Instagram

Tutorial Update Blog dari Iphone

Hari tu aku dah ajar, cara2 update blog guna bb kan. Kali ni aku ajar update blog guna iphone pulak. Caranya adalah sebijik sejaban dengan update blog guna bb... cuma yang lain nya ia adalah iphone saja....

1st step:
Pergi ke dashboard memasing.

Nampak tak yang aku bulatkan itu???
Ko click situ...

Nanti akan kuar box ini.
Sila masukkan secretwords yang tak tercapai dek akal orang lain supaya mereka tidak cuba2 untuk meng-update blog engko dari bb dia...

Contoh:
ceeramoon.akucantikkojelesapapasal@blogger.com
terlalu panjang mungkin, hahahaha

contoh lain
ceeramoon.namasayaceera@blogger.com

Nanti dia akan save terus dan button surat tu akan tukar ke warna merah lite. So if ko lupa ko punye secretwords apa, ko just click kat situ untuk tengok.

2nd step:
Selepas situ sila ke iphone memasing.
Mula2 sekali, savekan dulu nama blog ko kat dalam phone book, supaya senang untuk ko terus ke email... tak perlu la ko nak compose email, then taip pepanjang ko punye address mail, then baru taip apa yang ko nak taip...

Contoh aku buat la eh..
Aku kasik khas untuk email blog aku - Ceera blog = ceeramoon.akucantikkojelesapapasal@blogger.com

jangan pulak ko masukkan add url blog ko ye. Masukkan email blog yang secretwords itu...

So nanti just cari ceera blog, dan amik compose email dan terus masuk ke email.

Then ko taip la apa ko nak taip... lepas tu boleh terus tekan send.
Sapa nak masukkan gambar, aku sajes ko pergi siap2 ke gambar dan terus emailkan gambar then baru masukkan email add ko yang panjang itu. Yang ni aku belum cuba buat, tapi if ko buat berjaya then baguslah. Cuma aku tak tahu lagi macam mana nak masukkan gambar sekali banyak. If aku tahu, nanti aku update kat sini....

Ok itu saja pembelajaran kita hari ni.
Nanti ada benda baru saya ajar lagi. Terima kasih dan Selamat mencuba!

Ops, pic kendian aku letak...
Iphone ada kat ciput.

Nanti aku update bb vs iphone plak. Incase ada yang di dalam dilema nak beli iphone ke nak beli bb... =)

Love: Ceera =P

9 LoveGreen:

NICK @ NADIA said...

thnks ceera.nnt klu dh de iphone kmpem sy nk refer cni.sng nk fham tutorial awk.tq :)

BISKUTMARIE(",) said...

salam, tanye sket. boleh tak kite label kan entri kalau update pakai iphone...?

Pink Mama said...

Akak guna Blogpress apps. Senang =)

IbuHanna said...

tq for sharing ceera..

ini if nk update blog thru iphone secara FOC la kan? saya update via blogpress..tp kena beli la application tu huhuuuuu..

Rihen said...

hi...

was a silent reader selama nie..

thanks for the tutorial.. makes my life easier.. hehehehe

ella said...

Blh jugak copy gmbr dari photo then paste kat email tu ceera.. senang jugak.. lps siap2 paste terus send..=)

Zeera Lana said...

hyee sis .
da try and berjaya . tapi part masukkan gmbr tak reti la .
hehehe, thnx for this tuto :)

mamayiyen said...

yeay!
saya dah berjaya dengan tutorial ini..
thanks ye ceera :)

hari tu nak try blogpress tapi kena beli..
then bila ternampak ceera tweet terus try..

wanita abd mutalib said...

sangat sangat membantu.
thanks ceera :)

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998