Instagram

Beramal dengan Mamee

Entry baru kat bawah tau, tumpang lalu...

Aku nie nak dikatakan ratu jajan, tidak la jugak.
Tapi kalau jajan dah depan mata memang aku ngap. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Nak nak kalau jajan zaman dulu2 masak kecik2. Feberet betul aku rasa. Jajan zaman kini pun tak dapat tandingi kebestan jajan zaman dulu tauuuuuuuu...

Jajan = cikedis = makanan ringan = snack
incase kalau ko peraq macam aku dulu.
Orang sebut jajan aku macam blur, haaaaa??? jajan tu mende... sebab aku dulu selalu sebut cikedis, bila dah bercampur dengan semua negeri terus culture shock kejap bila orang sebut jajan. Now aku pun dah terikut2 sebut jajan. Dah jarang dah guna word cikedis.. =P

Biasa kalau buat makan2 bersama family, aku selalu amik bahagian membeli jajan.. kahkahkah... nak senang takmo masak kata ko... itu pasal laju2 cop jajan.

So antara jajan yang wajib di beli adalah Mamee Monster.
Kalau beli mesti amik pek yang paling besar sampai dua...
Dan dua2 perisa aku rembat. Eh sedap la mamee.. sapa tak suka mamee memang rugi, mamee adalah jajan kanak-kanak yang paling sedap di dunia... amboi, over puji... =P eh betul lah...
Pek besar Mamee...

2 perisa Mamee Monster.

Kadang2 tu, boleh teringat2 dan terasa2 di tekak.
Eh perempuan bab terasa2 kat tekak nie memang heibat, nak period mengidam, mengandung mengidam, kekadang takde sebab pun boleh mengidam. Memanjang mengidam.. Tapi bila dah dapat, terus syorgaaa...

Adakah aku berjaya membuat ko terasa2 Mamee di tekak???
Kalau iye, sila carik Mamee sekarang. *sambil buat muka tak bersalah...

Mamee ni dah ada kat pasaran selama 40 tahun tau. Dari kecik aku dah makan mamee nie. Nasib baik aku lagi muda daripada mamee, kalau tak #sentaphatimaknak sebaya dengan mamee.. Lol

Dan ko tak perlu ragu2 untuk makan Mamee, sebab ianya HALAL...
Tak percaya???
Boleh check sendiri kat website Jakim...
Dah buka, ko pergi ke Direktori Halal Malaysia. Then click tab Syarikat. Lepas tu masukkan ajer Mamee kat bahagian cari tu. Tup tup ko akan nampak halal certified products by Mamee..

nom nom nom...

Juga ada Mamee Sllrrp...
Aku suka perisa ayam. Kalau makan perisa ayam, mesti tambah kicap... sedap tau!
Nak lagi sedap, kicap tu ko lenyek2 dengan cili padi, perghhhhhhhh terangkat!

Selain daripada Mamee Monster dan juga Mamee sllrrrp, Mamee Double Decker Group juga telah offer pelbagai produk snek seperti Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen. Dan yang pasti semuanya di jamin HALAL oleh JAKIM.

Selain aku nak cakap pasal halal dan sedapnye Mamee ini.
Sebenarnya aku ada tujuan lain dengan Mamee... =)

Belum puasa yang mulia nie...
Aku diberi peluang oleh Mamee untuk bersama2 memeriahkan charity homes dengan berbuka puasa dengan mereka...

eeeeeeeeeee tak sabar...
Ini peluang yang sangat aku nanti2kan..
Dari dulu aku teringin nak pergi rumah kebajikan.
Tak kisah la rumah anak yatim ke, rumah anak istimewa ke, atau yang lain2... Tapi teringin sangat nak berborak2 dengan mereka dan teringin nak mengenali mereka..

Banyak je rumah rumah kebajikan kat KL nie. Tapi tak reti la tetiba nak pergi kan, ko reti???
kekadang kita nie niat memang memuncak, tapi nak capaikan niat tu tak berapa nak reti. Bila dah ada orang boleh realisasikan niat kita nie why not...

Dan aku adalah tak sabar nak berbuka puasa dengan mereka..
TQ Mamee sebab beri aku peluang yang besar ni...

Oh nak tahu aku dapat rumah kebajikan mana????
Kat Pusat Perlindungan Pernim. *Lot 46, Jalan 47 bukit C, Kg Cheras Baru, 56100 KL. Norlina Alawi: 017 8860208*
Belakang rumah mak aku ajer, haha...
Selama nie aku main lalu-lalu jer sambil intai2, kali nie dapat la aku jejakkan kaki kat sana, oh yeahhhhhhh... Dan boleh la aku cakap, eh kak.. saya nie anak pakcik noh... ala, kedai perabut kat depan tu.. =P
Pasti seronok.

Kalau nak tau, Pusat Perlindungan Pernim nie adalah pusat kebajikan anak-anak yang mempunyai penyakit hiv/aids.. yes, mereka ada penyakit hiv/Aids...
Kesian mereka, kecik2 dah dapat penyakit berbahaya...

Insy, 28hb nie aku akan kesana...
Nanti aku update bila aku dah berbuka puasa dengan mereka ye...

Last sekali, terima kasih sekali lagi kepada Mamee Double Decker Group kerana memberi peluang kepada saya untuk sama2 memeriahkan majlis buka puasa di rumah kebajikan Pusat Perlindungan Pernim akan datang. Pengalaman ini, akan saya simpan sampai bila-bila..

Love: Ceera =P

4 LoveGreen:

Asyraf Azizan said...

mameeee cedaapppp

sweethOneY said...

elokla kan bulan puasa ni beramal :) eh tapi aku pun ada niat jugak nk melawat rumah2 kebajikan ni, tgk2 dorang.. tapi tu lah tak reti..

ArELeEz said...

pernim nie yg hubby-wifey jaga tu, ek? yg selalu masuk tv, pakai jubah hitam tu, ek? isk3.. bnyk lak soklan! nanti u amik gambar2 & uploadkan kat sini, buleh? ;)

mira syira said...

wah.. cik epal pon pegi jugak :)

huhu.. jom sis join my giveaway.. mane taw dapat beg comel FREE! :)

http://kukutanganku.blogspot.com/2011/08/give-away-beg-beg-comel-daripada.html

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998