Lendir bunga raya boleh sejukkan badan... kalau tak bunga raya boleh guna aloevera.

Pagi petang aku buat, besok terus yippieeeeeeeeeeee demam keisha dah kebah.

Bila demam dah ok, benda lain pula yang timbul...
Cuak gile aku. Demam pun aku dah risau kemain, ini kan pulak badan merah2...
Acik tak sedia uols...

Aku dah pergi jumpa doc dah pagi tadi, doc kata semua ok. Takde apa2, 2 hari lagi mungkin merah2 tu akan surut sendiri...

Nampak tak???
Badan2 keisha keluar bintik2 merah.
Muka banyak sangat, badan pun banyak jugak.

Doc kata measles yang biasa. Bukan yang dasyat punye.
Dia kasi ubat gatal. So tengok la besok camne, kalau surut alhamdulillahhhhhhhhh....

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998