Koleksi Gambar

Mengambil angin sejuk di Genting Highland

Masa kat janda baik hari tu. Seminggu sebelum nak ke janda baik, aku dah plan baik punye konon-konon nak lepak semalam kat sana. Kira aku pergi sana naik bus. Nanti ciput dengan keisha datang kendian lepas aku habis event. Tapi bawak la mama sekali, boleh tengok-tengokkan keisha masa otw ke sana. Tidak la mereka berdua ajer. Engko gila... Tak dapat aku bayangkan kalau ciput berdua ajer dengan keisha dari KL ke Janda baik, boleh bikin stress kot. Aku berdua dengan Keisha nak ke Shah Alam pun dah stress ini kan pulak nak ke Janda Baik. Keisha tu kalau lebih setengah jam dalam kereta, mula la dia start membosan lalu meroyan... scariehhhh....

So, masa kat event tu, tetiba aku menukar idea taknak lepak kat Janda Baik.
Alang2 di sini, apa kata kita naik Genting terus...
Call ciput bagitau idea yang bernas itu.
Dah la masa tu hari Sabtu, agak susah kot nak carik bilik yang kosong. Kat atas memang full house, kat bawah tak syiok. Last choice kat Hotel Sri Malaysia. Ok la, tak atas sangat tak bawah sangat. Datang-datang dia kata ada bilik kosong, cun cun pulak bilik tu adal king size and single bed... =)

Naik atas kejap amik angin malam.
Mama tak follow, dia ngantuk. Keisha nie pun mengantuk, tapi kitorang harung jugak bawak dia.

Masa ni pun dah pukul 10. Kedai semua dah nak tutup. Outdoor pun dah tutup.

Keisha dalam mood kekaguman tengok ketapi sana sini...
=)
Tunggu keisha besar sikit, kita bawak lagi dia naik sini dan main mainan yang ada. Now tak payah lagi, sebab macam leceh.

Besok pagi jam 7 ahkak dah bangun. Mengantuk kot.
Keisha skang dah bangun awal. Kul 7 dah bangun. Arghhh stress mak!

Saya kat genting, bukan di Cameron.
Baru ku tahu, di genting pun ada taman strawberry. Ko tahu???

Makanya, ini la aktiviti kita pagi ini. Berjalan-jalan di taman strawberry.
Masuk adalah percuma, apa lagi!!!

Sebijik sebijan macam di cameran.
Siap boleh petik sendiri, 100gm RM5hinggit.

Lawak kot keisha. Atas meletop2, sekali seluar... pakai seluar tido daaaa.
Aku tak bawak seluar panjang yang de vas... dah tu konon-konon kan nak tido janda baik. Tu yang bawak skirt memanjang. Dan ikut hati aku memang nak pakaikan dia skirt ajer. Minah tu bukan tahu sejuk. Lagi sejuk dia suka. Tapi mama suruh gak pakaikan seluar panjang. Jangan durhaka, ikut saja... makanya, itu la jadiknya...

Tu diaaaaaaa makcik strawberry busy memetik strawberry. Jangan dipegang bakulnya. Nanti dia marah. Pegang dia pun tak boleh, apatah lagi pegang bakul. Sombong oh...

Ko tengok la cara dia berjalan. Sungguh maqciq.

Gigih anak mummy petik strawberry. Gigih jugak angkat bakul strawberry itu. Tak berat ke nak??

Semuanya RM16.50.
Ok la untuk di bawa pulang...
Taman strawberry nie belakang Hotel Sri Malaysia...

Sarang tebuan.

Aku beli untuk aku, tapi dia pulak melebih-lebih makan icecream nie.
Mula-mula ku biarkan juga, lama-lama ku rampas. Dah tinggal suku je untuk mummy, over sungguh!

Pokok yang pelik tapi benar.

Buah markisa yang berjuntai-juntai banyaknya.
Kagum kejap aku tengok. Dalam hati, kalau ahso sebelah rumah tengok nie, compom nangis... *ahso sebelah rumah memang suka menanam*

Cekak yang dibeli di sana...

Petik sendiri yoooooooooo...

Cendawan juga ada...

Sayang menyayang...

Dah gembira-gembira di taman, mari pulang ke bilik dahulu untuk kemas apa-apa yang patut. Mahu checkout dan selepas itu naik sekejap di atas untuk lunch.

Makan di kenny rogers. Tapi ayam dia kecik, tak aci! selalu kalau makan, mampos muok nak habiskan ayam, ini baru makan eh eh dah nak abis. Ko guna ayam ke burung nie??? kecik bebenor la haiiiiiiiiiiiiiiii... tak puas iols makan tau!

Keisha dan daddy...

Kelas mama buat pout...

Ok itu ajer kisah kami di Genting. Pagi tu memang sejuk. Sampai ke tengahari la sejuk. Dia punye kabus, tebal!!! sampai ko berjalan pun dalam kabus, hebat bukan. Memang masa yang tepat naik genting.

Pastu ciput cakap, no more genting after this. Erk...

Love: Ceera =P

16 LoveGreen:

S Y A M I R A said... [Reply to Comments]

; Salam . saya suka tgk gambaq cikceera with family .. semua comel2 .. seronok tgk dah ada keluarga sndiri and ada anak cute :D

AYuNG said... [Reply to Comments]

hamboihhh keisha, comel jer dia petik setoberi tuh sendiri..:)

Unaizah a.k.a unai said... [Reply to Comments]

rajin keisha petik2 buah!!..cuteee sesangattt!!!

ღ p!nk veLvet ღ said... [Reply to Comments]

comei je keisha, geram tgk, huhu~

eh btw ... berkenan betoi dgn seluar ceera tu :)

cik gObu said... [Reply to Comments]

dh semakin bijak anak dara mu ini
comel plak tu

cahya indah said... [Reply to Comments]

first time tau kat Genting ada Strawberry jugak..

eisyaawie said... [Reply to Comments]

saya tau kat genting ada taman strawberry bila anak2 sy tengok crita ekopedia kat 611...

lain kali nak g gak laaa...

Khalisa Ridzuan said... [Reply to Comments]

ok rs nk g genting skrgggggggggggggg.dlu masa kat UM i ade kuota iaitu setahun skali mst naik genting.ni dh 2011.dh 2 tahun tak naik genting.sobs.jelesssssssssss

Tny said... [Reply to Comments]

Cayalah mama buat pout! =)Bestnya, MIL pun sporting... best!3x.. =)

aSmiDar said... [Reply to Comments]

stedy keisya petik stoberi..huhu

Suzila said... [Reply to Comments]

Hehehehe awatnya no more genting???rugi oooo xlepak sana ;)

Emm tetiba got idea mau ke genting cuma...,tau bile.

Keyyah said... [Reply to Comments]

suka dtg blog ni sbb nk tgk keisha..hehe comeil sgt....

ehem 1st time komen kt blog ceera, padahal pengunjung ttp dr 2009, dr sblm adanya keisha...thanks semua tutorial :)

syanasaid said... [Reply to Comments]

aku nampak ko mkn kt kenny rogers
mau tegor tp segan nk kacau uols makan2
pastu nyesal sbb nak sgt jumpa keisha secara live

ceera said... [Reply to Comments]

syanasaid;
yeke, malu. nasib baik tak tegur, dabel malu, hahaha

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

aku br plan nk nek genting ujung thn...plan laa baru..sume tmpt pon nk pigi..hiks

cik nur said... [Reply to Comments]

hahah biasa la kak ceera oi skang nie semua mcm tuh tak harga naik makanan makin sikit atau kecik :)

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998