Instagram

Multivitamins + Minerals dari Blackmores for Keisha

Sticky post sampai semua orang like gambar keisha, =) entry baru kat bawah tau. TQ

Assalamualaikum semua...
Sihat???
Wahhh sopan pulak aku kali nie. Sekali sekala pembuka bicara memberikan salam apa salahnye. Mana tahu berkat entry ku kali ni memberikan salam...

*tak jawab dosa, jawab dalam hati tak dosa.

Ok nak tanya.
Sudahkan anda memberi vitamin kepada anak-anak anda???
Saya sudah... =)

Saya kasik keisha vitamin dari Blackmores iaitu Multivitamins + Minerals for Kids...
Sangat sesuai la dengan keisha yang fussy eaters. Dia kan memilih orangnya. Nasi kurang gemar, potato juga kurang gemar, kekadang sayur pun dia bluwekkan balik. Spagethi, dia suka. Meatball juga dia suka, udang suka benar, hotdog kekadang suka kekadang tidak, mujur buah dia suka. Tapi tak boleh kasik kerap, nanti dia bosan lalu dia ludah2kan ajer makanan tu balik.

Begitu fussy kan???
Kan bagus ikut macam mummy, tolak kayu dengan batu ajer.

Disebabkan keisha sudah mula amik vitamin, saya ingin berkongsi sedikit maklumat dengan anda.. Dan harapnya selepas beberapa minggu mengambil vitamin dari Blackmores, selera makan keisha akan menjadi-jadi. Emak mana yang tak suka melihat anak seronok makan. Tapi kalau terlebih makan, tak bagus juga. Kalau boleh biarlah berpada-pada.


Hiks, sekali 3 vitamins saya amik...


  1. Kids mineral plus - Sesuai kepada anak yang kurang memberikan tumpuan pada kelas atau pembelajaran. Pastu kalau anak tak gemar minyak ikan, boleh la gantikan dengan vitamin ini. Mengandungi 8 khasiat penting untuk menyokong perkembangan yang sihat untuk anak. Dihisap tau di kunyah.
  2. Kids fruity fishies - sesuai kepada anak yang tak suka langsung makan ikan atau kurang makan ikan. Anak yang kerap mengamuk dan juga anak yang mempunyai jangka tumpuan yang pendek di sekolah. Kapsul perlu diambil sekali sehari sahaja.
  3. Kids Multivitamins + minerals - sesuai kepada anak yang serupa keisha, memilih makanan, susah nak makan atau yang suka makanan segera atau manis. Dirumus khas dengan 19 khasiat yang diperlukan untuk anak-anak.
Dan yang penting, vitamin dari Blackmores tidak menggunakan pemanis tiruan. Sebab tu kalau rasa vitamin dia, agak kureng manis. Sesedap rasa je. Lepas tu selamat untuk gigi, sebab tak berapa manis. =)

Lepas nie boleh la pilih yang mana satu vitamin yang sesuai untuk anak anda ye...





*keisha memang makan vitamin sendiri, =P

Sempena makan Vitamin baru, maka mummy telah masuk contest Blackmores, kahkahkah....
Haruslah, baru bersemangat blackmores kata ko....

Bila dah masuk contest *kelip-kelip mata*
Saya pun nak mintak tolong la vote untuk Keisha, hehe...
Boleh ke tidok????
Kalau boleh click link ini otte??? http://www.ourbestmoments.com.my/gallery-details/63012

Love uols muchmuch...

Atau korang sendiri boleh join this contest. Tak susah, mudah saja...
Carik gambar ko dengan anak ko yang ko rasa paling gojes dan menawan.
Lepas tu submit gambar ko di sini -  http://www.ourbestmoments.com.my

Step 1:

Step 2:


Step 3:

Step 4: Dah boleh di war2kan satu Kampung...


Like kan tauuuuuuuuuuuuuuuuuu.... *serius senang nak like kali nie, tak perlu nak allow application bagai*
Sebab ini adalah gambar sempena gambar keisha setahun. Di mana aku rasa gambar yang terbaik dan memberikan kenangan terindah yang boleh aku kongsi bersama.

Dan ini hadiah yang diberi kalau menang *fuh kanan fuh kiri.
Grand Prize: 2D1N stay and 3-in-1 Singapore Park Hopper passes to Jurong Bird Park, Night Safari and Singapore Zoo (for family of 4 pax)
2nd Prize : 2D1N stay and theme park passes to Genting Highlands (for family of 4 pax)
3rd Prize : 2D1N stay and theme park passes to Sunway Lagoon (for family of 4 pax)
Consolation Prizes: Token gift from Blackmores including 2 movie passes (worth RM80)

Eh kejap, kalau nak beli vitamins nie... mungkin uols boleh pergi event yang akan berlangsung pada 21sept - 25sept di Mid Valley Megamall. Lower Ground (In front of KFC), dari jam 10pagi hingga jam 10malam. Alang2-alang membeli, biarlah berseronok-ronok sekali. Sebab nanti ada giving away balloons untuk anak-anak, kids fun books, dan kalau beli product aka vitamins, boleh amik gambar menggunakan perkhidmatan photographer professional yang mereka sediakan...

Aku insy akan datang kalau free. Boleh juga buat modal untuk shopping, hehe...

Akhir sekali, sila like gambar saya... sekian terima kasih...

Click click click!!! - http://www.ourbestmoments.com.my/ like, like like!!!

Love: Ceera =P

14 LoveGreen:

eintanliana said...

da like kan da..hehe

Noor Wahidah Mahat said...

ok.. dah klik.. mcm berminat nak join jugak jek..

Rinah said...

Sudah like :)
Good luck..



p/s : klu menang grand prize tue, kirim fridge magnet ;P

DaLittleWardrobe said...

been voted for keisha=)
cutey pie yg semestinye perlu di 'LIKE'..go2 keisha=)

cik nur said...

comel jaa pic dengan keisha :)

aku.mamalia.wanita said...

hai dear... yang multivit for fussy eater tuh chewable tak?

lady D said...

vitamin tue berapa harganya ek?

Princess Nur said...

like juga...

p/s: u dh tukar font kt sini kan? i loike....lebih sedap nak baca ;)

Ezreen Abdul Rahim, Johor DT said...

sudah like jugak :)

Ezreen Abdul Rahim, Johor DT said...

sudah like jugak :)

ibuhebat said...

moga keisha membesar dengan sihat dan kuat! :)

ceera said...

aku.mamalia.wanita;
all vitamins are chewable.

LadyD,
Kids vitamins 60s: rm39
Kids Fruity Fishes 30s: rm45
Kids Mineral Plus 60s: rm49

shahdiana said...

dah like dah..komen saya gambar keisha senyum sangat cute n sweet..macam ceera je yang nak menang....:D

lily said...

Saya dapati laman web ini Blackmores, Appeton vitamin harga yang berpatutan dan sesiapa sahaja yang cuba?

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998