Dalam adik beradik tak semuanya yang wangi.
Contoh, kalau ada 9 orang adik beradik, mungkin ada seorang yang busuk. Tapi yang busuk tu mungkin dia wangi tang lain. Dan mungkin yang 8 lagi yang wangi itu, ada busuk tang lain.
Macam dalam family aku.
Alhamdulillah, kitorang nie jenis yang happy go lucky. Jenis bersatu padu.
Jenis yang tak berkira walaupun kadang-kadang, ada jugak yang tak puas hati dengan masing-masing.
Contoh, aku tak puas hati dengan ko, aku mengumpat ko dengan si dia. Aku tak puas hati dengan dia, aku mengumpat dia dengan ko. dia tak puas hati dengan aku, dia mengumpat aku dengan ko. Pastu masing-masing cuba menangkan orang yang diumpat, cuba untuk cari yang positive.
Pernah aku dengar kat radio Era.
Ada sorang caller tu call Aznil. Dia (perempuan) luahkan rasa tak puas hati dia bila abang dia tak pernah nak amik tahu pasal emak mereka. Kira dah la ko tu ANAK LELAKI, tanggungjawab dah tentu-tentu kat ko. Tapi nak jenguk emak pun ko taknak, apatah lagi nak keluarkan duit untuk emak. Jadi si perempuan ni katalah yang semua dia kena uruskan. Dia tak kisah... cuma dia geram kenapa abang dia macam tu... kesian kat emak dia katanya...
Dan aku sangat tertarik dengan jawapan aznil.
Aznil cakap.
Sebab tu Allah letakkan awak kat dalam family tu. Awak biarkan ajer abang awak, jangan fikirkan sangat hal dia. Selagi emak awak hidup, selagi tu la awak cuba untuk berbakti dengan emak awak.
Pendek dan cukup bermakna!!!
Bila pikir balik, ye juga cakap Aznil. Semua yang terjadi ada sebabnya.
Dan bila aku pikir kewujudan aku dalam family aku.
Dulu aku ala-ala durhaka gitu, cepat sentap, cepat panas baran, ikut kepala sendiri, nak buat apa pun tak pikir orang lain, yang penting diri sendiri happy.
Tapi sekarang aku cuba untuk menjadi anak yang lebih baik. Cuba untuk pikir apa-apa pun kena family dulu. Dan wpon aku jarang balik, tapi setiap kali balik, cuba taknak menyusahkan emak dan abah. Cuba buat mereka happy, cuba untuk sentiasa berborak dengan mereka, cuba untuk tidak buat sepah, hehe... dan yang pasti masih banyak lagi yang kurang. *ini aku mengaku*
jadik untuk adik beradik yang lain, ini aku nak pesan. *eceh, gaya nak pesan macam bagus sangat!*
kalau balik rumah emak tu jangan la selalu buat sepah, sebab korang pun bukan rajin sangat nak kemas balik kan?
dah makan, reti-reti basuh balik.
dah sepahkan lantai, reti-reti sapu balik.
dah teraburkan hall, reti reti kemas balik.
pampers anak, reti-reti pergi buang.
pendek kata, sila reti reti dan ringan tulang!
Aku mungkin wangi tang mengemas, tapi agak busuk tang memasak dan mungkin juga busuk tang lain. =P
okbai.
Love: Ceera =P
JJCM : The Loaf
-
Eh entry jalan jalan cari makan lagi.
Kebetulan, last week aku makan tempat tempat baru. Jadi marilah kita over
sikit ambil gambar. Boleh jugak share kat bl...
10 hours ago


15 LoveGreen:
Gitulah adik beradik ni. Bila hidu yang wangi, kena telan yang busuk jugak. Terima kelebihan dan kelemahan adik-beradik.
*Setuju bab kemas balik tu. Sebab selalu anak bongsu ni yang kena kemas balik. Hehehe
comel pesanan tu ceera sbb mmg betul kadang² kita lupa . lupa yg kita byk kurang ;-))
Owh...aku pikir story pasal kentut lagi.kahkahkah
betul, betul, betul..apa2 pun dalam famili mesti ada yg wangi & busuk..barulah saling melengkapi antara satu sama lain..
kalu tadek wangi tadek busukk. hidup tak cooll. hahah
agree sangat dengan post ni..adik beradik memang macam tu kan, ada busuk ada wangi :)
and tersentuh jugak dengan apa yang Aznil cakap tu, sebab kadang2 (selalu sebenarnya :p) mesti tak puas hati yang dia ni buat kurang, kita buat lebih kat rumah..tapi sekarang baru la faham kan. masing2 lain2.
good ceera good
kalau balik rumah emak tu, pandai2lah buat apa yang patut..jangan harap orang lain akan buat untuk kita
lebih2 lagi jangan harapkan mak yang tua tu untuk kemaskan hall, kemas bilik, buang pampers cucunya dan basuh pinggan mangkuk yang kita guna atau anak kita guna atau laki kita guna ....kasihanilah dia...
kalau tak nak fikirkan pasal hati adik beradik, fikirlah pasal hati mak... buatlah tu semua kerana kita sayangkan mak kita
n3 ceera ni teringat ttg me and ipar2. betul la kata aznil tu tapi...akak ni menantu..patut2 anak2 yang lebihkan mak bapak dorang..ni tak..esp bab makan, kalau mak depa masak, berhimpun balik rumah mak, makan kenyang2. kalau mak tak masak (penat atau sakit), sorang tak kisah nak jenguk, nak bawak makanan kat depa pun jauh sekali! ..
pesanan khidmat msyrkt yg sgt dlm maknanya.. well.. sdgkan lidah lg t'geget, inikan plak adik-b'adik kan.. kene belajar menerima kekurangan & kelebihan memasing la..
bagus la entry ceera nih ...akak suka .
And utk mengaku kelemahan diri sendiri itu adalah something yg sangat wangi ....
moga ceera bertambah wangi in da future hikssssssssss
setuju sangat..bak kata org dlm setandan pisang tak semua bagus,mesti ada yg buruk
betul ceera..kita semua ade kekurangan dan kelebihan..sedangkan dengan org yang tiada ikatan persaudaraan pon kadang kala rasa tak puas hati ini kan pula adik beradik..hmm..ape yang ceera tuliskan mengigatkan saya utk ikhlas dalam segala bantuan dan perlakuaan saya pada mak dan abah..hmm..biarkan la adik beradik kita..doakan mereka pon cepat sedar akan tanggungjawab mereka juga..kita lunaskan tanggungjawab kita sebagai seorg anak sehabis baik dan ikhlas..emak dan abah tak dapat dicari ganti di dunia ini.
btol la tuh..
kdg2 kita yg blk kg jrg2 ni...mak kdg2 mengadu...
(cth)semlm kakak ko dtg..ckp nk mkn sini..tp mak yg penat masak..dorg dtg mkn..pastu blk...mak kita mungkin tak terluah ape yg tak puas hati kt anak2 kan..cuma kdg2 terckp jugak..tu mungkin bleh wat mak kecik ati..kita sbg anak...kena la pandai2 berpakat adik beradik utk menyenangkan ati mak
hmm..adik beradik memang mmacam tu..actually kita kena redha ja..sebab kalau Allah semua orang sama ja perangai pon payah jugak..macam makan rojak...kalau semua timun jer..or sengkuang jer..mana na sedap kan..hehe..
hahah..serupalah ngan aku. bab masak memang selalu terburuk. :( tapi aku memang cepat untuk mengemas bila ada yang bersepah! tengok. ceh. :P
Post a Comment
Love U, =P