Instagram

Berbuka puasa dengan manjer(s) di Plan B, Bangsar

Kemain lagi kitorang planing dari minggu pertama nak buka puasa sama2. Last2 minggu terakhir baru kitorang sempat nak berbuka sama2... Masing2 busy dengan keja masing2 kononnya...

Pung pang pung pang, akhirnya weols setuju nak berjumpa di Plan B Bangsar...
Sebbaik Bangsar ajer, kalau jauh ke Kota Damansara tak sanggup haku.

Mulanya nak tunggu ciput pulang, sebab kancil kitorang tinggalkan kat rumah mak. Bila kancil dah kat rumah mak, maknanya myvi ajer la yang available untuk di pakai. Dah kalau ciput pergi keja bawak myvi, aku nak keluar bawak apa pulak kan.

Bila dah plan nak jumpa manjer2 kat bangsar, terpaksa jugak pikir macam mana nak kasik jadi jugak untuk jumpa mereka..

So plan tunggu ciput pulang dari opis, elok sampai rumah ciput jaga keisha. Aku keluar berjimba. Ate, kalau keluar bawak keisha haru jugak. Minah tu tak reti duduk diam.
Tetiba kathy call, dia kata dia kat sungai besi, so dia boleh datang rumah amik aku then bawak keisha sekali.

Nak taknak bawak la jugak keisha...
Itu pun nak patah pinggang aku melayan dia... =P
Dah la tak bawak stroller bagai. Ko bayangkan aku mengendong dia dalam masa 2 jam... Fengsan...

Masa lepak kat sini, aku kasik keisha susu terus dia tertido. Tido diatas pangkuan ku. Waaaaaaaaaa lolah ahkak pangku dia.... terus sms ciput minta pertolongan. Yang ciput dari opis terus shoot ke bangsar.. tiheeeeeeeeeeeee...

Kesian ciput buka puasa minum air ajer... =P
Itu pun dalam jam 8 baru ciput sampai.

Yang keisha, cun cun nak buka puasa dia bangun. Terus histeria nak berjalan... tak sempat aku nak makan...

Letak kat baby chair pun tak jalan. Kemain histeria lagi.
Bila aku kasik dia makan pun taknak juga.
terkejut2 je dorang tengok aku paksa2 keisha makan, kahkahkah... (cubaan sumbat ke dalam mulut keisha ala2 mak tiri)

Cool gila menu di Plan B.

Ayu dan kathy
Kalau dah melepak dengan kathy. Memang kejanye bergambar ajer la... sikit2 posing, sikit posing lagi...

Dan kami bersama dengan makanan masing2...

Aku punye paling mahal.
RM49.90.
Baik makan buffet!!! coi betul....

Spagethi dia sedapppppppppppp....

Oh, elok ciput sampai. terus aku bagi keisha ke ciput. dan ciput bawak keisha jalan2 ke mana ntah dan aku sambung melepak dengan manje2 ku sampai jam 9lebih, hehehehe...

terima kasih sayang...

Sempat makan cake. Dan cake dia biasa2 ajer bagi aku...

Sumpah keras nak mampos cake coklat nie... Effort gila nak makan...
Cake Red velvet dia rasa macam kek kawin je, haha.. takde apa yang special.

Paling best masa melepak, masing2 mengimbas kenangan 4 tahun yang lepas... =)
Zaman sudah berubah dan alhamdulillah, masing2 sudah berjaya dengan kerjaya masing2... syukurlah.

Love: Ceera =P

1 LoveGreen:

cik nur said...

hurm oke la akak dapat husband sporting mcm ciput kan :)

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998