Entry baru ada kat bawah ye, tq
Jarang aku bercerita pasal ciput kan.
Ok dulu selalu, =P sekarang agak jarang. Mungkin sebab sudah ada anak, dan mungkin juga sebab sudah kekurangan update. Makanya nama dia agak kurang disebut disini sebab banyak benda lain aku kena sebut dulu. Wpon pada dasarnya kalau di rumah, ciput adalah keutamaan aku. yezza yezza, akak ko nie isteri mithali tau.
Contoh, di hari minggu ye:
Aku pasti takkan online kalau ciput ada sama. Bukan dia marah aku online, tapi aku hormat dia sebagai suami, lagipun bagi aku masa nie la yang aku nak gunakan untuk bersama2 dengan suami dan anak. Sebab time weekdays, secoet masa je ada sama2 dengan ciput, sob sob sob. Pagi2 kul 8 dia dah kuar gi keja. Kang kul 8malam baru nampak bayang dia kat rumah nie ha. Bak kata akak2 aku, putih la ciput tu nanti... asal matahari dah terbenam baru nampak muka dia, hahahaha. kuang ajaq sungguh mereka.
Takpe sayang, i tatap cinta u...
Meh sini aku cerita sikit pasal ciput kat korang, =P
Sebagai suami ciput ni adalah seorang yang:
- Lembut dan kekadang dia garang. Kalau dia garang aku takutttt. Pasti aku akan diam dan menurut perintah ajer. Tak berani nak cakap lebih2.
- Suka menolong mengemas di rumah. Bab vacum, mop lantai, basuh toilet, basuh kain, basuh pinggan memang tak payah disuruh, pasti dia akan buat.
- Juga adalah pencinta alam sekitar. So taman di luar dia la yang handle.
- Penyayang la ofcoz. Dalam satu hari dia mesti akan kiss dan hug selalu. Me likey likey. Dan ayat2 cinta sampai hari ni dia masih cakap, sukeeeeeee....
- Menjaga solat dengan baik. Dan kadang2 if aku sangkut2 mesti dia akan cakap, ayang nie nanti Allah swt tarik balik rezeki yang Allah bagi tu nak??? terus aku senyap dan kelam kabut amik wuduk. Hehe...
- Kuat makan tapi jaga badan, hahaha... ye suami saya kuat makan dalam masa yang sama dia jaga badan supaya tidak gemuk.
- Gila bola. Bukan gila tengok bola aje, main game bola dan main bola padang juga dia gila. Kalau seminggu tak dapat tendang bola boleh bikin sesak napas.
- Tak multitasking, dan buat kerja sangat teratur.
Itu dia kalau sebagai suami saya la. Tapi kalau sebagai daddy kepada keisha, yang aku nampak kat ciput adalah:
- Lembut hati tersangat lembutnyeeeeeee.... nak bagi anak makan ubat, tengok anak menangis terus takut2 nak kasik anak makan ubat dah, Lol. Bila anak mahu sihat kalau macam tu.
- Lepas tu kalau keisha buat dek je dengan dia malas nak ketawa kalau ciput buat lawak pasti ciput akan sentap, hahaha...

- Pembersih. Asal sampai rumah je ayat pertama dia akan cakap, bawak keisha pergi basuh tangan dan kaki. Takpun bawak keisha washup laju2 tukarkan pampers segala bagai.
- Sangat monitor apa yang anak dia makan. Dia la yang selama nie carik info pasal apa keisha tak boleh makan umur sekian2, umur setahun ke atas baru boleh makan begini2. Sebab nak harapkan aku carik info, memang tak la kan. Lepas tu hari2 akan tanya aku, keisha dah makan ke belum, keisha dah makan ke belum.
- Tak pernah dengar dia tinggi suara kat keisha. Dan yang selalu tinggi suara adalah aku, hahahaha...
- Bagi keisha explore everything. Ciput bukan type of person yang anak jatuh marahkan isteri. Dia kekadang boleh gelak tengok keisha jatuh baru kelam kabut angkat keisha. Dan dia selalu cakap macam nie. Ok sayang, ni lesson keisha for today - lepas keisha dapat benjol di dahi, boleh???
- Suka merimaskan keisha. Dia kalau pegang keisha mahu cium keisha sebanyak seploh kali dalam satu minit. Kadang2 naik tension minah kecik tu. Aku la yang selalu menjadi penyelamat keisha. Ciput kata sekarang nie la dia nak buli keisha. Nanti dah besar mesti keisha dah taknak kena kiss2. =P
Bagi aku, ciput adalah daddy terbaik untuk keisha dan juga suami terbaik untuk aku. Terima kasih Allah swt.
Motip cerita pasal ciput???
Untuk menghargai pengorbanan dia sebagai bapa to my doter.
Selain tu, sebenarnya aku nak ajak uols join Event Orea Daddy Dunk yang bakal berlangsung di One Utama 19June (Ahad) akan datang...
Fathers day kan nak dekat, daripada korang tak tahu macammana nak meraikan si suami atau si bapa, apa kata korang join oreo event.
Macam mana nak join event?
Mudah saja, mula2 uols kena click link ni - http://www.facebook.com/oreo?sk=app_7146470109
Lepas tu click like segala bagai. Then register dengan Oreo sekiranya nak dapatkan tshirt ekslusif untuk diberikan kepada suami/bapa masing2.
Dah allow application dan like. Nanti akan nampak seperti di bawah.
Then click start lah...
Terus masuk sini.
Oh oh. Kalau uols join this event kan. Ehem ehem... Aaron aziz ada okey.. arghhhh terujanya!!!
Ala, Pelakon hensem lagi gagah perkasa yang berlakon dalam citer nora elena tu.

Serius!!! Tak sabar nak amik dengan dia nanti, la la la~
Lepas tu nak design tshirt buat ayat2 sweet kat tshirt pun boleh.
Click start.
Tadaaaaaaaaa... motip ada icecream pun tak tahu. Tapi ijau itu adalah wajib ohkey.
Tshirt ekslusif yang wajib direbut....
Ada 3 design. Aku pilih design yang pertama sekali.


Lepas itu, isi form dan submit. Nanti dia akan berikan confirmation code untuk dapatkan tshirt ekslusif di event akan datang.
Amik ko siap buat tutorial oreo. Macam la korang tak tahu nak explore sendiri. =P
Nanti korang join tau, sebab aku, ciput and keisha pun akan ada kat sana nanti. Nak amik gambar dengan aaron aziz. =P
Jumpa disana.... dan jangan lupa register di sini - Facebook Oreo
Venue: One Utama, new wing ground floor main entrance.
Date: Sunday 19 June 2011
Time: 10am - 8pm
Love: Ceera =P










10 LoveGreen:
bersyukur dpt suami yg bertanggungjawab kan yunk..btw..memang tak dapat nak join that oreo event..jauh ler..kat sabah ni :'(
so sweet..xsabar nak wat crita camni jugak nnt..hehe
wahhh...ciput nie ala² laki sye la kak..lembut tp time garang..takuttt..rajin, x pernah marah², marah anak lg la x..Alhamdulillah kite dpt suami yg baik nie..amin..
waa...untungnyer ceera dpt ciput, hehe~
huhuhu zr pun now xnak beronline kalau en somi ado , pehtu kurg2 kan menjair.. psl en somi majuk nnt ..uhuhuhu
* kene wat entry psl daddy or terus leh submit dgn even oreo tu?
untungnya akak dapat suami yang baik dan penyayang.. alhamdulillah =)
sweetnye post ni!!! i like!! untung ceera heheh:)
ade aaron aziz!!!?? whattt.ala takde anak la pulak.kawin pn tak lg.hahaha
ala tak boleh nak pergi.
kirim salam kat seth tan @ aaron aziz ek :)
u're d lucky person...hiphip hurrayyy....so sweetttt....kim slm kt aaron aziz ae...=)
untung ceera! :D semoga bahagia selalu.
Post a Comment
Love U, =P