Instagram

Sedan VS MPV

Beri laluan untuk mereka yang nak join allaboutexora di Penang. Entry baru ada di bawah. Thanks.

Kami ada 2 kereta. Dan dua2 mempunyai boot yang kecil.
Satu - khas untuk ciput ulang alik pergi keja.
Dan satu lagi, kereta family, sebab kereta tu lebih besar sikit dari kereta yang satu lagi.

Tapi kereta family tu pun baru ada anak sorang dah terasa kesempitannya. Why la why?
Belum ada orang tumpang lagi, kalau ado, bertambah2 lagi sempit ko tau. Sobs...

Dan belum lagi kalau travel jejauh, umakaihhhhhhh. Kemain banyak barang nak kena bawak. Ini tolak stroller tau. Kalau sesaja bawak stroller, memang boot dah tak muat benda lain dah. Tak ke sedeh namanya...

See, bila letak stroller dah penuh satu boot.

Menyebabkan aku terpikir nak beli stroller yang lebih kecik untuk keisha. Sebab stroller yang ada memang la best dan multitasking, tapi kalau takat nak jenjalan sejam dua, adalah penat juga membawa stroller yang besar2.

Bila dah keluarkan, baru boleh beg2 lain amik alih.

Alangkah bestnye kalau ada mpv bukan. *sambil kelip2 mata kat ciput. =P

Aku: Bila agak2 kita boleh beli mpv ye B.
Ciput: Sabar la yang, kalau ada rezeki lebih nanti kita beli mpv ye

Yeay yeay.. tak sabar nak tunggu rezeki lebih.

Selalu kalau anak baru sorang, atau baru berkahwin. Mata kita lebih tertumpu ke arah sedan. Tapi sebenarnya, better beli mpv terus untuk jangka masa yang panjang sebab bila dah anak ramai pun sentiasa berselesa2 nak pergi ke mana2.

Sebab apa mpv best???
Sebab ianya lebih besar...
Lebih selesa...
Dan lebih segalanya....

Ni aku selitkan artikel berkenaan dengan mpv dan kepentingan mpv bila sudah ada anak ramai.

Keisha now dah susah nak duduk kat carseat if ciput yang drive. Kalau aku drive nak taknak ko memang kena duduk kat carseat lah, itu pun tak boleh bertahan lama. Lebih dari seploh minit dia dah start nyanyi2 dah *nangis.
So if weols balik kampung or jalan jauh, aku tetap akan bawak carseat, tapi lebih kepada pegang dia. Cuba bayangkan, letak carseat kat sebelah, barang2 bersepah2 kat belah bawah dengan bantal, baby berry dia, groceries etc. Nak pulak kalau dia tido, aku letak dia kat seat tak letak kat carseat coz carseat dia macam dah kecik, lupa nak beli yang baru... Makanya aku duduk sipi2, oh my oh my....

Tergeliat pinggang ahkak kalau gini selalu.

I know, safety first. Tapi biasalah manusia memang mudah lupa. Dari 2 bulan lepas kot nak beli carseat yang baru tak beli2, coi.

Keadaan kami di belakang.
Ni kira kemas jugak la. Kalau tak lagi mintak nyawa okeh.

Mungkin juga sebab kereta terlalu sempit dan rendah yang menyebabkan keisha cepat bosan. Sebab psychology mengatakan, anak-anak lebih tertarik sekiranya pemandangan mereka luas dan seat lebih tinggi supaya mereka dapat melihat pemandangan dari luar tingkap... Yela, kan ke keisha selalu kena memandang ke belakang, dah la pandang kebelakang. Pemandangan tak nampak pulak tu, mana tak bosan ye ko nak. Patut la baru 5 minit duduk kat carseat dah mula tak tentu arah membosan.

Kesian....

Jadinya, kami memerlukan kereta yang lebih besar!
Mahu mahu mahu...

Oh... ingat tak event proton lepas yang aku pergi kat Full House sunway Giza yang kami beramai2 mengetest drive sambil membuat pelbagai aktiviti.
Yaaaa... Event Proton datang lagi.
Sapa yang terlepas hari tu, mungkin ini peluang untuk anda...

Event Proton bakal dilangsungkan lagi di:
  • Penang - 2 July & 3 July
  • Kuala Terengganu - 8 July dan 9 July
  • Melaka - 30 July dan 31 July
WohOoooo...

Paling terdekat adalah di Penang iaitu 2july dan 3july.
Sapa yang berminat dan duduk berdekatan dengan penang boleh la register terus ke allaboutexora, mana tahu anda akan terpilih mengikuti event Proton.

Dan aku memang sajes korang follow sebab dalam pada kita dapat test drive Exora. Kita juga dapat talk dari 3 penceramah terhebat yang akan bercakap tentang pengurusan diri, duit dan juga anak2.

So tunggu apa lagi, terus ke allaboutexora.com to sign up and get more details.

Love: Ceera =P

10 LoveGreen:

Norhisham Nordin said...

exora best jugak... cuma org cakap minyak larung...

afni+hafiz=dani said...

ceera, kan baby above 6 months dah boleh turn carseat dia mengadap depan. baru keisha selesa sikit.

ceera said...

afni;
setahu saya berat baby dah 10kg baru boleh carseat tu menghadap ke depan.

bonda_tie said...

boleh aje kecik pun pusing ke dpn. Anak akak mmg semua dlm carseat ni. Bila dia dah bijak sket, mmg akak pusingkan ke dpn. Sbbnye kalau die duduk terblk tu die mmg tak selesa. Lg satu cube tinggikan kedudukan carseat tu agar die leh nmpk luar.

pRincESs_N said...

laki aku pn bcita2 nk bli mpv...stroller aryyan je da mkn space...klo viva mmg x muat r..saga blm bole lg..tp agak sesak gtu..

Mr Naz said...

ceera, mybaby age 1years 2mon old dah blh pakai seat ngadap depanlah. Kesian tgk gambo si keisha masih ngadap seat belakang....manalah tak boring tahap cipan kalo duduk camtu...huhuhu

theotherme said...

harus pasni akak nak mpv gak! kata anak pun dah bertambah kan

adarnadzmie said...

minat gak tgk exora... tggu anak ramai sket kot...

banie said...

Ceera: kalau dah submit borang yg test drive proton exora tuu agak2.. dapat tak.. nak sgt try exora.. memandangkan sy stay di penang lg 1, kategori cama hah dia orang akan pilih.

Delima said...

kalo bli MPV tu kene tambah anak lg la weyh... hahahahaha...

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998