Instagram

10 Chunky Layers! Bigger Bites To Share

Kelmarin kan, kita kan, pergi makan Pizza... Sedap sangat...
Lagi sedap sebab dapat makan free, nom nom nom.
Triple sedap bila benda yang di makan itu adalah benda baru.

Budak yang tak boleh duduk diam...
Ni sekejap ajer nie, lepas tu gigih memboloskan diri dari pegangan aku. Terpaksa ciput bawak dia jalan2 di sekeliling restaurant pizza hut. Lucky, ada playground. Dan keisha terus ghairah bermain slide.

Sebelum disajikan makanan, En. Yusuf memberi ucapan sepatah dua kata...
Hi En. Yusuf... =P

Dan tiba masanya kami diperkenalkan dengan Pizza terbaru dari Pizza Hut iaitu Chunky Loaded Pizza... *telan air liur
Sedap sangat okey...
Teringat-ingat pula. Macam mana nie????

Ini adalah Pizza 10 Layer. Wpun ko tak nampak macam 10 layer, tetapi percaya la... memang 10 layer, macam mana la dia boleh buat senipis ini, heran aku...

10 Layers Ingredients: (From Bottom) Crunchy Crust, Napoli Sauce, Mozzarella Cheese, Roasted Veggie Mix, Tortilla Crust, Roasted Veggie Mix, Chicken or Beef Topping, Diced Tomatoes, Tortilla Strips, Mozzarella Cheese.

Saya adalah pencinta veggie, jadinya saya sangat suka pizza ini. Banyak veggie. Nom nom nom...
Lepas tu dia tak terlalu cheesy... Lapisan atas tu rangup, bawah juga rangup. Sebab nipis ajer kan. Lain dari yang lain.

Suapan pertama adalah yang paling terbaik!!!
Lepas tu, mahu lagi dan lagi dan lagi tak boleh berhenti. Nasib baik makan dengan bloggers,bersopan sikit. Kalau tidak, takde makna la aku nak bersopan sangat.

Keisha yang suka minum air manga tango. Sedap agaknye.
Yela, sejuk kan. Haruslah sedap...

Jangan percayakan gambar ini.
Keisha makan banyak pizza. Setiap kali aku gigit aku kasik ke dia... Dan setiap kali itulah dia akan bukak mulut untuk ngap. Bagus anak mummy. Tak perlu aku nak bersilat kasik dia makan.

Budak yang rambut serabai. Bila kuat berpeluh, rambut pun serabai lah.

Masih makan dengan gembira.
Seronok bila boleh berkongsi bersama dengan yang lain. Makan ramai2 begini lebih menyelerakan daripada makan sendiri2...

Ingatkan cukup dengan pizza. Sekali di hidangkan pula spagethi.

Ciken wings.
Sedap seperti selalu.

Bloggers yang ada...
Masa nie dia tunjuk TVC for chunky loaded pizza. Kalau korang nak tengok, mungkin boleh ke website Pizza Hut. Atau boleh check di Facebook Pizza Hut.

Ciput yang sedang menikmati ciken wing.

Saya dan keisha.

I LOVE Pizza Hut much much...
Dapat goodie bag dari mereka. Terima kasih.

Bloggers
Dari kiri kampungboycitygal, kimberlycun, Iza, VivyYusof, AbangNara, KYspeaks, Ceera *Keisha hehe* dan Chuckei.

Saya dan keisha yang sudah terdampar kekenyangan.

Terima kasih pizza hut kerana memanggil kami untuk sesi tasting... lain kali ajak lagi, =)
Dan yang pasti, produk dari Pizza Hut semua saya suka. Betul-betul ikut selera saya...

Love: Ceera =P

4 LoveGreen:

mamasuri said...

yummy mmg sedap kan...

ღ p!nk veLvet ღ said...

bace entry ni pon dah terliur2, huhu~
keisha comei sgt pakai kaler kuning :)

Maghiam said...

macam mana kak ceera selalu dpt invitation sponsor ni yee?

fazilzura said...

wah besh nye dpt makan menu baru ni ..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998