Ops, entry baru ada kat bawah. =)
Jom sambung kisah Tiger mother, roar!!!!
Adakah anda sudah masuk ke FB Friso untuk sama2 berdebate tentang tiger mother?
Kalau belum marilah sama2 kita ke sana.
Berdebate dengan menukar2 fikiran adalah seronok jugak.
Mana tahu ada yang rasa tak releven buat anak2 sebegini, boleh la beri pendapat!
Bagi aku, sebenarnya susah juga untuk menjadi emak yang begitu strict dengan anak-anak.
Anak baru masuk setahun pun aku dah tak begitu berdaya nak strict. Apatah lagi nak control dia jangan buat ini jangan buat itu sebab aku lebih suka kalau anak-anak diberikan sedikit kebebasan dalam masa yang sama dia dicontrol sama.
Contoh.
Biarkan dia bermain di luar. Tapi kita tengok dia dari jauh.
Biarkan dia membuat sepah, tapi dengan syarat dia kena kemaskan semula.
Biarkan dia menonton tv, tapi pastikan dia sudah membuat kerja sekolah.
Biarkan dia tido lambat sekiranya besok tidak sekolah
Biarkan dia makan jajan sekiranya dia berjaya memakan sayur.
Now contoh yang aku beri, pastilah aku belum buat kat keisha. Paling2 contoh pertama yang baru aku buat. Yang lain tunggu dia sudah besar dan paham...
So paham tak aku nak sampaikan kat sini.
Aku lebih suka menjadi parents yang give and take supaya anak tak berasa tertekan.
Tapi ini pendapat aku aje. Mungkin pendapat korang berbeza dengan aku.
Macam amy chua.
Bagi dia, anak-anak perlu di kawal selalu.
Contoh, amy chua akan pastikan anak-anak belajar piano sampai berjam-jam dan mereka juga tidak dibenarkan rehat dan juga makan sekiranya apa yang dipelajari tidak dikuasi pada hari tersebut.
Pergh, sangat tiger bukan!
Dan itu memang cara amy chua untuk pastikan anak dia berjaya.
Ada tak dikalangan readers aku yang ala2 amy Chua?
Kalau ada meh sini komen.
Atau mungkin mak bapak ko yang begini???
Aku dulu, mak aku memang garang. Tapi garang sebab anak2 selalu buat hal, bukan garang sebab control on everything.
Nanti kalau free2 jom lepak di FB friso ye.
Sapa yang belum like boleh la like!



5 LoveGreen:
Ibu mentuaku...sangat straight
saya lebih memilih cam cara awak ceera...
sebab saya belajar dari bagaiaman cara ibu dan mentua saya didik anak2 mereka..so dari situ..saya ambik yang mana betul sebagai panduan..yang mana saya rasa tak logik..saya buang jauh2...
u have to do something to get something else in return
betul betul..tapi untuk jadi mcm amy chua tu rasanya tak kot..tapi it depends pada anak2 juga..maybe dia ada reason dia kenapa..
u makan sayur, i bagi reward jajan..oklah tu..
mak leez sekejap tiger.. sekejap jadik lembut.. sekejap tiger balik.. means, m'ikut situasi & keadaan la..
hai...just nak share.ma abah saya agak tegas dulu.mgkin sbb saya sulung kot.antara ketegasan mereka..
1) saya ada jadual waktu kat rumah.pkul 5kene banugn untuk ulgkaji..wajib.lepas tu solat subuh jemaah.lau dan baca quran sket
2) ngaji quran tu wajib la.skali ngaji kene 3lai (6m/s) dengan lancar.lau tak ngulang2 la ngko
3) tv hanya pada pukul 2-5ptg shj(tu pun kerja skolah kene siap dulu)
4) 5.30ptg wajib kua rumah main sampai peluh berceceran.7ptg dah siap nak solat magrib jemaah.
tp tu semua untuk kebaikan.but bila masuk U duk jauh2 mula la cam bingung...hahaha..besa ade org wat jadual.ni jadi free..jadi leka je.hahaha
i blm da anak, tapi kadang2 jadik tiger jugak utk didik adik2..nak tgk diorg berjaya kan..my parent xtiger sangat, sket2 je..marah diorg pun bersebab n kena pada tempatnya. bila dah besar, baru tau kenapa dlu mak marah...masa kecik2 xnampak pun tu smua..
Post a Comment
Love U, =P