Koleksi Gambar

Menggila di Dressing Paula

Sebelum ke ShangriLa hotel, kitorang lalu kat depan SouthGate.

Ciput: Nanti kita jalan-jalan kat sini nak???
Aku: Jommmmm... balik dari makan, kita singgah la kejap.
Ciput: Okey!

Aku bab jalan memang laju ajer. Gila ko taknak. Kat kepala hotak ni asyik dok pikir shopping shopping shopping. Hari tu tak dapat shopping sungguh-sungguh. Harap kali ni, dapat la shopping beria-ria.
Fuhh kanan fuhh kiri....

Tapi bila dah sampai, terus menyedihkan. Sebab tak banyak kedai yang bukak.
Kalau bukak pun kedai makan cina. Kedai baju, alahaiii sentap!!! Nasib baik free parking. Kalau berbayar, #sentaphatimaknak

Takpe, kita carik kat nichii. Sebab dari highway memang ko akan nampak nichii. Dapat selai dua baju pun okey la... Ok, satu floor adalah nichii saja. Puas ko tengok baju. Tapi mencik, banyak size kecik dah habis. Tinggal L, XL saja.

Pastu ciput ajak naik atas. Kat dressing Paula pula.
Tengok kedai macam highclass. Ala-ala Zara gitu kan. Dalam hati, mesti mahal-mahal baju kat sini. Tengok la kain, semua licin-licin satin gituk.

Tengok harga, eh eh below RM100
Terus blink blink bijik mata...
Apa lagi, dengan riak terus amik 3 4 helai nak try.. we we we.. ahkak suka..
Sumpah cantik baju-baju kat sana. Engkorang yang jenis pakai tudung, nak carik baju yang lengan panjang jenis stylo-stylo. Ko kena pergi kat dressing paula. Mesti ko dapat baju yang ko nak.

Dan aku beli 3 helai baju lengan panjang. Cantik ke tidok??? nanti aku pakai aku show off k.

Paling suka color hitam.
Actually, nak color hijau. Tapi kecik bebenor size yang tinggal. Takleh nak button bahagian dada. Nak taknak amik hitam. Suka lengan dia, cantik sangat.
Dan size kat sini pelik pelik sikit.
Baju nie ko amik XS, mungkin akan besar kat ko.
Baju ni pulak kalau ko amik size M mungkin man man kat ko...

So, baju pepel aku adalah size XS, pink S and hitam size M.
Kena cuba baru tau mana yang molek.

Haiiii, tak sabar nak pakai baju nie. Bila event terdekat nak kena pergi agaknya, =P

Love: Ceera =P

17 LoveGreen:

izyantyPersonalTaste said... [Reply to Comments]

cantik tiga2 tu...suka2

siti said... [Reply to Comments]

yessss dressing paula! mmg baju kat c2 cecantekss, retu pon dh rembat 3lai, mcm2 kaler ada, mcm nk bli kesemua 12kaler! eh same la..kite pon ambik pink tu ;) ;)

genuine1224 said... [Reply to Comments]

pink tu santekkk laa

ikiqzana said... [Reply to Comments]

SouthGate kat mana ceera..??

Mya said... [Reply to Comments]

cantikkkkkkk.. tetiga cantikkk...
sila pakai dan show off.

Zuzilawati Othman said... [Reply to Comments]

Hai Ceera, amboi kalau ko ambik sais XS baru muat kot aku yg beli ape saiz nk lenjan ni weih??emm sound so goodlah, aku harus ke sana for looking2 and harus juga menshopping =)

Ayu Rashid said... [Reply to Comments]

Ceera, leh bg details tempat tu? Tq

oneyani said... [Reply to Comments]

Santek gile!kat dressing paula ni?tiga2 pon cantek..susah kot nk cari lengan pjgny cun

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Cantiklahhhhhh terus aku mcm terpedaya nak pegi jugak !

LisaLisut said... [Reply to Comments]

Alamakk tergoda gila tgk tiga2 tu

mekchu said... [Reply to Comments]

hitam tak nampak sgt.. of kos kena tayang bila pakai nnti.. tp jatuh hati dgn fenkkk itu.. kesopanan dan kesusilaan gitu..

ceera said... [Reply to Comments]

@ikiqzana:kalau dari kl ikut jalan tu razak terus nak ke salak south. dia kat belah kiri.

ceera said... [Reply to Comments]

@Ayu Rashid:kalau dari kl ikut jalan tu razak terus nak ke salak south. dia kat belah kiri. dekat dengan mazda ke bmw ntah. lupa sudah.

✿ pink velvet ✿ said... [Reply to Comments]

chanteqnyer yg kaler pink tu, hehe~

Azrine Aziz said... [Reply to Comments]

Ceera...kedai tu dlm mall ker atau just its own building? heheeh mcm lost kejap x tahu area mana u maksudkan :)

ceera said... [Reply to Comments]

Azrien:
kat mines pun ada.

siti said... [Reply to Comments]

dressing paula ada kat pavvy n sunway pyrmd ;)

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998