Instagram

Seronok melepak di Event Oreo Daddy Dunk

Usha muka aaron aziz lama2 jap ye. Entry baru kat bawah.

Hari tu sapa yang pergi event oreo daddy dunk kat OU, sila angkat tangan... ok turun tangan.
Sapa yang tak pergi sangat rugi oh. Seronok tau.
Lagipun event ni event yang ala2 chill gitu, Agak2 panas di luar boleh masuk kat dalam OU bershopping kejap. Takde la ko kena duduk di situ sampai ke sudah dari jam 10 pagi sampai 8 malam, tidak tidak. Datang kejap satu jam pun takde hal. Takde sapa nak marah pun...

Dan kami sampai jam 2petang...

Masa sampai tu, dah ramai orang yang ada...
Aaron aziz juga sudah ada. Sedang bz sign autograph.

Aku pula terus ke tempat collect tshirt yang aku pilih tru online.
Tapi sebelum itu, kena beli barangan oreo sebanyak RM10

Lalu terus mengambil 4 oreo
Perisa orginal/vanilla = 2
Perisa dabel coklat dan kacang = 1
dan perisa baru blueberry = 1
Cukup la resit rm10 untuk collect tshirt oreo untuk ciput sempena fathers day.

Tempat collect tshirt.

Kat sini pulak if ko nak customize your tshirt.

Juga di hiburkan oleh penyampai dari sinar fm
Oh my, i love sinar fm.
Kalau masuk kereta pasti sinar fm la yang aku buka. Dah tua mungkin, hehe...

Dari kiri adalah khairil, najman dan juga zaidi zainal.
Eh mana abang jem kita???

Yeayyyyyyy abang jem ada.
Masa ni dorang panggil anak2 untuk sertai aktiviti untuk dapatkan barangan oreo.
Anak aku kecik lagi, tak boleh la nak join.
Tengok dari jauh sudah...

Ini pulak aktiviti bapak dan anak.
Juga tak boleh join. Ho ho...

Keisha makan oreo. Abis comot.
Tak sangka keisha suka oreo.
Betul2 anak daddy la kalau suka oreo sebab ciput penggemar oreo.

Aku suruh ciput naik nie, tapi dia takut dan memberi alasan;
B takut kang time B, orang tu tekan untuk kasik B jatuh. Tapi karang B tak jatuh, tapi B terus berdiri. Haaaaaaaaa canner???
Tinggi sangat kata ko...

Nak aku masuk. Sori la... aku pun penakut jugak, haha...

Bahagian ni paling disukai ramai. Dapat minum oreo milkshake yang sedap.

Sumpah sedap. Aku dah tahu macammana nak buat, nanti aku ajar okey. Sap sap soi.

Ciput suka sampai kembang hidung dia. =P

Lepas tu kitorang rest kejap pergi carik makan, kelaparan pula. Lalu lepak mcd makan gcb yang baru, oh yeahhhh..

Dah kenyang datang semula ke sana. Sebab nak tengok aaron aziz.
Kat tweet katanya, jam 330 nanti dia datang semula untuk bergambar dan sign autograph.

Sampai2 sana terus amik gambar...
Betapa hensemnye dia. Nasib baik dah kawin, eh.
Macam la ko anak dara lagi, hahaha...

Aaron ni dan ada 3 orang anak. Seorang lelaki dan dua orang perempuan... Wpon sudah bergelar daddy kepada 3 orang anak, tapi badan masih mantop.. =P
Macam ni la kita nak, jangan anak baru sorang tapi dah buncit sana sini, tak sesuai okey...

Itu ok lagi, ada yang belum ada anak, kawin pun belum tapi dah boroi. Sedehhhhhhhhhh...
Hey, jagala badan sikit!!!

Tu diaaaaaaaaa..
sikit punye ramai yang beratur nak amik gambar dengan aaron.
Ikutkan hati remaja aku nie. Aku pun nak beratur sama. Nasib baik ingat kan anak yang dah meroyan nak tido, kalau tak... pasti ada gambar bersama. sobs.. takpe.. anak lebih penting. eh suami pun penting, hehehe...

Seronok la korang semua ye.
Dan aaron pun memang rajin melayan peminat2 dia. Baguslah.
Betul2 pilihan yang bijak orea memilih aaron untuk event kali ini...

Kami sekeluarga.

Dan ini baju yang dipilih oleh saya untuk ciput. Sesuai la untuk dia.

Part time clown paling betul!!!
Hehe...

Jangan lupa like Oreo di FB ye.

Love: Ceera =P

10 LoveGreen:

fazilzura said...

sy dh angkt tgn , nmpak dak ????

ohdtg kul 2 ker.. weols kul 2 lebey dh masuk kedlm psl dh panas sgt2. huhuhuhu .. patut nye kasi le kipas 1 kan

L@dykiki said...

hehe..takla jauh mana aaron aziz tu. dekat lagiiii...dapat ko mbik gmbarrr walau tak bersebelahan.. asal ko tak diri je depan tu.. biar aaron aziz nampak kat bekang nun pun takpe.. hish! mesti tak leh nak pikir time ni kan.. hehe

♥z@z@♥ said...

suke la akak update padal event² nie..tp sye mmg terbatas nk pg sbb hubby keje sabtu..ahad pun kekdg keje jgk..tggu Iman bsar ckt bru sronok join event cmnie..=)

ღ p!nk veLvet ღ said...

keisha sumpah chomel pakai camtu ... baju ciput mcm kelakar jew, hahaha~~

Nur Hani said...

wah wah :) share lah buat milk shake tu :D nampak sedap !

EZAN IDMA said...

amboi keisha . suke die makn oreo hehe

pRincESs_N said...

aku da register...tp x smpat nk pegi time tu..rugi2..

genuine1224 said...

part time clown tu yg xmenahan...heheh

maklongon9shoppe said...

daddy daddy kat atas pentas sure eager nak interview abg jem... ahem al maklumla... rahsia mcm mana nak jaga bini bini..

ellisya said...

mcm besh jerk event nih..luv oreo..nyuummy

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998