Memperkenalkan, sofiya az-zahra. *kalau betul ejaan namanya*
Muka comel, macam telur.
Anak ke empat uncle and auntie. Dan adik bongsu kepada babil.
Cukup berpasang-pasang, 2 lelaki dan 2 perempuan.
Lahir jam 4.30pagi hari Khamis, berat 3.2kg.
Cerita dia begini..
Malam tu aku dengan keisha tido awal, ciput tengok bola kot, so dia tido lambat.
Dalam jam 1 pagi baru ciput masuk tido, elok mamat tu dah tido sepoloh minit, tetiba uncle call bagitau dalam 15 minit dia sampai rumah nak hantar anak-anak sebab auntie dah sakit nak beranak.
Dalam jam 130 semua pun dah terpacak kat depan rumah.
Time ni aku masih ralit tido. Perasan jugak ciput macam terkocoh-kocoh, tapi aku biarkan ajer. Aku ingat dia dah lambat nak pergi keja, tapi kelam kabut dia tu lain macam, sebab kalau lambat gi kerja pun mamat nie mana pernah kelam kabut, rileks ajer.
Terus aku tanya:
pehal lu???
Uncle hantar budak-budak kat sini, auntie dah sakit nak bersalin
Ohhh yeke??? B nak carik apa?
Comforter mana?
Bilik sebelah la, atas lemari.
Yeke? hehehe... B dah takleh nak pikir dah.
Terus aku sambung tido, haha.. keji gile.
Tapi tak dapat nak tido lena sebab alif menangis. Papa, papa, papa...
Aku pun keluar jenguk. Tengok babil tengah dukung alif kasik reda menangis.
Nak gelak aku tengok babil jaga adik dia. Pastu aku pulak angkat alif, tapi menambahkan dia menangis ada. Sebab dia tak berapa nak kenal kan, tu yang dia cuak tu buka-buka mata tengok kat tempat lain, pastu papa takde mama takde, nampak pulak strangers. Last-last ciput suruh babil baring je tido, biar adik dia menangis sampai penat. Ciput larik keluar, tup tup alif tido berpelukan dengan babil.
Rugi tak snap gambar.
Kitorang sampai hari ni dok gelakkan kejadian malam tu. Sebab babil siap menangis tengok adik dia menangis, hahaha.. lawak gila.
Tapi terkejut jugak ah, bila besok pagi tu bangun tanya ciput auntie dah bersalin ke belum, ciput bagitau jam 4.30 auntie dah bersalin. Cepat gila kot.
Sampai HUKM jam 2.30, jam 4:30 dah bersalin. Itu pun kena tunggu wad biasa sebab bilik bersalin dah penuh. Nasib boleh tunggu, buatnya terberanak kat dalam wad macam dia terberanakkan si aliff dulu...
Kagum betul auntie aku nie senang beranak...
Pastu tengahari dah boleh keluar.
Mak ok, anak ok keluar la, buat apa nak duduk hospital lama-lama ye tak.
So petang tu kitorang datang tengok baby. Hantar sekali babil and aishah balik sebab dorang dah bising-bising kat rumah nak tengok mama...
Alif and keisha.
Masa ni alif tak perasan pun mama dia dah ada baby baru. Dia masih seronok bermain.
Lagipun alif nie rapat dengan papa. Sikit-sikit nak papa, makan semua nak papa.
Main kuda-kuda...
Sebelum maghrib mintak diri untuk pulang.
Singgah kejap kat taman bukit jalil.
Jom singgah taman nak?
Taman mana?
Taman depan nie la.. boleh imbas kenangan lama.
Kenangan lama???
Ye la, kita kan pernah jalan-jalan taman ni, ayang tak ingat ke?
Pernah meh?? yeke??? mana ada la???
Ye la... masa lepas matrik dulu.
Entah-entah B dengan perempuan lain kot.
Mana ada, ayang sorang je yang rajin berpanas-panasan dengan B, yang lain manja.
Aku ingat lagi dulu aku dengan ciput boleh berjalan kaki dari ampang park ke ampang point. Siap aku pakai skirt kasut tinggi lagi, dengan panas teriknya. Tapi takpe, demi chinta.... sanggup je jalan jauh mana pun, hahahaha....
Anak beranak bercangkuk...
Nak tengok tortoise.
Tasik ni kecik je. Tapi aku kagum kat sorang minah nie. Sepanjang weols berjalan seround, dia dah joging 5 round tanpa henti, siap tak berpeluh okey. Rambut maintain cun. Lepas tu jog dia sekata, tak slow, kalau laju begitu memang laju begitu la sampai kesudah, perghhhhhhhhhhhhhhhhh... patut badan cantik. Jeles mak.
Yang aku nie, dari hari tu nak berazam nak jogging, tapi tak juga jog-jog sampai ke hari ni. Hari tu ada la sekali, itu pun jog sambil bawak anak, apa kehalnya kan....
Walau macam mana sekali pun, pasti akan jog seminggu berturut-turut sebab krisis akhir 20an aku adalah nak menaiki gunung!!!!
Love: Ceera =P
Cuci cuci
-
Dah berapa lama korang tak cuci rumah?
Cuci yang betul-betul cuci punya la. Dengan tingkap bagai semua?
Saya dah lamaaaaa sangat tak cuci rumah. Sejak darip...
16 hours ago

8 LoveGreen:
badan ceera maintain cantiklah..geram akk
Menaiki gunung??bukan mendaki gunung ker?hahhahaha *just kidding*
jalan kaki dari ampang park ke ampang point?
gila gigih!
muke aliff tu mcm pompuan la beb..igtkn pompuan...
ceera xyah jog pn xpe dah.dh selim gile tu jeles org kt cni huhu
alahaiiii comel sgttt !!!
nak tengok gambar minah tu.. apsal tak ambil gambar dia?? kenenkan le kat den.. heheheh
Zoolligakampung
alif tu nampak girlish! esp tang mata. comel!
Post a Comment
Love U, =P