Sempena apa, aku pun tak tahu. Dah disuruh makan kat sana, kitorang ikut ajer la. Rejeki jangan ditolak! Nak nak rejeki makan... kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Mungkin sempena nak krismas kot. Dia nak suruh kitorang makan ayam turkey banyak-banyak kot. Tapi masa kat sana, turkey aku tak usik langsung. Tak suka. Terlalu berlemak. Aku kalau makan ayam, aku suka bahagian tulang-tulang. Kalau daging saja, muok!
Bergambar dulu sebelum masuk makan. Sambil tu tunggu jeppa, leena and mika.
Dorang tak sampai-sampai lagi.
Meriah pokok krismas kat sini.
Oh yeahhhhhhhhhh... hari krismas nie, family kitorang nak pergi merisik gf ayie kat Johor. Tapi aku tak boleh nak follow. Sebab family ciput belah daddy berkumpul time tu. Tahu la kan, dorang kan sambut krismas, jadiknya kitorang pun kena ada sekali.
Ciput la merayu-rayu. Kata kesian kat daddy, auntie Molly turun dari Singapore la bla bla bla... Malas nak pikir panjang, jadi aku ok ok kan saja.
Makanya, kakak-kakak ku. Atam tak ada ye nanti. Nanti time tunang, pasti atam pergi. Ini merisik ajer kan. Ayie ko tak kisah kan??? =)
Wahhhhhhhhh pemberitahuan melalui blog, kahkahkah...
Mummy dan keisha.
Aku pakai baju nie, ciput kata nampak macam aku mengandung 3 bulan. Cis ko, tak menjaga hati langsung.
Kagum dengan 'pokok' ini...
Sebab ada gingerbread semua.
Betul okey! siap ada yang hilang-hilang. Kena curik lettew...
Yeayyy mika dah sampai, boleh la kita pergi makan!.
Sori, gambar makanan takde, aku amik yang mula-mula ajer, lepas tu terus simpan camera... sebab aku makan sambil mengejor keisha. Sebbaik ada leena, keisha pulak nak ke leena ajer, hahaha... so leena layan keisha, mama layan mika. Aku layan makanan. heh. Tapi awalan ajer la, lepas tu tugas menengok keisha kembali kepada aku. Dia bukan nak duduk kat baby chair sangat, duduk 5 minit, lepas tu histeria nak turun. Tapi yang bagusnya, dia takkan jalan jauh-jauh. Dia akan jalan kat sekitar meja kitorang ajer. Tapi still mata ko kena pantau tengok dia.
Budak noty.
Siap nak panjat bagai. Purffffffffff....
Dan tetiba ada orang datang nyanyi-nyanyi. Sedap okey suara ko pak... ko request ajer lagu apa, melayu, english, indon. Semua dorang bisa nyanyi.
Mika and oma.
Mika and mama.
Sebbaik mika belum pandai jalan lagi, kalau tak... ada dua orang kita kena kejor.
Oh keisha adalah takut, so berkepit dengan leena taknak lepas. Mika jugak yang sporting siap joget-joget tepuk tangan. Entah hape-hape ajer akak ko kan mika. Boring~
Love: Ceera =P

3 LoveGreen:
wahh untungnya sis...
kasut keisha comey sgt!
kasut akk sama saya.. Zzzzzz~
:)
Makan aje ke ko yer...hahahha
Post a Comment