Hari Sabtu adalah hari untuk ke Janda Baik. WahoOoo...
Excited lebih ni, sebab dah lama tak ke sana. Lupa dah rupa bentuk Janda Baik. Yang ku tahu ada sungai yang jernih airnya.
Tujuan ke sana adalah untuk event Ibu dan Anak.
Berkenaan dengan kanser serviks.
Tapi yang tu nanti aku cerita dengan lebih lanjut bila tiba gambarnya. Tapi sekarang kita cerita the whole event yang sangat happening dan fun...
Dah lama takde event yang fun macam nie.
Bloggers dan readers berkumpul di Blu Inc Media seawal jam 8 pagi.
Naik bus untuk ke Janda Baik.
Aku jam 7.45am dah terpacak kat sini. Sebab ciput ada bola jam 8 di shah alam, tu dia hantar aku awal-awal kat PJ nie haaa. Itu pun membebel-bebel dia kat rumah bila aku lambat. Chill la bro, lu nak awal sangat apa pasal, lu langsi ahhh sama wa, wa kick baru tau...
Kul 8.30am baru dapat naik bus. Sobs..
Dah memang dalam itinerary katanya jam 830 baru bertolak ke Janda Baik, menangis la ko kejap menunggu sampai sejam disitu.
Tapi jemah lagi hebat. Dia jam 7 dah terpacak kat sana, kahkahkah...
Kakak-kakakku juga ada...
Akak dan kaklang. Mereka guest kami berdua la.. sambil bawak anak memasing.
Sampai janda baik jam 10 tepat.
Pastu berjalan kaki lebih kurang 400meter ke Aman rimba sebab bus tak boleh masuk dalam. Fuhhhhhhh penat okey. Kurus kejap jalan jauh begini..
Bloggers yang join sekali.
Berhenti kejap amik gambar. Konon view cantik, tapi tak nampak view pun, nampak kami ajer ado...
Masa berjalan kaki tu, lapar tak terhingga okey. Siap berdoa, mintak-mintak bila sampai aman rimba, makanan tersergam indah sudah tersedia. Aku siap bayangkan nasik lemak...
Dan yahoOoooo...
Memang ada nasik lemak. Suke ahkak...
Terus kaut nasik lemak...
Kuih koci juga menawan.
Bismillah....
Satu meja dengan kakakku dan jugak anak buah ku.
Lepas makan, aktiviti pun bermula.
Aktiviti pertama ada treasure hunt.
Dia pecah-pecahkan group kepada 5 dan aku and jemah group biru...
Satu group ada dalam 8 orang.
Pastu diberi lebih kurang 10 tasks untuk disetelkan dalam masa satu jam.
Task pertama adalah mencari pokok dan amik gambar.
Wahhh senang ajer.. =P
Ni group aku.
3 Bloggers iaitu aku, jemah dan kak ina. Yang 6 lagi adalah ibu dan anak.
Kitorang kena carik lebih kurang 7 pokok. Jumpa 5, 2 lagi tak jumpa. Tapi masih gigih mencari, padahal skip pon boleh untuk amik task ke dua. Tapi masing-masing blur kan, setelkan task 1 sampai setengah jam, hahaha...
Bila facilitator tanya, ok nak skip...
Pastu kitorang tanya, eh boleh skip??? hahahaha...
Adoilaaaaaaaaaaa...
Berpanas-panasan.
Sebbaik aku bawak cap. Bijak pulak rasanya.
Task kedua...
A4 Paper, ko kena jadikan bulat untuk masukkan dua orang dalam tu.
Wahhh susahnyaaaaaaaa....
Setelah beberapa minit berpikir. Baru terpikir nak potong a4 jadik bulat-bulat. Hahaha...
Task ke 3, carik symbol cancer serviks di tempat ini. Macam orang gila carik, tapi tak jumpa. Last team carik, memang la tak jumpa. Last2, skip.
Task ke4
Keyword dia... AR150
Pecah kepala pikir, apa daaaaaaaaaaaaaaaa AR150...
Rupanya ini daaaaaa... weols dah ala-ala Numbers dah, kot-kot AR150 tu code tersirat yang mendalam ke kan, rupanya!!! but still code tersirat nie.... Lolah masing2 berlari sampai 150meter sebab nak cari clue yang baru.
Sabar ajer la mak incik....
Task ke 5 tak sempat nak buat sebab dah kehabisan masa...
Mesti dapat no last ni, nasib nasib...
Tapi takpe, kitorang happy ajer. Menang bukan lah penting sangat, yang penting semangat pasukan tu... =) *ayat orang kalah.
Ok dah masuk part penting dalam event ini.
Sila bagi aku 5minit untuk bebelan info yang penting ini ye...
Macam aku cakap tadi. Event ni khas untuk ibu dan anak. Dah nama program ni pun "Mums and daughter create memories in the great outdoors" apa lagi ko pikir. Dalam berhappy-happy terselit juga la sedikit info yang perlu dititikberatkan oleh anak dan juga ibu. Bukan saja mereka, malah kita semua yang bergelar wanita....
Kanser serviks...
Aku rasa semua wanita pun seriau kalau dengar tentang kanser serviks..
Apa itu kanser serviks???
Kanser serviks terjadi di bahagian serviks . Dan kanser serviks adalah kanser ketiga paling biasa dijangkiti di kalangan wanita di Malaysia. Dan setiap tahun, hampir 2,126 wanita tempatan dikenal pasti menghidap kanser serviks dan dianggarkan seramai 631 wanita meninggal dunia akibat kanser ini. Scary!!!
Ia berlaku dari hujung pangkal rahim hingga ke rahim.
Kanser serviks disebabkan oleh virus human papilomavirus atau HPV. Terdapat 100 jenis HPV. Dan lebih kurang 15 jenis HPV yang boleh menyebabkan kanser serviks. Dan daripada 15 jenis HPV ini, 80% daripada kanser serviks disebabkan oleh jenis 16, 18, 45 da 31. Ok bab number ni tak perlu cerita sangat, sebab aku pun tak berapa nak paham.
Biasanya, virus ini mudah dijangkiti melalui kulit ke kulit di dalam bahagian kelamin. Dan tidak semestinya melalui seks. Dan bila ia dijangkiti, kita tak mungkin akan menunjukkan apa-apa simptom untuk beberapa tahun yang pertama, Kerana jangkitan akan mengambil masa dan berpotensi menjadi kanser selepas 10 hingga 15 tahun.
Faktor-faktor risiko terjadinya kanser serviks.
- Hubungan seks pada usia muda.
- Wanita yang merokok
- Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.
- Wanita yang tidak menjalani ujian pap smear.
Dan ini tanda-tanda awal kanser serviks.
- Terdapat lelehan ataupun pendarahan yang luar biasa di rahim.
- Sakit selepas bersama.
- Turun berat badan
Ada 3 doses yang perlu di ambil oleh teenagers di bahagian lengan dalam tempoh 6 bulan.
Tak salah aku, sekarang sekolah pun dah beri vaksin percuma kan???
Apa lagi, kasik injet la satu kali. =)
The MMA HPV Vaccination program untuk Teens akan berlangsung dari 1st March hingga 31 December 2011. So sapa yang ada anak remaja, boleh la dapatkan vaksin yang berdekatan dengan klinik masing-masing. Lebih 500 klinik yang boleh anda dapatkan vaksin. Nak tahu lebih lanjut boleh, boleh la call ke talian bebas tol 1-800-22-8688 (monday - friday between 10am and 6pm excluding public holidays)
atau boleh log on to http://www.facebook.com/MMAHPVVaccinationprogrammeforTeens for more information.
Actually, semua pun tahu benda ni penting. Cuma kita nie, kekadang suka tangguh-tangguh.
Contohnya aku. =P
Sepatutnya dah kena buat pap smear, tetapi sampai sekarang masih lagi belum buat pap smear. Ish ish ish...
So, wanita-wanita yang sudah berkahwin hingga umur 65 tahun, boleh la buat pap smear sekerap 3 tahun sekali.
Ini adalah cara-cara untuk pencegahan awal bagi mendapat penyakit kanser serviks.
Tak susah, ingat dua ajer.
Satu: Ambil vaksin
Dua: Pap smear.
Nota untuk suami: B, bila nak buat appointment dengan doc suhaimi ha??? dah tertangguh setahun ok nak buat pap smear.
Saya dalam team biru dan putih...
Lepas terima penerangan tentang kanser serviks. Waktu lunch pun tiba....
Nasik campur dia sedap....
Siap diberi buah-buahan lagi. Meriah betul kitorang dengan makanan.
Masa untuk Origins pula...
Sila isi untuk tahu berapa umur kulit anda...
Nampaknya kulit saya lebih muda dari usia sebenar, kahkahkah... bab campur, aku skip skip. Bab tolak laju je kasik tolak, haha....
Dan diajar cara urutan yang betul bila pakai serum.
Lepas Origins masa untuk Victoria Jackson Makeup.
Semangat gila masing-masing bila waktu mekap. Aku siap bersila duduk kat depan, haha...
Sebelum...
Selepas....
Mekap lite-lite jerk. Tapi cantik. Dah tu, model nye pun dah cantikkan...
Kelabu mata tengok mekap kejap.
Setel pembelanjaran mekap dan urutan muka, masa untuk minum petang.
Ada bubur pulut hitam yo, laksa juga ada... dua-dua sedap. Dua-dua aku makan. Syorgaaaaaaaaaaa....
Ok tadi demo macam mana nak urut muka, skang nie sorang-sorang kena buat.
Serum dari origins.
Mahal kot!!!
Boleh la buat kat rumah nanti.
Saya dan Ika.
Bersama bloggers
Viruspadu, Kak ina, Ceera, Madammondoq, mommynadia, nuril.
Bersama kakak-kakak ku pula.
Thanks akak and kaklang sudi datang.
Program last adalah penyampaian hadiah...
No. 1, kemain suka ye korang.
Kaklang dapat no. 2, fuyoooo hebat oh.
Dapat barangan dari Origins.
No. 3
No. 4 dan no. 5.
Dan aku adalah no 5, Haha...
Hei, syadap uuuuuuuuuu...
Itu setem ok. Aku nak jual kat ebay lah. =P
Sebelum pulang.
Semuanya ada dalam 30 mother-daughter pair. Campur 8 orang bloggers.
Gifts dari mereka.
Tq herworld, Tq Origins, Tq victroria Jackson and Tq Nuffnang.
Sangat enjoy dengan semua program yang disediakan di Janda Baik.
Sebelum wassalam, jangan lupa dapatkan vaksin HPV untuk anak anda dan buat pap smear untuk diri sendiri. =)
Love: Ceera =P

7 LoveGreen:
i pun blom buat pap smear lg u.. seriau arr!! huhu..
wah bestnya jauh berjalan buat event. syiok ah !
hi ceera!
ingat i tak? *hint: medela freestyle* hihi :)
owh, baru tau diaorg tu your sisters. ramai adik beradik ppuan you eh, mcm lebih kurang sebaya je semua..like friends. dahla semua cantik2 belaka. bestnya! :)
Tang AR150 tu pun our group pening pala pk. ingatkan no plate keta la, no. bilik la, post box address la..hehehe
Serius,adik beradik u mmg gojes2 cantek belaka!!specially all ur kakak yg dah ada anak dara,masih maintain u!!
pap smear nur tak pernah buat lagi hehehe
boleh tak buatkan tutorial urut muka..huhu
Best la korang..berjalan sokmo...
Post a Comment