Instagram

Pengalaman saya di London Weight Management

Hari tu aku try pergi LWM kat midV. Ehem...
Tahu LWM kat belah mana, dia diantara MidV dengan The Garden. Kot la nanti korang mencarik di bahagian dalam pulak kan, mahu tak jumpa2...

Appointment jam 5. Nasib baik cun2 5minit sebelum jam 5 ahkak dah sampai LWM.

Sampai2 dorang suruh tunggu kejap sebab nak carik nama dalam sistem.
Bila dah jumpa nama, dipanggil masuk ke dalam bilik untuk di consult.
Dan sebelum tu, kena timbang berat dan tinggi terlebih dahulu...

Alamak, malunye nak citer berat aku kat sini.
Ok fine...
Tinggi 160
Berat 51.9kg
Hehehe

So kalau tengok pada jadual. Min berat ideal adalah 47.4 dan berat ideal sebenar adalah 51.2kg.
Nampaknya aku belum ideal lagi la, sebab berat sekarang adalah 51.9kg.

Saya di consult oleh miss vivian.
Dia adalah terlalu cantik dan kurus. Tengok dia ajer dah buatkan ko rasa macam nak tarik2 rambut sendiri.

Paling sakit hati sebab setiap bilik ada gambar model yang berbikini.
Bikin hati gua panas!!!
Panas bukan sebab marah, tapi panas sebab menjeles tak hingat!
Cantiknye badan kooooooooooooooooooo....

Dan nanti ada testimonial dari pengguna2 LWM
Sebelum dan selepas.
Telan2 air liur tengok...

Ok meh saya cerita pasal pengalaman di sini.
Macam aku cakap tadi, aku di consult oleh miss vivian.
Mula2 dia bagi penerangan, kemain satu2. Takut aku tak paham. Biasa la, mula2 haruslah dia cerita nak peralatan yang digunakan di LWM, dan macam mana dorang punye treatment berfungsi. Lepas tu ada la tanya beberapa soalan seperti.

Pagi u makan apa?
Petang ada amik snek tak?
Keturunan ada tak yang obesiti
Ada penyakit kencing manis ke tak?
dll

Dan kebanyakan soalan yang dia tanya aku jawab
Nope, takde dan takde sesaja...

Sebelum memulakan treatment. Dia akan tengok the whole body ko dan terangkan kenapa lemak2 itu ada di badan.
Macam aku dulu, be4 preggy berat maintain 50kg, kekadang 49kg 48kg. Tapi kenapa sekarang, aku dah rasa badan aku susut. Semua baju time dulu aku muat, dan aku rasa badan aku lebih susut dari dulu, tapi why berat tak turun2.

Jawapan dia. Sebab lemak2 tu dah pergi ke tempat lain.
Contoh, dulu kat bahagian lengan takde lemak, sekarang sudah ada.
Dulu breast kecik, sekarang sudah besar, eh.
Dulu bahagian peha kecil sikit sekarang mungkin sudah besar sikit.
Dan bahagian kiri aku lebih flabby berbanding belah kanan.

Dan aku diisytiharkan gemuk air, sobs...
Kenapa gemuk air, sebab malam2 minum terlalu banyak. Oh memang betul, malam2 aku memang minum air yang banyak.

Lepas dah setel semua, treatment pun di jalankan.
Aku buat 3 treatment.
Pertama: Sauna.
Sori gambar memang tak ada sebab keadaan aku adalah seksi meksi.
Ko memang kena pakai tuala dan spender saja. Spender pun spender khas yang mereka beri.
Kena lepak dalam bilik sauna adalah selama 10minit.
Sumpah mintak nyawa.
Memang best la ko peluh2 semua. Tapi macam tak cukup napas pulak aku rasa, mungkin sebab aku tak biasa kot bersauna2.

Lepas setel sauna
Kedua: Scrub badan dan badan akan di bungkus dengan infrared.
Yang ni 20minit.
Dia scrub dengan rasa pasir2 itu, lepas tu macam dengan minyak panas gitu. Dan satu badan ko akan rasa panas. Dah la panas, tetiba berbungkus pulak dengan selimut infrared. Berpeluh2 ko tau!!!

Tapi best la. Pasti ko akan cakap dalam hati, mampos la ko lemak2 di badan.

Lepas tu gi mandi bersihkan badan.

Then treatment yang ketiga adalah membuang lemak dengan menggunakan mesin vibrate.
Yang ini 20minit juga.
Tapi sebelum itu, dia akan ukur badan2 tempat yang flabby, dan akan letak tempat vibration di situ. Abis treatment dia akan ukur lagi sekali di tempat yang sama. Dan ko akan nampak resultnye.

Saya setelah abis treatment.
Mau 3jam jugak aku kat sana.
Tapi baguslah, layanan mereka sangat baik.

Dan ini result saya.
Dari 51.9kg turun ke 50.6kg
Total lost = 1.3kg
Ini baru sekali treatment. Belum berkali2 treatment, ewahhhhhhh...
Kalau nak kekalkan ko kena diet la sekali. Jangan lepas buat treatment balik tu terus melantak baikkkkkkkkkk punye.

Tapi kan, betul la kata vivian, lepas je ko setel buat semua nie. Pasti ko akan lapar dan penat seperti baru lepas berjogging keliling taman.

Serius letih gila wa cakap lu...
Balik tu aku makan kenyangkan perut, lepas tu terus tido sebab keletihan.

Anyways. Bagi aku pengalaman aku di LWM adalah positif.
Dan kepada mereka yang mahu cuba2 try dapatkan treatment di LWM, sangatlah dialu2kan. Mungkin korang sendiri boleh ceritakan pengalaman korang di komen sekiranya pernah mencuba treatment di LWM. =)

Sebelum aku tutup entry dengan wabilahitaufik wahidayah.
Aku nak bagitau satu benda penting.
Sesiapa yang berminat untuk join LWM. Aku rasa masa ni la yang paling tepat sekali kerana sekarang LWM ada membuat online contest MATCH and WIN di mana korang perlu meng- match-kan gambar customers LWM sebelum dan selepas. Pasti seronok... Mesti boleh buat kita confuse2...

Dan setiap customer baru yang join akan menerima hadiah bernilai RM668 termasuk 1 rawatan, 1 set produk dan juga RM300 Voucher rawatan (selepas sign up a new course). Dan terdapat juga 10 hadiah utama yang ditawarkan termasuk pakej rawatan dan make over bernilai RM8000.

Nanti uols bukak link ini untuk keterangan lanjut - www.matchandwin.com.my dan klik pada button London untuk memenangi pakej perlansingan badan.

Apa lagi, click segera la ye.

Dan jangan lupa like mereka di Facebook juga - http://www.facebook.com/londonweightmy

Love: Ceera =P

32 LoveGreen:

L@dykiki said...

wahh tahniah!! nanti terus nampak seperti remaja ler. bahkan.. lagiiii slim dari masa remaja ah luu ;) hehe

aida4eva said...

waaahh..cam best!

hehe..tingin gak nak badan mcm model2 tu..opssss

T_____T

http://aida4eva.blogspot.com

Mya said...

akak pernah buat treatment kat LWM ni.
tapi tak tulis kat blog.
sebab.........

Shu Shinju said...

penah wat dlu sekali trial ngan LWM ni..kena londeh semua...cheq malluuu.....

NenekPenne said...

ni adik beradik yun nam dan new york skin solution laa tu

ni company jenis yang menekan ornag suruh amik package yagn gila2 mahal punya, selagi tak amik package, selagi tulah customer tak boleh keluar dari office depa

i dah guna new york skin solution.. beribu habis, tapi muka tak elok pun..dah cakap muka tak boleh kena panas...dia pakaikan juga hot mask kat muka..

u kena package berapa ribu ceera?

♥ Elin ♥ said...

tuh baru sekali g dah berapa..klu g berkali2 alamatnya kais pg mkn pg lah gamaknyer ;))

x per u pun dah seksi tuh..;)

norhatizahmohamed said...

macam best je. (;

how much la?

Wahidah said...

mmg positif kn..yp ingt la masa free trail dl..1st time p blk smpai nak pitam...hehehe

Tika said...

ceera,
you dah kurus, better try buat diet dan exercise sendiri. Lemak tu, sapu pati halia better...murah..hihihi cuma kena rajin jer haha.

Kat LWM cam yg lain cakap, dia akan paksa you ambil pakej ribuan walaupun kadang tak perlu. KAdang bila tak berhasil, dia suh cuba lain laks.. dari produk minum makan sampai la sapu itu ini kat badan... BUkan jer treatment di cawangan tu. Mereka tak jemu paksa kita ambil pakej sampai leh jangkau berpuluh ribu ringgit.

Dari buang duit ke situ, baik la cuba cara lain kalau setakat lemak di sana sini sesikit jer.. BUkan you overweight atau obess pun hehe.

NURUL AINI NORAZMAN said...

best nyee...tapi nak tahu gak harga dia berapa ea??heheh

pRincESs_N said...

sekali treatmnt 1.3kg ko..jeless mak..

lily lotus said...

hot-momma yg gorjeslah pasnih ;)

fazilzura said...

amboi g LWM ... awak ni dh slim , pun nak g LWM ... i yg agak gebus ni tingin nak g , tp x mampu ler.. huhuhuhu

Izzlorna said...

haii ceera :)
yup...besa yer mmg LVM dan yg sewaktu dgn yer tu akan tekan ambik pakej ribu2 pas 1st trial...
serik dah ;p u dah cun dah ceera :) like ur style..hehe..
gipun ni kan entry advertorial...surela yg baik2 saja dipaparkan...hehe...

lela said...

dah banyak baca n org ngadu benda company ni byk tipu mencekik duet org. baek xpayah pegi.

mrs puex said...

salam kenal..

tompang lalu r org kg cheras baru..hhihi..

feel free to visit n polo my blog :

http://mrspuex.blogspot.com

fa-rho-ha-alif-nun said...

Tu la, ramai org komplen geng2 yu nam, LWM ngn yang baikkan jerawat muka tu company dia cekik darah, menipu duet orang. be careful.

ArELeEz said...

hmm.. org kata, klu gemuk air, senang nak kurus. betulkah? ke mitos jer..

marinahunny said...

ceera dh kurus kan, huhuhu

btw jumpa satau blog ni, muka baby dia mcm muka keisha. sebijik, ingtkan keisha tp nama baby hana ;)

http://sekocinorlie.blogspot.com/2011/07/sneak-peak-new-design-from-sekocis-box.html

sweethOneY said...

Menjelesssss nak kurusss cam ko.. cam aku skrg tinggi 165, berat 54kg.. nak turun ke 50 kg :(

ceera said...

marinahunny;
ops itu keisha. mungkin dia salah letak nama. tapi da komen kat dia baru satu tadi.

thanks bagi link

@juera said...

ak pn dpt utk LWM ni..tp x nk lah..
baik bt senaman mcm aerobic ke lg best ceera..bleh mgekalkn btuk bdn smpi bila2 klu sllu amlkn..
satu lg jgn guna losyen pati halia ke ape2 je la utk spuan ke body tu..
org kte mdh dpt kanser..
=)

Mama Likha said...

ni ceera pegi ni brp bayaran die ?

Amna Faqiha said...

betull la tekaan saya, sy penah wat kat LWM ni 1k utk 4 treatment & 1 free last tp yg free sy x pi kdg2 diaorg msh tepon tnya bila nk pi, mmg paksa smpai sy xbleh nk wat apa..paksa byr terus full hari yg sma, ms sms bgtau free tp da pi x der freenya kn amik pakej bru dpt free, asalnya nk try yg free akhirnya trtipu sudaa

ummu uwaisalqarni said...

Ala...korang tau tak,sblm tmbng n buat rwtan u all kena tmbang pkai pkaian lgkap...lpas rwtan u all pkai tuala je tmbang....so,u all pkir le....ehhh...trun .....tp bla u all blik tmbg kat umah...eh,nape xtrun punn...hehe....lu pk la sndri...

ummu uwaisalqarni said...

Ala...korang tau tak,sblm tmbng n buat rwtan u all kena tmbang pkai pkaian lgkap...lpas rwtan u all pkai tuala je tmbang....so,u all pkir le....ehhh...trun .....tp bla u all blik tmbg kat umah...eh,nape xtrun punn...hehe....lu pk la sndri...

Amy Amira said...

kalau yg ada diabetes mcm mana pulak yek? boleh ke buat rawatan ni?

Farah Lyana said...

Nak tanye...how about the price? Time u pergi for the first treatmnt u byr bp? I think i should try this

siti rauza said...

mcmne nk ckp ek..semua tu tipu..sy abis 3k..n end up my weight still the same at 1st time i entered LWM. treatment tu buang air dlm bdn je..blh pegi smp max 1.8kg..tp syarat2 utk turun berat "u kna kurgkn ns, ptg mkn sikit, dinner jgn ambil, minum air byk n bla-bla"..yg klaka sarapan pg yg disyorkn 2bj telur sparuh msk je...
hahaha.... nonsense...cr tu kite sndri blh buat klau displin n mental kuat...
terasa kebodohan aku pegi LWM selama 2bln..

Daus Firdaus said...

Lelaki boleh tk untuk turun kn berat bdn

Daus Firdaus said...

Lelaki boleh tk untuk turun kn berat bdn

Abang Chaq said...

sis mase cek seluruh badan tu ade pakai papetak?or di bg bj diaorang

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998