Hari tu korang mintak resepi kan??? Nahhhh ini resepinya.
Untuk 4 orang makan
1/2 cup fresh multi-grain breadcrumbs
1/4 cup flat-leaf parsley leaves *hiriskan
1/3 cup finely grated parmesan cheese
1 teaspoon olive oil
4 (lebih kurang 200g each) thick white fish steak
olive oil cooking spray
steamed green beans dan sayur kesukaan masing-masing.
Cara-cara nak masak.
Panaskan oven ke 200c.
Combined breadcrumbs, parsley, parmesan. lemon rind, salt and pepper dalam bowl. Kacau sampai sebati. Campurkan sedikit olive oil. Dan kacau sehingga serbuk roti bersalut dengan minyak.
Lepas tu letak serbuk roti di bahagian atas ikan untuk di jadikan topping, dan letak semua bahan yang dikacau tadi di atas ikan. Lepas tu boleh masuk dalam oven dan taburkan sedikit minyak dan tunggu sehingga 15 minit untuk masak.
Selamat Mencuba!
Dijamin sedap, mudah dan healthy.
Selain nak bagi resepi dish yang sihat, aku juga nak kongsi tips (lagi) bagaimana nak mengamalkan pemakanan yang sihat.
Ok aku bukanlah sesorang pemakan makanan yang sihat. Ini aku mengaku. Tapi tak salah kalau kita nak belajar untuk memakan makanan yang sihat bukan... Aku dah start dari bulan lepas. Ye ye, aku tau aku nie kekadang skip makan lunch, sebab malas nak masak punye pasal. Tapi setiap kali masak aku akan pastikan yang aku akan kurangkan minyak dalam masakkan... Lagipun laki aku pun tak suka minyak melimpah ruah dalam makanan. Jadi aku telah:
- Elakkan makanan bergoreng
Melayu memang susah nak elak terus dengan makanan bergoreng. Ayam goreng, ikan goreng, tauhu goreng, semuanya sedap sedap belaka. Kalau makan dengan nasi kosong pun dah cukup. Tambah pulak kicap, perfecto... Lepas tu petang-petang pekena pula dengan pisang goreng dengan air tea, memang terangkat.
Takde la ko tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kalau boleh!
Dan aku pun adalah jarang masak goreng-goreng di rumah. Bukan la tak pernah langsung cuma jarang. *eleh ko masak pun jarang* Haha... - Gunakan kaedah masakan yang lebih sihat dengan kukus rebus, steam ataupun panggang.
Yang ni aku suka buat, bila masak sayur aku main rebus rebus je. Tak pun kukus. Paling senang brokoli kukus, dah la senang... sedap pula tu. Dan kalau boleh, 1/2 plate = 2 jenis sayur. Aku dulu, kalau dah malas nak makan ikan dengan ayam, aku amik sayur ajer. Sedap, sihat dan murah!
Ikan pula, kalau tak reti nak panggang atas api, ko panggang terus dalam oven. Aku selalu buat ikan bakar dalam oven, sedap je... buat air asam terus walla! Tak pun, buat ikan steam. Paling mudah dan dijamin sedap. - Hadkan masak menggunakan minyak yang banyak atau yang menyalut makanan dengan tepung.
Selalu kalau masak sambal petai, sambal udang, sambal ikan bilis memang kena guna banyak minyak baru sambal ko jadi sedap. Tapi CUBA kurangkan sedikit minyak. Pun sambal ko menjadi sedap juga. Tak percaya, cuba la... mesti ko jadik confuse, eh ehhhhh kenapa lagi sedap? =P
Masak ikan guna sedikit minyak lepas tu masuk dalam oven. Begitu masterchef aku rasa. - Kalau tak masak, dan hanya order makanan di luar. Pesan untuk kurangkan minyak di dalam makanan. Lepas tu pilih makanan yang kurang berminyak. Nak sihat ke tidok?? kalau nak sihat berkorban tekak la sikit ye. Kurangkan minyak adalah lebih enak.
- Jadikan buah-buahan segar sebagai snek.
Rumah aku nie wajib ada buah. Ok secara jujur aku bukan la penggemar buah. Aku makan, tapi tidak la wajib hari-hari makan buah. Disebabkan aku nie jenis yang cepat bosan makan benda yang sama hari hari. Jadi ciput akan pastikan dia beli buah yang berbeza setiap kali. Kalau minggu ni papaya, minggu depan mungkin pear, minggu lagi satu pula oren. Sebab kalau dia beli buah yang sama, memang aku takkan usik dan biarkan buah tu kering kat dalam fridge. hehe...
Cuba dulu baru tahu. Oh, ini adalah tips kurus juga.
Info: Sekiranya ingin mendapatkan tips kesihatan tentang pemakan sihat serta aktiviti fizikal. Anda boleh tonton rancangan Sihat 1 Malaysia yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad. Nanti anda sendiri berpeluang untuk melihat tips dan berkongsi cerita daripada selebriti terkenal seperti Siti Saleha, chef Zaidah, Ifa raziah dan ramai lagi.
0 LoveGreen:
Post a Comment