Topik hari ni adalah Gula.
Ye, topik yang sudah berulang kali ku sebut2 disini. Dan memang akan aku sebut berulang kali sampai la korang naik bosan, heh... korang naik bosan pun aku sebut2 jugak, tak kira.
Mungkin hari ni ko booo layan, hari akan datang sapa yang tahu...
Kan kan kan....
Selalu memang begitu...
Ok kita mulakan dengan diri sendiri.
Lihat kat diri sendiri dahulu sebelum mahu mengubah orang lain.
Adakah ko seorang yang gila gula???
Aku??? no no no..
Aku agak kureng benda yang manis... ala u know me. Dah berapa lama ko baca blog aku, pasti ko tahu aku memang tak berapa suka benda manis.
Air manis (suka sikit), makanan manis, kek yang manis, macaron???
Semua aku tak berapa nak gemar... jajan aku gemar, (jujur, tiheeeee)
Mungkin sebab dulu, aku jarang dihidangkan dengan benda yang manis. sebab tu sampai ke besar pun aku tak berapa nak suka dengan benda yang manis.
Mungkin juga dari pengajaran mak aku. Mak aku minum air manis pun jarang ok. Dia suka minum air masak ajer. Yang ni aku tak berapa nak ikut la. Aku satu hari, wajib sekali minum air manis. Untuk memberi tenaga kononnya...
Gula dengan tenaga memang tak boleh dipisahkan.
tapi dengan kuantiti yang sepatutnye la. Jangan pulak sebab ko nak tenaga yang banyak, maka ko ambil gula dengan kuantiti yang banyak juga. Itu boleh bikin kencing manis tu...
So, bermula pada kita. Barula kita boleh mengubah anak2 kita pula...
Kalau kita jarang amik gula. Dengan itu anak2 kita pun kita boleh ajar dia untuk kurangkan pengambilan gula..
Mungkin boleh bermula dengan susu anak2.
Sapa yang breastfeed anak. Ini adalah bonus untuk anda. Anda tak perlu risau langsung kandungan gula dalam susu anak anda sebab susu ibu adalah susu yang paling terbaik.
Tapi kepada mereka yang memberikan susu formula atau, sudah putus susu ibu sebab anak sudah mencecah umur 2 tahun???? Bagaimana pula..
Ok ini tips yang aku rasa korang patut concern.
1. Cek karbo dalam label susu anak anda. Sekiranya karbo melebihi 12mg per serve. Itu maknanya susu formula anda mengandungi gula tambahan dan ia tidak bagus untuk anak anda.
2. Rasa susu anak anda. Kalau anda sendiri rasa susu itu manis. Maknanya apa??? ye banyak gula!
3. Antara nama lain sugar dalam label susu anak anda adalah corn syrup solids, glucose syrup solids, dan juga sucrose . *walaubagaimanapun, No sucrose tidak bermakna tiada gula tambahan. Please check carbohydrate level!*
4. Dengan itu, pilih susu anak yang betul!!! jangan main pilih saja...
Aku tahu, ada anak yang memilih susu. Kita kasik yang ini dia bluwek kan tak mahu. Kita belikan yang ini pun dia bluwek kan jugak. Last2 terpaksa belikan susu yang gulanya banyak sebab itu saja susu yang dia mahu.. Oleh itu, kita cuba, cuba dan cuba sampai dia mahu. *saya tahu bukan mudah, sebab saya pun sukar nak bagi anak susu formula*
Dan akhir kata dari saya.
Sentiasa la cek label susu anak anda sebelum membeli.
Terima kasih...
Note: kepada mereka yang tanya tentang ada pengesahan kementerian kesihatan berkenaan dengan isu ini, *entry yang lepas-lepas* mungkin anda boleh email saya untuk mendapatkan keterangan lanjut. Tapi yang pasti, sebelum saya beri info gula, research sudah dibuat oleh Doctor Monro dan juga Prof Davies.
Love: Ceera =P
Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W
-
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
rumah yang tidak ada makanan.
3. B...
9 hours ago

0 LoveGreen:
Post a Comment
Love U, =P