Instagram

Lepak beach and pool

Balik dari berjalan aku and keisha tido berkroh-kroh. Penat sangat rasanya, hehe.
Ciput pulak tak tido, sebab kang kalau dia tido sama, mampus terlajak sampai ke malam. Tepat jam 6 ciput kejut aku and keisha bangun. Hoh!!! rasa tak nak bangun okey, lenguh satu badan...

Keisha cranky habis. Mungkin dia pun lenguh badan jugak kot.
Tapi kejap ajer la dia cranky, elok sampai bawah terus happy nampak beach.

Beach kat sini dah tak cantik.
Air dah tak jernih. Pastu, petang2 gini air surut. Malam je air pasang. Mungkin tengahari pun pasang juga. Tapi tengahari kitorang tak turun sebab panas kot. Kuasa ahkak nak berjemur okey. Ko ingat ko putih sangat nak berjemur. Mandi pepagi pun dah semakin gelap, ini kan pula mandi di tengahari buta. Scary bila dipikirkan...

Keisha ni dia jenis takut-takut berani.
Ada masa dia berani, ada masa dia takut. Now mood berani.

Aku ada lagi gambar lompat, haha... tapi takmo la letak. Takut korang sakit mata. =P

Menjerit-jerit keisha bila air datang kat dia.

Tapi kenapa eh pantai kat sini dah tak jernih. Ciput kata dulu dia pergi siap boleh nampak ikan berenang-renang. Pastu dulu ada jeti, so boleh berjalan ke jeti then terjun ke laut.

Aku takde la heran sangat, sebab aku pun penakut laut. Kira kalau main air pun takkan masuk dalam-dalam punya. Tapi kalau air sebegini rupa, sentap juga. Masa air surut, ko boleh nampak kayu-kayu mati bersepah dan tersadai kat pasir, sedehhhh la memang. Kotor betul.

Keisha menikmati bunyi-bunyi lautan.

Ok cukup. Kita naik mandi pool pula. Selamat sikit.

Pool dia besar, best!!!
Ada 3 jenis. Untuk kanak-kanak, dewasa and ala-ala jakuzi.

=)

Be4 maghrib naik bilik. Pastu siap2 terus jalan-jalan carik makan.
Lapor wey lapor...

So weols makan kat bamboo chenang.
Ramai yang suruh makan kat bamboo kuah, tapi macam jauh je nak pergi. Chenang pun aku rasa jauh, inikan pula nak ke kuah sana, kuasa tau.

Order 3 air. Sebab now, air ku adalah air keisha. Kalau order 2 macam tak cukup pula. Nak nak aku hantu air. Eh skang aku sedang gila mengorder tea ice. Pergi mana-mana mesti order tea ice.

Keisha memang dah tak boleh langsung duduk kat baby chair. Paling lama adalah 5 minit.
Bersilat ok nak makan. Sukar nak makan secara tenang sekarang. Mesti makan secara telan-telan.

Order ikan siakap sweet sour.

Ketam bercili, kerabu mangga and telur bungkus...
Semuanya rm70+

Dan semua pun sedap. Licin!

Love: Ceera =P

5 LoveGreen:

ArELeEz said...

menariknya rupa ketam tuh! rasa macam nak print gambar & tatap sampai kenyang. hadoi la..

ღ p!nk veLvet ღ said...

aduhh~ bace entry ni time tgh lapar laks, mmg kebulo lah jwbnyer, huhu!

vagg-nini3posen.com said...

samalah. Afi pun, air aku, air dia. air abah dia, air dia. last2 skang kalo keluar, mmg order air utk dia gak.

pRincESs_N said...

3,4tawon lps aku g pon da kotor laut die..

saiful said...

dan dan lapaq

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998