Instagram

Wash, Cut And Blow

Disebabkan saya terlepas untuk milkadeal cut, wash and blow.
Makanya, saya pun pergi la mencoci, potong dan blow di bandar sri permaisuri. Alang2 mengepos barang, kita menyinggah sebentar di saloon yang ada.

Ni main masuk je nie..
Agak2 tengok orang tak ramai, kita masukkkkkkk...

Oh nak bagitau pasal milkadeal sikit..
Kalau ko nak dapat better deal dari milkadeal, kira diskaun baikkkk punye. Salah satu cara adalah ko kena ajak kawan2 ko sama2 beli dengan apa yang ko beli.
Contoh la kan... ko nak potong rambut, so ko ajak sekali kawan2 ko yang lain. Takpun hebahkan kat blog sapa2 yang nak potong rambut bla bla jom ah try deal yang mikadeal bagi nie.. kira ko try untuk buatkan deal tu menjadi kenyataan. Yela, kalau ko sorang2 je yang beli coupon tu, mungkin deal tu takkan menjadi..

Ada paham???
Ala.. kira macam nie la...
Kat butik ceera tu, Aku punye syarat RM100 free postage.
Ko macam suka je taknak bayar postage. Tapi ko baru beli bag hanger satu, keyfinder satu. Kira2 baru RM66. Ada lagi sikit je lagi nak capai RM100. So ko pun paksa la kawan ko beli sama2 dengan ko tambah lagi satu bag hanger untuk capai RM100. Dapat la ko postage free. begitu...

Ok deal akan datang yang aku rasa syok adalah colour, treatment, wash and blow for RM109 (Usual price RM260) dari Ivan & Max Hair Studio di Damansara Perdana. Deal bermula 9 Feb akan datang.

Nanti tengok kat sini okey - http://milkadeal.com/

Sambung citer saya potong rambut...

Ko tengok, sikit punye kembang rambut, hahaha.
Lama siot aku tak sikat rambut.
Asal lepas cuci rambut je, terus biar kering then kasik ikat sanggul. Bila nak keluar kasik lepas. Aterrr bila rambut ko dah suka berguguran. Makanya, ko pun malas dah nak sikat rambut. Sentap weii tengok rambut gugur2, tsk tsk tsk...

Nak potong pendek nie pun asik bertangguh2 sebab ciput dah layan tengok rambut aku panjang curly2...
Memang la layan, tapi kalau gugur2, ko jugak yang nak kena vacum sapu bagai kan.. ko jugak sakit mata tengok rambut aku sana sini kan, hahaha...

Serius, mana2 pun ada rambut aku.
Boleh buat kumpul dan menang okey.

Hasilnye...

Tadaaaaa...

Tetiba feeling muda remaja balik. Tiheeee...

Tapi kenapa bila pendek kena feeling muda remaja, time panjang??? makcik kah???

Bila rambut dah pendek, rambut pun dah tak gugur lagi. Semalam cuci, langsung takde rambut kat tangan. Nampak sangat la sebelum ini rambut ku yang dah rosak, mahu salahkan anak pulak. =P

Love: Ceera =P

Budak Rajin Buat Sepah

Hari sabtu kita kasik entry lite2 saja la ye...
Cea.. macam la sebelum ni entry aku berat2 sangat.
Dan macam biasa, entry keisha lagi.
Matila.. entry keisha ajer dari 3 hari lepas. Ateeeeeee i kan suri rumah tangga. Apa je nak buat kalau bukan bersama keisha di rumah.

Skang dah tak boleh dah buat entry macam dulu2 asyik syok sendiri snap sana sini.. *erk skang pun masih buat kan, =P Umur dah 29, so kena matured sikit, auwwww...

Skang keisha aku dah letak dia kat bawah dah..
Dah tak letak dia kat atas2. Sebab dia kan dah pandai nak kesana kesini. Letak atas katil bikin sakit jantung ok. Sibuk nak ketepi tengok kat bawah.

Kalau aku nak shi2 pun, aku akan letak dia kat bawah lepas tu laju2 pergi shi2 sebelum dia menangis tengok aku takde..
Perghhhhhhh dia punye melekat skang, macam ada gam
Aku letak kat baby chair, pastu pergi belakang dia pun dia nangis. Boleh???
Dush dush dush...

Nanti aku show off video dia mengesot + merangkak ye...

Dan ini kepakaran keisha kalau dibiarkan merangkak kesana sini
Buat sepahhhhhhhhhhhhhh....

Nasib baik ko dapat mummy yang rajin, hehehe...

Love: Ceera =P

Video Baik Punye Nak Tunjuk Kat Uols

Entry baru ada kat bawah tau.

Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu video Anmum Connected Tots yang aku rasa uols boleh cuba kat anak2 uols...

Macam best okey.
Lepas tu, ko boleh tengok sendiri kehebatan yang tak terjangka kat anak ko. Hei, jangan main2 dengan anak sendiri okey, wpon ko tengok dia macam ala.. mesti tak paham punye, tapi cer ko try dulu.. mesti ko terkejut2 terkulat kat situ. Sebab tak sangka gitu kan.

Saya tau la.. saya ramai anak buah okey.
Kekadang tak tercapai dek akal dorang punye soalan. Tapi kenaaaaaaa jawab jugak. Sebab kalau tak jawab, malu la.. hehe...

Ok ini video dia...

Tak dapat tengok sini, mayb boleh click sini - AnmumTV

Kalau sapa2 yang tak dapat tengok video ni, meh sini aku explain sikit.
Ko pernah tak tengok iklan wardina dengan anak dia yang pasal. Ini magnet dan ini besi. Magnet boleh tarik besi tapi tak boleh tarik kain. Haaaaaaa lebih kurang begitu la..

Tapi yang ni version lain sikit...
Magnet jugak, tapi dengan petiais.
Lepas tu tetiba sudu jatuh ke bawah petiais.. lalu anak dia pun berpikir macam mana nak tolong mummy dia amik sudu kat bawah petiais...

Last2 ada 3 choices
Guna sudu untuk amik sudu,
Straw untuk amik sudu ataupun
Guna magnet untuk amik sudu

Kalau aku suruh keisha pilih memang tak la kan dia pilih. Dia bukan tahu apa2 pun lagi. Paling2 pun dia akan main tepuk2 screen aje. Masa aku suruh dia tengok video nie pun dia dok terpusing sana, terpusing sini. Langsung takde keghairahan mahu tengok, ekekeke....

Ko tengok la reaksi dia, hehehe

So cer uols suruh anak uols pilih jawapan yang mana satu..
Semua pun boleh click tau. Pastu boleh tengok jawapan kalau ko tersalah pilih sudu or straw...
Pastu akan tengok budak comel tu frust sebab tersalah pilih, hehehe...

Dan ini jawapan yang benar tiada yang benar selain yang benar


Bangga siot kalau satu hari nanti keisha pun pandai macam nie..
Nanti bila dia dah besar sikit aku nak tunjuk balik video ni kat dia. Nak tengok dia dapat jawab dengan betul ke tidokkk...

So ini la salah satu contoh connected Tot uols..
Di mana bila brain cells dapat berhubung antara satu dengan lain and solve the prob, connected tot pun berlaku...

Kan ke aku ada citer sikit2 dengan korang pasal perkembangan positif keisha tu kan. Itu connected tot untuk budak sebaya2 dia. Yang ni kira kalau dah besar sikit la. Lagi best sebab kita boleh tengok macam2 dorang dah boleh pikir.

Uols boleh tengok kat link nie jugak..
Baik punye link..
http://www.connectedtots.com.my/

So korang pernah tak dapat soalan2 pelik ke dari anak takpun korang tengok eh anak aku nie hebat woooo.. cer kongsi2 sikit dengan aku, nak tahu jugak. Takpun cuba kasik tengok video nie kat dorang, pastu tengok jawapan dorang then bagitau kat aku. Aku nak tahu jugak!! pelis pelis.... *sambil ngendeng2 kat bahu ko..

Love: Ceera =P

Bersilat Mahu Kasik Ia Makan

Susahnye nak bagi keisha makan!!!
Dulu masa mula2 ajar dia makan, senang ajer ok. Kita kasik dia ngap, kita kasik dia ngap. Tapi sikalang, umakaihhhhhhhhhh susah gile!!!


Asal sua je sudu, dia katup mulut kasik rapat, takpun dia tolak2nye sudu dengan lidah. Pastu if aku berjaya masukkan makanan dalam mulut dia, mula la dia buat muka uwek uwek nak termuntah, takpun dia kemam makanan tu lelama dalam mulut then weeekkk kan bila kita tak nampak. Dan satu lagi peel keisha, dia akan brrrrrrr kan bibir dia kalau kita sua sudu. Abisla makanan bertaburan kena kat haku.. Itu tak kisah lagi tau. Paling takleh tahan, if makanan ada kat mulut dia. Seboleh2 dia tak mau telan. Dia akan ngangaaaaaaa saje. Bila aku nak suruh dia telan dengan bagi dia minum air kan, Air tu akan seperti lalu je kat mulut dia.

Dia takkannnnnnnn minum air tu okey
So aku kena bersihkan lidah dia dulu, baru dia akan minum air..
Sadis kan ini budak...
Kecik2 dah pandai auta!!! Geram betul!


Tapi takpe la.. wpon keisha macam tu, tetap jugak aku kasik dia makan. Sikit pun sikit la asal makan orang kata.

Mana tau mula2 sikit, lama2 jadi bukit, hehe..

Oh skang dia suka makan pisang. Tapi jangan ko lenyek2kan dari sudu kasik kat dia. Memang dia taknak. Ko kena gigit2 then kasik guna tangan baru dia ngap.
Biskut rusk pun begitu. Kalau ko cairkan jadi air pastu bagi kat dia tru sudu pun dia taknak. Ko kena main cicah2 kat air lepas tu kasik dia guna tangan baru dia ngap jugak.
Limau manderin pun dia suka.. Aku kasik dia hisap2 la. Tapi tak boleh kasik banyak, kang memanjang sakit perut plak kan....
Nasik putih pulak kena kita gigit2kan dalam mulut baru dia makan jugak.

So ada la jugak dia makan, wohoOoooo...

Mungkin keisha fobia kot dengan sudu kuning aku nie ha.. So kena carik sudu lain plak lepas nie.


Aku nie nak kata rajin nau tak jugak, kekadang datang jugak malas aku nie. Senang kata, malas lagi hebat la dari rajin, muahaha.. Tapi bila ke anak, seboleh2 nak kasik yang terbaik untuk dia.. Dan orang kata, better kasik anak kita makanan yang home made dari yang instant. Sebab boleh buatkan dia lebih bijak. Ateee dapat air tangan dari mak sndiri kan, fresh2 plak tu...

So pernah la buat bubur brokoli bla bla bla dan seterusnya.
Tapi bila dah buat siap blend. Budak ni takmo makan pulak. Sentap, kekadang naik fedap. So dah 2 minggu lebih aku tak try buat bubur kat dia, hahaha.... tapi mama ada la buat, still dia takmo makan.

So korang hebat tak tang resepi untuk budak2 bulan2 nie.
If la kan, korang ada resepi yang best2 terbaik like bubur nasi + nestum or etc
Apa kata korang email kat aku, dan aku akan kongsikan kat blog aku nie.
Nanti aku linkkan korang.
Heiiiiiii jangan ingat benda mudah sap sap soi bagi ko adalah sap sap soi bagi orang lain.
Aku sendiri tak pandai masak bubur, ekeke..

Dan aku sendiri baru tahu yang budak umur 6 bulan dah boleh makan pisang.
Serius i tak tahu okey, sedihhhhhh...

So apa kata...
Ada resepi yang best2 nak kongsi bersama dengan readers yang lain. Ko emailkan ke aku. Lagi cun kalau ada gambar makanan la.
Tak kisah la bubur ko campur dengan ikan bilis pun. Takpon bubur dia ni plak campur dengan carrot. Asal lain sikit email ke aku ye. Di ceeramoon@gmail.com

Nanti boleh la kita kongsi resepi dengan readers yang lain. Nak nak mereka yang baru ada anak macam aku nie haaaaaaaa...

Dari buku ni la aku tau budak dah boleh makan pisang, wakakakakaka....

Sedikit info yang ada:
Makanan bayi jangan di bubuh garam, gula dan madu...
Waktu makan jangan kasik anak tengok tv.
Kalau anak ko dah start nak nangis, benti kasik dia makan. Kalau tak nanti dia fobia.
Jangan terlalu memaksa anak makan
Jangan bagi anak makan jajan atau makanan yang tak berkhasiat
Eh macam2 lagi la...

Sila beli di kedai buku yang berhampiran.

Eh jangan lupa tau email kalau ada resepi untuk anak2 kecil
Kerjasama anda amatla saya hargai.
Muahs...

Video keisha makan.


Love: Ceera =P

Panjang Sikit Tak Boleh

Keja memotong kuku diberikan kepada ciput
Sebab kalau aku, mahuuuuuuu 2minggu sekali baru aku potong kuku keisha takpun sebulan sekali, muahahaha...


Sendiri punye kuku pun kekadang aku lupa mahu potong. Dah kena sound dengan ciput baru teringat nak potong, itu pun amik masa berhari. Sampai kekadang tu kena jentik okey, wuwuwuwu.. sakitttttttt..

Ciput ni jenis pantang kalau tengok kuku panjang, dia tak suke.. dia kata kang nak solat air tak masuk la, apa la...

Dan aku pun bukan jenis bela kuku bagai. Sebab aku pun tak suke..
Cuma tu la.. nak potong kuku, punyela kemalasan.
Dah la kena potong waktu sesiang kan. Memalam cannot. Aku bila dah malam baru ingat nak potong, terus oooo dah malam, besok la baru potong. Sekali, erkkkk terlupa... pastu malam balik baru ingat, pastu besok la potong... last2 berpanjangan la kuku ku ini..

Aku tengah taip nie aku tengok kuku sendiri yang sudah panjang, =P
Ok jap lagi potong.

Ok setel pasal kuku..
Aku nak cakap sikit pasal satu website nie..

Ko perasan tak iklan kat sidebar aku nie..
Itu pun kalau ko bukak time blog aku ada iklan milkadeal la..
Aku perasan ramai gile orang tweet pasal milkadeal..
Eh jangan lupa follow saya di twitter, carik ceeramoon okey. *sempatttt...
Well, aku kan kepoci, harus click2 mahu tengok.. apakah benda yang diwar2kan siap cakap save rm40 hinggit lah, 46% off la..
Macam menarik...

Bila bukak, terus tak paham.. hahaha..
Lalu aku pun tanya vp..
Rupenya web ni ala2 lelong gitu.. macam mana nak cakap eh. Dia macam, bukak jualan murah dalam masa2 tertentu sahaja...

Kira, harga asal adalah RM50, tapi kalau ko beli skang kat milkadeal, ko akan dapat harga rm20 hinggit saja.. tapi dalam masa 5 jam ajer la. Lepas tu harga akan kembali seperti biasa..

So kena sentiasa alert la..
Kena sentiasa bukak web milkadeal tengok apa yang deal menarik, begitu...

Macam skang...
RM9.90 for Tropicalitea and a big cookie (usual price RM14.50++)
Sapa mahu boleh beli skang. Dia bukak dalam masa 3 hari. And now ada baki 9jam untuk sesiapa beli.

Dan sebelum2 ini aku cek kat recent deals ada...
  • RM30 haircut, wash and blow (usual price RM70)
  • RM15 for any pizza/pasta and a drink (usual price RM36)
Yang haircut tu macam dah terlepas plak aku. Aku memang bercita2 mahu potong rambut..
Tapi takpe la, kita tunggu la deal yang akan datang, mungkin ada yang lebih menarik and best yang boleh aku buy buy buy...

Nanti bila aku dah buy aku citer kat korang lagi. Kot2 boleh beli sama2...

Ni web dia... http://milkadeal.com

Ok itu ajer citer hari nie. Jumpa besok plak. =P

Love: Ceera =P

Hari Sabtu Punye Kesah

Pagi sabtu weols anak beranak bangun jam 9. Eh ciput bangun dulu, dia buat keja itu ini baru isteri and anaknye bangun, ekekekeke....

Lepas dah semua bangun, ciput mandikan keisha. Aku pakaikan keisha baju. Lepas tu bfast, then tidokan keisha.

Dalam kul 12 begitu, kitorang pun bersiap2. Sebab nak keluar amik stok keyfinders and bag hangers. Jumpa kat tol sungei besi nun. Dari melaka turun ke kl semata2 nak paskan barang saja. =) Dapat la berkenalan sekejap dengan mrs lee..

Lepas tu mrs lee kasik sekotak limau manderin, sukeeeeeeeeeeeeee....
Bangga kejap dapat limau sekotak
Ko ada.. hehehe...

Dah amik barang segala. Terus jalan2 carik makan
Mula2 nak lepak makan kat the mines. Tapu baru je nak parking terus tak jadi bila dia cakap park kat luar kena bayar RM10 hinggit
Gila ko 10!!!
Park dalam pun singgit je hokey..

Terus uturn carik jj balakong plak...

So di jusco la kita...

Makan kat foodcourt and order Pan mee spicy duaaaaaaaaaaa..
Satu untuk saya, dan satu untuk ciput...

Sumpah sedap hokey
Tengok gambar pun, buat aku tertelan2 air luir. Coi...

Lepas makan, terus calooooooo balik ke kcb.
Ingatkan takde orang kat rumah mak, sekali hambik ko semua pun balik kecuali kakcik.

Lepak sampai malam loh...
Lagipun banyak benda nak kasik gosip dengan vp and sepet
Panas2 semua gosipnye, hahaha...

Pastu, semua pun ternganga2 seperti tak di sangka.
Siyes, aku pun tak sangka..
menyesal kenal dengan ko... busuk punye olang.
Orang busuk pun lagi wangi dari ko tau. Sebab ko busuk dalam hati, coi.

Hik hik hik...
Mencuba tudung zacku.
Pastu buat ala2 yuna gitu.. senang gile, selesa plak tu.
Uols kalau mahu beli tudung, boleh la ke sh0ppink.com yo
Macam2 ada...

Tetiba citer pasal tudung.

Love: Ceera =P

Berjalan2 Di Taman TTDI

Lamanya tak pergi taman kan???
Perasan tak? =P

Asik pergi tempat yang menghabiskan uwang saja. Now kita berjimat balik dengan berjalan di taman saje, hehehe....

Second time aku jalan kat taman nie.
1st masa baru lepas kawin. Kira masa belum mengandung.
Time mengandung ciput tak bawak aku ke sini sebab sini banyak monyet, takut kenan.

Hp aku nie takde flash tau. Kot la korang ingat sebab ada cahaya dia pandang kan.
Dia memang dah pandai kot, asal nampak je hp aku terus pandang senyum. Macam tahu2 je gambar dia nak diamik.

Mungkin keisha sudah berconnected tots dengan hp aku.. =)

All green okey, maluuuuuuuuuuuu...
Ahkak tak perasan.

Aku memang gile hijau. Tapi kalau dah semua ijau, malu jugak haku bila orang pandang...
Masa nak kuarkan hp pun, eh eh casing hijau la.. sorok2 sikit B nanti orang nampak.
Pastu minum air, botol air pun hijau. Ayokkkkk
Belasah je la..

So ko akan nampak benda hijau bergerak dari jauh.. coi

Keisha pakai baju dari auntie leena...

Seronok je dia...
Dah la cuaca memang cun, tak panas.. angin pun sepoi2 je.

Kurus betul laki aku.
Masa timbang, berat dia 80kg. Patut macam dia nie, berat kena 82 gitu. Kalau 80, kurus la tu. Nak kata makan sikit tak jugak, elok je mentekadarah aku tengok tiap malam. Nak kata terseksa batin, hahaha... helooooooooo i isteri solehah okey. Entahla, mungkin sebab lepas makan dia tak terus baring kot. =P

Aku??? Jangan ko tanya. Yang penting masih maintain..
Poyo nak rahasia2...

Sebelum pulang, singgah kedai mamak dulu pekena tea...

Dan ini yang aku makan.
Dabel cheese nan, hehehe... tamak gila sampai nak dabel cheese. =P
Sedappppppppppppp....

Love: Ceera =P

Dua2 Kesayangan Saya Pergi Klinik

Kesayangan pertama = Ciput
Wpon sudah ada anak, pertama2 tatap ciput yang ku sayang, ewahhhhhhhhh..
*ayat amik hati, =P

Ko tengok...

Citer dia begini...
Pakcik nie kan after work biasanya ada bola la futsal la bla bla bla la baru reti balik rumah.
Biasanya hari selasa dia ada futsal kat sport planet nun..
So dia call la bagitau dia balik lambat bagai..
Aku pon luahkan la apa yang terpendam di hati ku selama ini, ewahhhhhhhhh...

Aku cakap:
Balik lambat kul bape ni B?
Paling lambat be4 9
Yela tu.. B sampai kul 9, siaplah B. Ayang kunci pintu... Hari tu B cakap B nak retire kan main futsal, ni pehall asik main futsal je nie?? bola pandang tu ayang ok la lagi sebab balik takde la lewat nau. Futsal ni lambat sangat la balik B.
Ala ayang nie....

Biasanye ciput gelak2 je la kalau aku bebel..
Hei I bebel dalam gelak2 tau. Bukan bebel bingit2 telinga bagai, yeke? =P

Lagipun aku perli dia baikkkk punye pasal retire tu, ekekekeke..

Tapi sumpah wey, menyampah gile tunggu ciput balik kalau dia main futsal. Lambat sangat haku rasa.

Tetiba jam 8 begitu ciput call lagi sekali.

Ayang... B balik lambat sikit tau, B nak pergi klinik kejap, B punye kening koyak, darah2 ..
Serius ke B.. yela tu koyak *isteri yang kurang percaya =P
Betul ohhhh... tadi kena siku terus terkoyak berdarah. Kena jahit kot...
Haaaaaaaaaaaaa??? yeke??? teruk sangat ke sampai nak kena jahit bagai..
Takde la teruk sangat, tapi banyak jugak la berdarah...
Ok la hati2 ye...

Pastu dalam hati ada senyum
Tu laaaaaa taknak dengar cakap aku lagi, ekekekeke...
Ok kijam punye isteri...

Elok ciput pulang aku pun tengok la dia punye kening.
Nasib baik tak kena jahit. kena gam sajork.
So bertambah 'hensem' la laki haku skang ye..

Kesayangan kedua - Keisha
Ololololo... dua2 la mummy sayang pertama2.

Lepak2 kejap, terus pergi klinik keisha plak. Keisha nak kena checkup.
Hari tu tak jadi checkup sebab hujan yang maha lebat.

Berat keisha skang adalah 7.5kg
Tinggi naik 1cm je kot.
Ate anak korang ni makan pun bercinta.. asal makan je nak nangis, belum rasa lagi ok. Nampak sudu pun dah menggelupur pandang tempat lain.

Pastu asal nak checkup je aku dah risau berat keisha tak naik.
Nasib baik naik la sikit wpon cuma 0.5
=P

Makin besar makin nampak muka ciput kan, ekekeke...
Berkat memandang muka suami setiap malam time nak tido, =P

So doc kasik susu formula untuk keisha
Suruh aku campurkan susu time nak kasik keisha makan.
Udah cuba, tapi still tidak berjaya. Lagi dia uweekkk kan ado.

Takpe, kita cuba hok lain plak...
Bab makan nie kena bersabar la sikit.

Lepas kena injet keisha nangis sikit.
Tapi lepas dukung terus okey...
Masih bagus lagi. Akan datang gua tak tahu. Tapi jangan nangis sampai berguling2 sudah.

Love: Ceera =P

Perkembangan Positif

Entry baru kat bawah tau!!!

Everymonth aku akan updated pasal perkembangan keisha. Tapi yang nie aku rasa aku tak citer lagi kot dengan korang.

Semua adalah perkembangan yang positif. Perkembangan yang aku nampak depan mata aku. Best wooooo jadi housewife. Dapat jaga anak sendiri. *sambil angkat kening kat korang.
Wpon kekadang aku ngomel penat, takde masa untuk diri sendiri, tapi bila tengok perkembangan anak depan mata. Hilang semua penat lelah yang ada. =)

Bila bercakap pasal perkembang, semua ibu pun nak otak anak berkembang dengan baik dan sihat. Dan aku pun harapkan benda yang sama kat keisha jugak.

So as a mother.. kalau nak sel2 otak anak kita berkembang dengan baik dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Kena la pastikan yang anak kita sentiasa aktif. Bila dia dah aktif, jangan pulak ko jangan2kan ajer dia. Dia nak buat ini, ko cakap tak boleh. Dia nak buat ini pulak pun ko tak bagi. Asik nehi nehi nehi no no no. Kang terus budak tu diam tak buat apa2..

Bila dia diam, sel2 otak pun terus diam jugak tak berhubung.. Dan tahukan korang Gangliosides is an important brain nutrient that help brain cells connect for faster learning. So lagi banyak brain cells berhubung, lagi cepat anak kita belajar. =)

Tetiba citer pasal otak kan, wakakaka....
Semua hasil google la nie. I like google. Sebab tu terciter kat korang pasal sel2 otak la.. Gangliosides la.. Best bila dapat ilmu pasal anak2 nie.

Pastu kan, ada satu kajian mengatakan jangan bercakap jangan dengan anak. Kalau kita nak cakap jangan dengan dia... contoh - sayang jangan panjat2, nanti jatuh. ko kena tukar ayat saiko dengan. Sayang, kalau jatuh nanti sakit. Meh main kat sini, sini lagi best. Begitu...

Sori gambar blur.. hasil google lagi, ekekeke....

Keisha baru 7 bulan, so sel otak dia macam yang kat tengah tu. No 4 dari kiri. Kira sel dia tengah nak berkembang la. Sebab tu skang macam2 aku boleh tengok perkembangan dia. Antara yang menyeronokkan adalah...
  • Bila keisha tengok cermin..
    asal tengok cermin jer mula la dia akan gelak2 hepi. Mungkin dia dah kenal kot, oooo ni aku.. ini mummy. Sambil tepuk2 cermin. Lepas tu pandang aku pandang cermin, pandang aku pandang cermin lagi. Then gelak2 seronok lagi....


  • Kalau lepas bangun pagi kan. If aku masuk toilet nak sediakan air mandian untuk dia. Asal dengar je bunyi shower, dia akan start jerit2 seronok. Dia tahu jap2 lagi dia akan mandi.. keisha memang suka mandi ok.. and senang gile nak mandikan dia.

    Mandi bubble.

  • Pantang dengar suara ciput. Pun dia akan hepi2 seronok jugak. Katakan la ciput dalam toilet tengah nyanyi2 kan, dia boleh bantai gelak macam ciput ada depan mata dia. Pastu dia akan perhati je pintu toilet tu bila nak di buka. Elok pintu bukak terus dia lompat2 tak boleh duduk diam. Macam nak suruh daddy dia angkat!

    Lagi satu kalau ciput balik dari keja. Baru assalamualaikum kat pintu pagar keisha dah start menggeletek.

    Aku tak sure umur keisha berapa yang dia kenal mak bapak dia.. Sebab baby bila dengar suara pun dia boleh kenal kan, ohhh ni mak aku.. oh nii bapak aku..

  • Bila kita tepuk tangan. Dia akan tau yang kita nak angkat dia. Automatic badan dia akan terangkat2 sekali, hahaha... sabar ajer la.

  • Aku suka nyanyikan lagu tepuk amai2 kat keisha. So bila aku nyanyi lagu tu. Satu - dia akan nyanyi sama2 dengan aku bahasa dia. Dua - dia akan tepuk tangan aku, =P. Best kan? hehe...

  • Dalam banyak2 anak patung yang aku belikan untuk keisha, *ceh macam la banyak sangat, hahaha.. dia paling suka dengan baby berry. Asal letak depan dia je mesti dia akan hepi lepas tu bla bla bla seperti berborak dengan baby berry.


  • Now keisha dah ada botol air khas tau. Asal makan je aku siapkan botol air color kuning untuk dia minum. Memang dia dah kenal sangat dengan botol air tu. Bila dia nak minum je tangan dia tergapai2 nak capai botol air dia tu.



  • Satu lagi kehebatan keisha adalah, bila kita tepuk2 mulut dia, dia akan kuarkan suara wawawawawa... lama siot aku ajar, baru skang dia pandai. Dulu bila aku tepuk2 mulut dia, dia tak pandai lagi nak keluarkan suara. Orang makin lama makin kuat, dia makin lama makin pelan sambil jelirkan lidah nak jilat tangan aku, hahaha.. now dah pandai kuatkan suara and tak kuarkan lidah dah.. so clever la anak mummy nie. Kiss sikit.

Sambil taip sambil rasa bangga.

Wpon begitu, perkembangan anak memang tak sama tau.
Tapi brain cells yang ada memang sama.

Ko tau berapa??
100bilion bebeh. Banyak gile kan. So jangan la sentap kalau ko tengok, eh asal keisha lagi up dari anak aku nie. Tak pun, elehhhhhhh anak aku lagi hebat macam2 dah pandai buat...
then kita pun why why why.. pastu terus macam, agaknye brain cells anak aku nie tak berapa nak banyak kot??

Eh tak la.. sama je kot.. ko, aku, anak ko, anak aku, semua dilahirkan sama banyak brain cells nye.. cuma cepat dengan lambat je perkembangan tu bergantung kepada kita *pemakanan time mengandung dan juga persekitaran.

Contoh la kan..
Haikal 7 bulan dah pandai mengesot ke depan ke belakang. Keisha belum pandai mengesot.
Tapi haikal belum pandai duduk. Keisha dah pandai duduk
Begitu...

Ni aku nak kongsi petua masa aku mengandung dulu:
Minum susu dengan kerap, sehari paling sikit sekali. + vitamin kalsium.
Lepas tu makan kurma, kismis, badam, brokoli, vitamin dan makanan berkhasiat yang lain. Then selalu main sudoku kengkonon nak kasik anak aku berpikir sekali. =) Sebab otak baby seawal 5 minggu sudah mula terbentuk.

Kesimpulannya disini aku nak cakap,
Masa anak2 kecil la kita nak tengok dia buat macam2. Sebab masa ini la sel2 otak sedang berhubung antara sama dengan yang lain.
Hurm, tak sabar ok nak tunggu keisha boleh bercakap, entah apa soalan yang akan dia tanya kat aku. Berdebar2 nak jawab, hehehe....

So, anak2 korang mesti dah pandai buat macam2 kan, meh la citer kat aku. Aku pun nak tahu jugak...

Love: Ceera =P

Qalesya Comel Sangat

Ini la anak linda uols..
Nama dia Puteri Nurhana Qalesya...
Comel Gile kan... geram geram....

Linda kan kawin dengan keturunan megat. Sebab tu la anak dia kena ada puteri2 gitu..
Panggil qalesya. tersilap panggil boleh jadik kisha, hehehe...

Tapi takpe, anak aku k-sha not kisya.

Rambut lebat, pipi bam bam, kulit putih..

Pipi ikut linda, tembam2..
Kulit plak ikut megat putih2...
Rambut ikut linda rasanya lebat.

Gambar omaknye aku tak amik.. nanti aku datang lagi. aku kasik amik. Dah alang2 pantang kat cheras kan, harus aku datang banyak kali. Bila dah pulang ke perak, dah susah dah mahu jumpa.

Ada yang tanya aku sapa linda.
Buat yang baru je masuk blog nie. Linda tu kawan baik aku selain azah, kathy and yana. Kitorang kawan dari sekolah lagi, sampai la sekarang masih lagi berkawan. Cuma tu la, dia dah ke perak nun lepas kawin.

Dulu masa masing2 bujang, selalu je blog aku ni dihiasi dengan gambar linda. Now dah jarang sudah. =)

Ate, jumpa pun jarang2.

Behave sangat, macam keisha. Tido saja...

Minggu depan nak jenguk linda and qalesya lagi. Banyak benda nak citer, hari tu dapat citer 1/4 jer, hehehe.. keisha nie la, ter ek ek ek ngantuk mintak balik.
Pasal dia tetiba operate pun kang nanti aku citer.. wahhhhhhh orang punye kisah pun nak citer kat korang kan, muahahahaha...

Love: Ceera =P

Badan Aku Dah Mengembang Sikit!

Ahad lepas, aku ciput keisha mama leena and jeppa lunch di shangri la hotel.
Daddy macam biasa... memang takde.
Dia pandai arrange suruh kitorang lunch sana sini then dia bayar, tapi dia memang takmo join sebab takut termakan banyak.

Diet katanya.

Yela kalau pergi buffet, harus makan banyak2. Tak mungkin la ko nak makan 1 2 pinggan je tapi bayar satu kapla masyaAllah mahal. Harus berpinggan2. Bukan tamak, tapi kenala makan berbaloi2 dengan bayaran yang di bayar, begitu....

Disebabkan daddy menjaga pemakanan dia. So bab buffet dia surrender awal2.
Dan dia paksa weols yang pergi makan2.
Dah weols pun terpaksa rela pergi lunch, sambil la la la di dalam hati.
Harusla syiok wey, makan free.. ko takmo??

Percaya tak mula2 aku makan salad???
Memang tak la kan...
Ni menu yang terakhir aku makan. Tapi disebabkan gambar aku hok ni ciput baru amik. Sebab tu aku letak yang pertama2.. =P

Ini menu pertama saya..
Aku nie kalau pergi buffet, mesti tangkap nasik dulu.
Yang lain belakang kire... nasi kena pertama2..

Keisha pun mamam jugak. Aku bawak biskut dari rumah.
Tapi nak kasik dia makan memang bercinta la... Sekeping biskut sangat susah nak kasik abis. Kalau abis, terus aku bersyukur okey. Serius...

Elok dia nak nangis terus aku stop. Taknak la dia fobia plak kan.
Bila dah fobia, mahu nampak sudu terus nangis plak kang.

Weols makan bergilir2.
Mula2 aku makan, lepas tu baru ciput. Lepas tu aku makan balik, lepas tu ciput plak. Kalau leena dah taknak makan, baru la weols boleh makan tame2...

Buffet kat sini not bad la. Banyak sangat makanan.
Paling best makanan cina dia, sedap2..
Makanan melayu lauk2 memang takde, sadis betul.
Makanan india aku tak usik langsung
Western aku usik la sikit2.
Lepas tu sushi pun aku ada amik 3 kot.
Salad aku makan.
Buah2an cake icecream bagai ada la jugak aku amik...

Mak buyung yang menunggu masa untuk meletop
Due dia bulan dua. 14 hb 2. Tengok gaya macam dah sarat sangat. Agak2, mesti baby keluar awal. Tapi tak tahu la kan.

Menu kedua..
nom nom nom nom...

Skang nie aku sangat hebat makan laju2.
Gigit 2 3 4 kali terus telan. Lepas tu ngap yang lain plak. =P
Takleh makan slow2 dah, takkan nak harapkan orang lain yang menengok anak kita kan. Paling2 pun dia akan pegang beberapa minit je, lepas tu kita kena take over balik.

See sangat menyelerakan.
Tapi aku tak usik langsung, wakakaka.. malas sudah!

Menu saya yang ke3

Menu yang ke 4
Ice cream mango ni sedap nak mampos okey...

Si kecik tido selepas di bf....

Ok dah
Memasing dah kenyang.
Siap curik cookies lagi bawak balik, wakakaka..
Dah macam pencurik betul dah, siap usha2 tengok ada orang nampak ke tak, lepas tu sembunyi dari cctv depan mata kitorang, then zassss masuk dalam hbeg mama.. =P pastu gelak2 macam orang gila. Lepas tu bila ada orang pandang2 je terus macam, eh dia nampak ke kita curik nie.. matila kena tahan kang bila nak kuar kang..

Padahal dorang fedulik hape kan.
Weols je saspen lebih.. =)

Lepas kenyang jalan2 kejap. Then terus ke wangsa maju melawat kawan leena dapat baby girl. Dah lawat terus ke wangsa walk pulak jalan2. Fuhh penat tak terkata betul la hari ahad tu. Balik2 terus pengsan!

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998