Instagram

Awas ko aedes *tenyeh-tenyeh*


Ini entry untuk ajak orang ramai untuk sama-sama menghapuskan nyamuk aedes. So entry baru ada kat bawah ye. =)

Dalam banyak-banyak penyakit. Aku rasa demam adalah penyakit yang paling berbahaya sekali. Nak nak pula bila dah jadi emak, anak demam ajer dah menggelupur satu badan.

Keisha masa demam panas.

Demam dapat kaki orang kata...

Yang ini pula masa dia demam nak tumbuh gigi....

Aku jarang demam, tapi sekali demam adalah menakutkan...
Demam masa mengandungkan keisha, terlantar seminggu di dalam hospital.
Suhu tak lari, 39darjah ke 40darjah ajer memanjang.
Masa nie, doc dah start ambil darah sebab doc takut aku kena demam denggi. Demam denggi kan bahaya, peragut nyawa.

Sebab kita ingatkan kita demam biasa, sekali eh eh.. demam denggi pula jadiknya...

Pernah tengok tak pesakit yang kena demam denggi berdarah.
Aku tak pernah... tapi dengar-dengar memang sekejapan. Tak salah aku, arwah Din Beramboi pun meninggal disebabkan demam denggi kan? *maaf kalau info salah*

Cerita pasal demam denggi...
Aku ingat nak share sedikit maklumat dan panduan untuk kita berkongsi bersama...

Aku tahu, ramai yang dah tahu pasal ini. Tapi kadang-kadang kita lupa nak alert bila dirumah sendiri. Adakah kita sendiri yang biarkan nyamuk aedes itu membiak??? dan adakah kita yang membiarkan demam denggi berleluasa....

Nyamuk aedes, rupa ajer cantik tetapi merbahaya...

Berlakunya demam denggi adalah di sebabkan oleh seekor nyamuk. Jangan ingat serangga sekecil ini tidak berbahaya. Walaupun rupa dia kecil, tetapi sengatan dia boleh membawa maut...


Cara-cara nyamuk aedes membiak. Tq Google jasamu ku kenang... =)

Make sure, kawasan rumah kena sentiasa bersih sekiranya taknak menjadi salah seorang membiak nyamuk aedes.
Bagaimana??? mudah ajer...
Ko pernah tengok iklan pasal nyamuk aedes yang bergotong royong tu??? Begitu juga la yang patut korang buat....

  • Jangan biarkan air bertakung terlalu lama di dalam bekas. Sebab kemungkinan akan berlakunya pembiakan nyamuk aedes. So, bila ko jenis yang kat rumah ada pasu-pasu untuk letak bunga, tiap minggu sila cuci, jangan setahun sekali baru nak cuci...
  • Kalau ada kolam atau tempat simpanan air sila tutupkan ia dengan rapat atau bubuh abate (racun jentik-jentik) dan sentiasa perhatikan ada jentik-jentik atau tidak...
  • Tangki kat atas rumah dah cuci???
  • Jangan buang sampah kat longkang. Sebab kalau longkang tersumbat, pun boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes berlaku.
  • Sungai pun kena bersih selalu, awas ko buang sampah kat sungai!
Apa lagi ye??? yang pasti sila pastikan tiada air yang bertakung.

Kalau dalam rumah pula, time nak tido tu pasanglah kelambu ataupun ubat nyamuk, tak suka yang berasap, pasang yang elektrik. Murah ajer, beli kat tesco, econsave semua ada. Bila ada anak kecil ni, hari-hari tiap kali nak tido wajib pasang ubat nyamuk sebab kalau boleh kita taknak seekor nyamuk pun sentuh anak kita. Tapi kadang-kadang manusia ni alpa, lupa jugak. Terbabas jugak nyamuk gigit keisha, cis...

Awas ko nyamuk!

Dan pastikan juga kat rumah sentiasa ada penyembur serangga. Supaya senang ko nak sembur sekali sekala bila nak keluar rumah.

Oleh itu, dengan cara menjaga kebersihan dirumah boleh membuatkan nyamuk kurang berada di dalam rumah.

Ok ini pula tanda-tanda demam denggi:
  • Demam kuat secara mengejut dan berterusan
  • Sakit teruk pada tulang-tulang dan otot sendi dan juga biji mata
  • Ada ruam atau bintik merah di kulit
  • Terdapat pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi
  • Sakit kepala
  • Tiada selera makan (Kalau demam memang selalu takde selera makan)
Sekiranya terdapat tanda-tanda begini, cepat-cepat pergi berjumpa doktor. Buat pencegahan adalah lebih bagus daripada merawati.

Macammana virus demam denggi boleh membiak semua, rasanya masing-masing boleh google sendiri kot. Kuasa ahkak nak cerita semua, hehe...

Sebelum menutup entry ini, saya ingin menyeru kepada semua supaya sentiasa pastikan kawasan dalam dan luar rumah sentiasa bersih. Jangan malas-malas nak bersihkan rumah tau... no no no... Sama-sama la kita menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes supaya nyamuk aedes pupus dalam dunia ini. =)

okbai...

Love: Ceera =P

7 LoveGreen:

ArELeEz said...

nak tambah sket, info yg leez dpt dr doc mase gi spital time demam suhu tggi dolu & disuspect denggi tp, alhamdulillah x..

doc tu kata, nyamuk yg bahaya adalah nyamuk yg geget kita di waktu siang. sbb nyamuk aedes b'keliaran di waktu siang. mlm dia rest kat sarang dia. means, siang hari adalah lebih berisiko utk digeget nyamuk aedes. so, b'waspada lebih waktu siang & teruskan di waktu mlm.

hUnnEE a.k.a mrS cAun said...

nyamuk tuh mmg jahattttttttt..menciii ok..

kaki keisha kena nyamuk tuh cam anak kita.....sampai kan kaki Dani kita berparut2 sbb nyamuk...menciiiii...

pRincESs_N said...

sendiri demam bole handle lg..tp klo anak demam mmg x keruan..klo suami demam lg lerr kecoh..

cik nur said...

hurm betol tuh yang penting kebersihan seliling rumah jgn la smpi menternak ades kan hehehe

n.h.m.s said...

yup, sangat betullah tanda2 demam denggi tu.saya adalah salah seorang bekas mangsa demam denggi berdarah.terlantar 13 hari kat hospital time raya plak tu.huhu.alhamdulillah sgt3 Allah panjangkan umur.:)

armouris said...

lagi info tentang demam denggi di SIHAT SELALU - Demam Denggi Berdarah Membawa Maut

Delimasari said...

takut - nyamuk ni pembunuh kannnnnnnnnn

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998