Saat yang dinanti sudah pun tiba. Dari pagi berdebar2 nak menanti jam 7. 1st time kata ko nak melawat anak yatim. Tak tahu la macam mana reaksi nak berdepan dengan mereka. Nak rasa seronok ke sebak ke atau buat2 biasa...
Tapi rasanya better buat2 biasa.
Takkan tetiba nak buat drama air mata pulak. Gila kah kooooo...
Sumpah dekat.. Lalu belakang rumah, naik tangga, lintas jalan, dalam 20 tapak dahhh sampai...
Comel kan.
Mungkin boleh bagi korang idea untuk mendeco bilik anak, =P
Macam mana nak gantung??? sendiri pikir.
Meriah je semua... Nampak macam kembar pun ye. Sebab masing2 pakai baju yang sama... kepala botak juga sama. Ketinggian juga lebih kurang sama, =P Aku pun tak dapat nak kenalpasti siapa dia dan siapa dia. Serius macam kembar 10.
Dan sedikit fakta tentang Rumah Keluarga Besar atau Pernim.
Ditubuhkan oleh Puan Hajah Norlina Alawi dan suami pada tahun 1977 sehingga kini.
Mempunyai 40 orang anak, di mana 7 anak kandung, 33 orang anak angkat dan 3 orang cucu.
Anak angkat pula terdiri dari 6 orang anak yatim piatu, 20 orang anak yatim, 2 orang mualaf (Filipina), 2 orang indonesia, 10 orang anak-anak terbiar, dan 4 orang anak yatim yang dijangkiti Aids dan 2 orang yang sudah meninggal dunia....
Sambil2 dengar cerita mama, masa pun tiba untuk berbuka. Yihaaaaaaaa....
Apa lagi, rebuttttttttttt...
Eh takde la. Harus aku menunjukkan tata susilaku di depan anak2 yatim...
=P
Diorang nie jenis yang hyperaktif. Seronok bermain. Macam budak2 biasa. Dalam fasa seronok bermain...
Harap maaf, saya mengalami pemburukan tudung. Ingat nak mintak tolong zacku ke akak ke pakaikan tudung bila kat rumah mak. Sekali dorang takde pulak. Kelam kabut aku zas zas zas pakai tudung, jadila dia rupa begitu. Takpela, yang penting gojes. Eh...
Dia memang lebih suka berkawan dengan abang2 dari akak2. Kalau kat rumah mak pun macam tu jugak, kalau dengan ajai ke ajoi ke kemain dia suka. Tapi bila merah or nisa takdenya dia nak heran...
Kelakar ajer aku tengok.
Keisha macam biasa, dia takut. Nampak ajer Mamee Monster melekat kat badan aku takmo turun.
Diingatkan sekali lagi, produk dari Mamee Double Decker Group semuanya adalah HALAL.
Boleh check di website Jakim sekiranya tidak percaya.
Tapi percaya la. Takde sebab produk Mamee untuk tidak Halal. Pasti HALAL.
Kan aku cakap macam kembar 10...
Sebijik sejaban...
Ok aku nampak tembam, haha...
Semoga ALLAH murahkan lagi rezeki mama, amin...
Kegembiraan tak terkata dari mereka...
Saya bersama Keluarga Besar, dan Mamee
Dikesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada Mamee kerana beri peluang yang sangat bermakna ini kepada saya untuk bersama2 dengan anak yatim di keluarga besar, berbuka puasa dan juga menggembirakan mereka.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.

16 LoveGreen:
sebak je bile tringat naseb anak2 yatim ni, huhu~
naseb baek ade org mcm puan norlina tuh
slalu tgk mama ni kat TV. xsangka dekat je dgn rumah ko ek.
huhuhu aku sedih tgk gambo bdk2 tu xmo berenggang dgn maskot mamee xtau nape. sbb rasa mcm diorg nk perhatian je. bygkan kalo anak kita mcm tu. xsanggup nk pk. sedih aku.
moga mama makin tabah dan moga niatnya sentiasa dipermudahkan. dan anak2 tu sihat sentiasa wpun ada yg mmg xsihat. huhu 1st time taip komen sedih2 emo2 kat blog ko
wahhh sukanya ada maskot mamee,....=))
Seronoknya dpt peluang mcm ni..alhamdulillah..mmg nampak meriah
kak..Iman pun suke lelaki je..nga pompuan dia x heran langsung kecuali mama dia..
dulu pernah jumpa kak ina nie 2-3 kali ..
suka dgr kak ina citer..dia pun rajin gak kasi tip penjagaan muka..
oitt cantiklahh pakai tudung !
hurm nur rasa mcm hepi bila tgk dieorg hepi sbb anak yatim nie banyak jugak benda perit yang dieorg lalui kan :)
ok..mcm sebak tgk muka budak2 tu...tahan nagis nih...
eh..gambar yg first ko ngan keisha tu dah mcm wardina aku tgk..ingatkan mmg wardina..
**matikla perasan artis u** hehe
kecik-kecik dl suka makan mamee ni.hehee..balik sekolah je mesti beli
Ibu mengandung dilarang melihat gambar ini!
wah meriah nye majlis...
mknan pun meriah ..
aaa ada terbaca lupa kat mana dia dok kg cheras baru la ni...dulu kat johor kan? tabik la anak dia ramai..rumah dia tetap kemas...
da pernah pegi umah PERNIM thn lepas.. huhuhu.. rindu diowg.. diowang neh sgt hyperactive.. semua menda mama suh diowg wt senirik.. termasuk la iron baju sekolah.. bila tgk muka diowg je.. da sebak.. n bersyukur sgt2 sebab kita masih ada family.. diowg anak2 yatim.. huhu.. mmg kita nmpk diowg happy kn sis? tp dalam hati diowg kita tataw apa yg diowg wsa... :')
yang ni yang kuar soratkhabar hari tu kan. aku mmg kagum la. cekal dia jaga. kitorg yg jaga 2 org ni je, mcm2 dugaan nye. baru je td aku borak2 ngan pakji pasal kisah Mama nih. perbelanjaan dia 1 bulan RM30000 kan. haibat!!!!
semoga b'tambah murah la rejeki mama norlina sekeluarga. amin..
Post a Comment
Love U, =P