Koleksi Gambar

Honeymoon yang tak ada hasil

Honeymoon di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur
Saja poyo, nak feeling2 tourist di tempat sendiri.

Excited gila nak tunggu hari ulangtahun perkahwinan. Sebulan sebelum dah pikir nak buat apa 13hb Dec. Bila di bincang-bincang, kitorang rancang nak lepak semalam ajer kat hotel yang dekat dengan bukit bintang. Boleh jalan-jalan area situ. Kalau nak shopping pun main turun-turun ajer dari bilik.

Dan aku pulak, begitu berlagak bawak dua helai baju.

Ciput: Ayang dah pack baju belum?
Aku: Ayang bawak 2 helai baju je. Kang kalau takde baju ayang beli ajer kat situ.
Ciput: Wahhhhhhhhhhhhhhh....

*angkat-angkat kening.

Last-last selai baju ajer aku beli, kahkahkah.
Hati tak senang, selagi tak jumpa dress #napbas, selagi tu la takde hati nak beli baju lain.
Stress wey carik dress #napbas

Jalan-jalan ambil gambar.

Dinner di hotel millennium.

Salah satu sebab kenapa kitorang nak duduk hotel yang dekat dengan bukit bintang adalah nak makan kat hotel millennium.
Kan masa bulan puasa hari tu aku makan kat sini pastu kemain puji dia punye chiskek. Jadi, perut adalah teringat-ingat akan chiskek. Lalu berdoa supaya dinner karang, ciskek idaman akan ada.

Sekali nan ado uols!
Yang ada kek coklat dan kek entah hape-hape.
Sentap betul hati ahkak.

Tak apa la.. makan ajer la apa yang ada...
Sobsssss....

Hadiah anniversary, tiheeeeeeeeeeeee...
Dua-dua happy!

Besoknya...
Pagi-pagi carik bfast kat luar.
Jalan-jalan sekitar bukit bintang sambil carik dress #napbas

Baju keisha pun aku bawak sikit ajer.
Pagi tu kelam kabut belikan baju untuk keisha. Dah beli terus tukar kat fitting room.

Kiasu habis bergambar dengan bear Malaysia, hahahaha...
Tu bear color kuning tu, Malaysia lah!

Lepas dah puas berjalan-jalan kat area BB.
Dalam jam 2 check out pastu terus balik rumah....

Oh, honeymoon takde hasil tu maksudnya, aku tertido awal sebab kepenatan yang teramat, lalu tak berhasil nak buat apa-apa... kahkahkah.

Okbai!

Love: Ceera =P

23 LoveGreen:

LisaLisut said... [Reply to Comments]

1st of all happy belated anniversary ceera! ;) ciout smakin hensem.boleh? Hahaha. Wow tetiba rs gmbr2 ni mcm kt spore.bkn kt kl.bole? Cool !

KiKiHanakO said... [Reply to Comments]

;) sweet sangat korang. bahagia hati tgok korang ni ;)

ReeneeRaaid said... [Reply to Comments]

hi moon! love your blog!
keep in touch :)

cik nora saniey said... [Reply to Comments]

cantik la gmbr akak..gne pe edit eh?

nqr said... [Reply to Comments]

oh!bear tu dah sampai malaysia ye... i tot that bear tu sampai akhir tahun kat berlin

choclairissa @ intan said... [Reply to Comments]

haha betul ckp lisa..igtkn u pegi jln2 kt spore..rupenye bukit bintang..hohoho :)

AIN MUSTAZA said... [Reply to Comments]

happy anniversary both of u.. happy family...

Momma Qiestina said... [Reply to Comments]

hihihi so sweet ur family.
Happy anv ceera & ciput, jarang drop komen tapi suka baca kisah awak :)

bonda dadif aka akish said... [Reply to Comments]

kakakkaak...mendalam sgh makne tak mendatangkan hasil tuh...
xpe...hasil kendian pon boleh..yg penting.celebrate...

=)

hepi belated anibesary fren...

cLovErX said... [Reply to Comments]

ahaks..itu ke maksudnye "takjadik"..cheytt...nasebbek saya atas umur.....

ishy77 said... [Reply to Comments]

nice shoot lor..huh..xmcm kt mesia pon ni?..haha.

happy 3rd anniversary :)

Annie Han Yeon Rin said... [Reply to Comments]

Happy Anniversary ^_^

Cantik la baju kuning yang cheera pakai tu.. nak tanya, beli kat mana?? Berkenan di mata ku... hiks..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

wah seronoknyaaaa kemain jalan2 kan.. Happy anniversary !

rina ellisa said... [Reply to Comments]

oh kak..sy ingat dekat overseas,rupa2 nya kat KL je..hehehe..cantik2 pemandagn KL ek.. hukhukhuk :)

Wawa_Nadwa said... [Reply to Comments]

mcm g melancong kat negara org je.
rupanya di malasia je kan..
hehehhe!

RazFiRa said... [Reply to Comments]

comelnye anak Ceeramon :)

ArELeEz said... [Reply to Comments]

happy anniversary!

eh! ade hasil gaklah! hasil photoshoot gambar yg santek2! pandailah si photographer.. ;)

NadyaBubble said... [Reply to Comments]

happy anniversary, kak ceera :D

Delimasari said... [Reply to Comments]

happening

Zuzilawati Othman said... [Reply to Comments]

Cis ampeh...aku ingat ko peod.hahaha.
Wink,wink...tumpang lalu,baby dragon is coming B-)

muncitzzz =) said... [Reply to Comments]

lawa la gmbr-gamabr ni..huhu

Mymie Sein said... [Reply to Comments]

wahhh anvsry kite dekat2 tapi saya xmas ni..tgh plan nak gi mane..hehe..gud idea..tq

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

cuti2 KL mmg best! x dinafikan...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998