Instagram

Tujuan nakal ke AIM

Sebelum itu, assalamualaikum B, tumpang lalu... *jalan sambil menunduk*

Nuffnang kasik tiket ke AIM last minit. Last minit jugak la aku mencari orang untuk meneman. Kalau ajak ciput kang sapa mahu jaga keisha. Kesian mama, takkan nak mengharapkan kat dia ajer kan. Lagipun ciput bukan layan sangat artis malaysia. Dia kan perasan international, eh...

Sebelum dapat tiket, aku tak amik tahu langsung pasal AIM.
Dah tua-tua begini, hal ehwal dunia artis memang bo layan sikit. Melodi pun aku dah tak layan okey, ini kan pulak dengan semua ini. Dunia ni dunia, haha...

Kalau dah dapat tiket free, kenapa mahu dilepaskan. Lagipun dah lama tinggalkan zaman duniawi nie. Sekali sekala imbau kembali apa salahnya... jadi aku pun tekan button merah kat astro ria sebab nak tengok sapa tercalon, sekali hoi tam spider tercalon kat vocal lelaki terbaik. Ni mesti mamat nie pergi nie, yes yes... boleh la jumpa kalau terjumpa.


Arghhh ko tak tahu ke? aku suka tam dari dulu sehingga selamanya, gitu...
Ye aku baru bagitau...
Jadi yang kertu tu aku cop dulu ye. Korang cop la yang muda-muda sekarang... haip haip, no no no... takmo kongsi-kongsi...


Simple je malam tu sebab weols penonton je pon. Bukan artis. Kalau artis, adakah ko akan pakai baju begini pergi AIM?? tak pasal-pasal masuk dalam fashion police. Kuasa mak tau...

Bergambar di tepi blue carpet. Saja nak tengok artis mana yang belum lalu. Masa nie baru jam 815. Walaupon dengan harapan, mintak-mintak tam spider belum lalu. Boleh juga aku usha dari jauh.

Amy search.
Penat aku jerit, dia taknak pandang aku pon. Amboi abang amy, jangan sampai saya sentap...

Jehan miskin, eh ko ni... AIM ko pun ada... penyanyi ke ko?

Dan ehemmmmmmmmmmm
Ahkak debor okey, debor gegila punye. Macam baru lepas buat larian 100meter...

Sebelum lalu kat sini, dia tunggu turn dengan beratur di tepi. Ya ampunnnnnnnnnnn sebelah aku je pon. Masa aku perasan tu, terus zassssssssss darah menyirap ke kepala...

Eh tam wey, tu tam..
Pergi la tegur..
malu!!! aku cantik tak?
cantik je, pergi la tegur..
eeeeeeee taknak la malu....

Dan tetiba kak maya call, hahaha...
Dari kelam kabut terus menjadi lebih kelam kabut.

Belum sempat apa-apa tam pun lalu di blue carpet, arghhhhhhhhhhh
dan sampai sekarang gua menyesal sebab tak tegur, hoi sengal betul. Kalau tak boleh posing cantik dah dengan dia...

Gambar dulu-dulu
Motip nak letak sini? mengimbau kenangan lalu.. pui
Gambar pertama aku amik dengan dia, dan banyak lagi gambar seterusnya. Malas nak korek, entah mana aku simpan. Dulu siap buat wallpaper kat pc kot. Hari2 tengok lepas tu angau. Sengal punye perempuan.

Tumpang lalu sekali lagi ye B, hahaha...

Masuk dalam dewan...
Lampu biru, sakit mata...

Bersama kakakku...
Saya nampak ganaz tak pakai baju rimau nie, auwmmmmmmmmmmm....

Tidak berapa nak jauh dari pentas. Dapat nampak semuaaaaaaaaaaaaaa...

Pentas AIM.

Anuar zain yang menang dah mengalahkan tam, cissss... nasib baik kalah di tangan abang nuar, kalau kalah dengan orang lain!!! *tarik rambut*

Oh AIM malam tu sangat best.
Cuma aku nie kan dah kertu, bila artis baru dan lagu baru aku agak blur sikit. Tak berapa nak kenal. Sebbaik penyanyi pembuka tirai aku kenal, kahkahkah...

Paling best bila dah hujung-hujung. Yang izad, mega, zamani nyanyi tu. Betul-betul mengimbau zaman dolu. Itu baru zaman kitorang, masa dia nyanyi kitorang pun nyanyi sama-sama. Best gila.. dan hazama and ella pun best jugak. Rasa nak meloncat-loncat sekali tengok dia menyanyi. Nak nak ella macam dah jarang buat persembahan kat tv. So bila dia muncul, ahkak suka ahkak sukaaaaaaaaaa...

Habis jam 1130. Elok habis bergambar kejap. Actually melayan kathy bergambar dan terus pulang ke pangkal jalan...

Kitorang tak drive. Tumpang abangdak. So abangdak hantar aku and kathy kat rumah aku, dan kathy pun pulang dari situ. Itu pun sampai rumah aku dah jam 12.30. Entah pukul berapalah pompuan tu sampai kat rumah...

Yang pasti bila sampai, keisha dah tido lena. Ciput and mama belum tido. Aku washup buat apa2 yang patut dan terus terbongkak tido sebelah keisha. Hug keisha ketat-ketat sebab rindu sangat kat dia...

Love: Ceera =P

22 LoveGreen:

Cik Eka said...

minat abg tam yerrr..

hihihi...

AIM ni boleh la layan..suka part yg zamani,lepastu rahmad mega kot dgn sapa ke lagi nyanyi lagu dulu2 yg kalo karok musti pilih lagu2 tu..

best best..hehehe

MARIA LIZA said...

Wah u pun pegi gaks...I pun pegi gaks...I lah yang kena soal masa commercial break namakan 3 org artis yang dapat title Dato tu...Memang bestkan...
http://luvilmi.blogspot.com/2011/11/we-are-on-live-for-aim-18.html

pRincESs_N said...

serono nye beb dpt g AIM...

sweethOneY said...

Setujukkkkkkk masa part zamani tu semua adalah super best !! Semua stok lagu karok tu

ﮐذﻣﯥﺮﺍﭬﮐﺎﺮ said...

wahhhh.. best2...

kathy jem said...

Haa kan dh nyesal tk ngi tegur abng tam ko tu..huhu

Hazman said...

hurmmm.... i pegi gak tapi dapat tix dari astro duk kat arena bawah tue...uols lepas ngan cik lily putih kan.... ;-p

pizet said...

betul la artis skrang byk x kenal dah

Yan said...

seronoknya...

kenapalah tak p tegur..

Suzila said...

Alohahha....sikitnyer gambo.sob..sob.sobbb.

Delicious-Cuppies said...

wee... dpt pergi AIM... bestnyer!

ceera said...

maria,
ohhh u ke?
dekat sangat dah u duduk dengan tam, hahaha...

NenetPenne (NP) said...

kalau tempat2 mcm ni kalau kita tengok artis rasa mcm wahhhh hebatnya walhal kalau terserempak kat luar buat mcm tak kesah pun... kadang2 ada artis lalu sebelah bahu pun buat2 tak reti... mcm i terserempak dgn anuar zain dan rem kat uncle lim subang parade, boleh buat tak reti jer walhal kalau jumpa kat occassion,kemain ribut nak bergambar...

cik nur said...

hurm kak nur pun suka abg tam nie jgak uhuk uhuk cuma suka tgk la hahaha :)

shah said...

wallawey

Munnafendy said...

syoknya dpt pergi....tp me pun xlyn sgt retis2 ni..hehe

Just.wanie said...

hishhhh ... cantiknyer kathy ..

bangsawan nilai said...

dlm banyak2, tam spider jgk yg nko minat...hi hi

Mya said...

alamak..
sorry akak kacau moments awak dgn tam. :-p

anyway tq for the tickets ya..

ceera said...

Mya;
takpe la kak. kalau akak tak call pun saya mesti tak tegur dia.

MARIA LIZA said...

Ceera: memang dah dkt sgt toleh belkg je dah nampak dia...Depan Maria tu Ziana Zain tapikan tak sempat nak bergambar pun dgn die sebab takutlah kacau privacy die dgn Hubby die tu...

Zura Baharudin said...

oh minat tam ghupenye...

hahaha dia duk kat area umah Zura.. selalu jer jumpa dia.. *saje nak bg ko jeles Ceera.... ko ade??*


hahahahhahha

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998