Koleksi Gambar

Hari Krismas Ho Ho Ho... hari untuk makan!!!

Untung kawin campur. Merasa la engko nak beraya selain hari raya.
Macam tahun tahun yang lepas, asal tiba hari krismas je kitorang akan menjengah ke rumah adik beradik daddy. Tahun ni ke rumah auntie asmie. *selalu aku sebut yasmie, rupanya takde Y da...* Eh tahun lepas pun ke rumah yang sama jugak. Adik beradik daddy ramai, tapi hok ni ajer yang available untuk menerima tetamu pada hari krismas, yang lain mungkin membusy dengan anak beranak masing-masing ataupun pergi bercuti. Tidak la ku tahu. Dan ok je, kalau satu hari banyak rumah, patah pinggang ahkak. Ahkak dah la jenis pemalas lipas nak bertandang rumah orang lama-lama. Kuasa la sangat!

Kitorang sampai awal, jam 12 dah sampai. Eh awal la tu kan. Sebab kul 10 baru bangun, kahkahkah.
Elok bangun terus kelam kibut bersiap. Dah mama call, tanya kenapa tak sampai-sampai lagi, kusssssssssssss semangat! takut acik nak jawab...

Sampai-sampai teruslah semua menyerang pokok krismas.
Keisha asik la tarik tarik yang bulat tu. Takut aku tetiba pokok krismas tumbang disebabkan anak aku. Dah la lampu sana sini, yang dia dok cucuk-cucuk lampu tu. Kang kena zzzzzzzz baru tahu anak, bahaya!!!

Keisha dengan baju krismasnya.
TQ oma... dah macam pokok bergerak aku tengok anak aku.

Auntie Molly.
Anak yang sulong dari adik beradik daddy. Duduk di singapore dan bercoti beraya disini.
24Dec birthday auntie Molly, jadiknya kita sambut sekali birthday auntie molly yang ke teeeeeeeeeeeeetttttt... Tak salah aku dah nak masuk 70 kot! yeke?

Daddy, memanjanggggggggg cakap kat telepon.

Gambar bersama-sama
Yes, aku nampak tinggi dari leena, walaupun pada hakikatnya aku adalah lebih pendek. tsk tsk tsk...

Turkey
Aku cop kepak! kepak aku suka. Tak banyak daging.

Begedil, tapi inti dia ikan. Entah apa nak dipanggil.
Tapi sedap, aku makan sampai 4 kot, hahahaha...

Meriah dengan makanan.
Tak lama lepas tu, spagethi pulak sampai, yang tu aku tak amik gambar, tapi aku makan... rugi tak makan. nyumssss...

Budak budak main belon kat luar. Rumah auntie asmie ni besar. Rumah lama kan besar, tak macam rumah skang, harga je besar... tapi kocik nak mampuih!

Aku rasa setelah 3 tahun aku kawin dengan ciput, baru skang aku dapat hapal semua nama dorang. Kalau tak, asyik la nak tanya. B auntie molly yang mana satu B, auntie tet tet *tak ingat la tu cakap tet tet HAHA* yang mana pula.

Dah tu, belah aku senang ajer kan.
Ayah cik, ayah coo, makngah, emak... takde sebut-sebut nama.

Kemain susah nak dapat bergambar dengan keisha nie haaaaaaaaa...
Dia nak main ajer. Kita dukung terus lembikkan badan nak turun bawah.

So kami lepak sampai ke petang la. Sempat la jeppa and leena tidur-tiduran dulu. Aku tak tido ye, aku sibuk makan ajer...

Bergambar sebelum pulang.
Keisha dah merampus nak susu. Dia dah mengantuk sesangat!

4 orang, tak cukup lagi 2...


Dan gambar gediks kami, mengakhiri entry ini.
Adios...

Selamat bercuti panjang!

Love: Ceera =P

10 LoveGreen:

Miss Ff said... [Reply to Comments]

Selama ni sy ingtkan ciput ni anak mami

Reena said... [Reply to Comments]

hsband akk mualaf ye??..besnye mcm ni...huhhu

Princess Nur said... [Reply to Comments]

wah..best kawin campo ni yer..meriah time2 raya gini.. :)

ceera said... [Reply to Comments]

@Miss Ff:hiks, bukan lah...

ceera said... [Reply to Comments]

@Reena:bukan husband saya, tapi bapak dia yang mualaf

Nana said... [Reply to Comments]

wah beznye kan dapat merasa sambut perayaan lain selain raya.
xpenah merasa..
bez je klw tgk ada kwn2 blogger sambut CNY la deepavali la bila ada yg kawen campo2 gini

juelee said... [Reply to Comments]

best ko ye dapat celebrate kismas sama2 hehe sonokkan kawen campor gini?

keisha sangat comel ngan baju tu.. hikhik

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

wah kelas ko.. lama dah tak makan ayam turkey semua tu.. laki aku campur gak.. campur jawa.. muahah..

Irnie Rinawaty said... [Reply to Comments]

wa..best.best.:)

cik nur said... [Reply to Comments]

hurm betul gak kan kalo kawin campur nie seronok jgak yer..

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998