Time: 10.00am
Venue: Sungai Tekala Recreational Forest, Taman Warisan Negeri Selangor, Off Jalan Sungai Lalang, Hulu Langat
Apa la yang kami buat pepagi kat sungai tekala ni.
Eh ko pernah sampai sini???
Best tau air terjun dia, jernihhh ajer.
Perempuan biasanya sinonim la dengan Sloogi nie sebab Sloggi adalah adalah barangan dalaman wanita like panties and bra. Dan kalau korang nak tau, Sloggi diperbuat daripada Sensitive fabric, an advanced fabric yang mempunyai ciri2 natural silk dan dihasilkan menggunakan proses eco-friendly.
Wpon begitu, design dia terbaik wa cakap lu. Ianya sangat soft, cuddly and ultra comfy.
Dan Sloggi ada keluaran baru tau untuk panties dan bra.
Nanti kalau korang pergi ke mana2, cer check. Dan cer beli.
Mungkin juga boleh tengok di Website Sloggi
TrEES nie berperanan besar untuk mem-protect hutan, dan juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor yang mana mereka sudah bekerjasama lebih kurang 12 tahun untuk menjaga hutan.
Sloggi sudah menjadi sebahagian dengan Ngo, TrEES dan juga Jabatan Perhutanan Selangor.
Dimana Sloggi telah menderma sebanyak RM25k profit sales dari Love World collection kepada TrEES.
Mula2 dia kasik suruh sapu kat tangan, kaki and leher terus aku macam. Lorrrr kenapa nak sapu, lepak sini ajer pon. Bukannya nak ke mana2 sampai nak kena gigit dengan nyamuk semua...
Patut la suruh weols semua pakai kasut sport. Uwaaaaaaaaa...
Kali terakhir saya masuk hutan bila eh??
Kejap nak recall balik...
......
Tahun 1. Aku join club apa ntah namanya. Tapi stok nak kena naik gunung2 semua. Kelakar tak???
I love forest, tapi.... aku sebenarnya agak malas nak mendaki2 bagai. So masuk sekejap, pergi hutan sekali, lepas tu terus tak join dah sebab malas, kahkahkah...
Tapi suami ku sangat2 cintakan hutan.
Semua gunung pun dia dah naik.
Tahun depan dia paksa2 aku naik gunung kinabalu. Masuk hutan tekala yang panjangnye secoit pun aku dah termengah2, ini kan pula kinabalu.
Kita tengok ajer la nanti, kot2 aku termengandung lagi. Takde la aku pergi, hehehe...
Pandang bawah jangan pandang depan ajer. Nanti tersadung.
Tapi pandang bawah carik2 pacat, hoih pacat jangan la ko naik ke kaki ku...
Nasib baik tanah tak lembab uols, kalau baru lepas hujan or lembab. Compom pacat sana sini.
Ada satu tu, standard rumput, tapi ada bunga color putih. Cantik gila...
Sori lupa nak amik gambar, ralit menengok sampai lupa nak snap pict untuk tunjuk kat korang.
Hutan tekala nie dipanggil hutan tanah rendah. Tak banyak dah hutan2 begini di Selangor nie. Adalah dalam 30%. Lagi 70% dah selamat bertukar kepada pembangunan. Makanya yang 30% ni la yang kita kena jaga elok2.
Cara nak kira umur pokok adalah dengan kiraan lilitan batang pokok...
Ada setengah pokok dikira 1cm = 1tahun
Dan apa pulak yang 0.5cm = 1tahun
Tapi kebanyakan pokok2 kat sini adalah 1cm = 1tahun.
Pokok petai. =)
nampak ke tidak.
Dari jauh dah bau ok...
Tetiba pakcik tu tanya, haaaa sapa kenal pokok petai yang mana.
Ehemmmm... haruslah aku kenal okey, terus tunjuk tuuuu dia... lalu dikagumi oleh orang ramai sebab aku kenal pokok petai, hahahahaha....
Ya ampun korang tak kenal ke??
Yang mic.
Laaaa i ingat pokok petai nie rendah2, rupanya tinggi ye...
Ye mic, tinggi okey. So bayangan afford dorang nak amik petai tu kasik korang makan.
Tapi dah tebang sebab jiran sebelah adalah keycoh... daun2 masuk rumah dia, pastu dia kata dia penat hari2 nak kena sapu. Padahal dok menyewa je pun.
Mak aku bengang terus tebang pokok petai tu...
Dasyat tak bengang mak aku nie.
Tapi dah tanam yang baru, masih rendah dan sudah berbunga...
Keluar2 terus check kaki ada pacat ke tidok. Nasib baik takde, =P
Dah macam budak kolej ajer aku rasa, hahaha...
Kitorang diberi peluang untuk menanam pokok, yeayyy
Satu lubang untuk 4 orang.
Ada lebih kurang 20 pokok yang harus ditanam.
Serabai sudah.
Aku: Eh pakcik, masukkan terus je ke?? plastik tu tak payah buang??
Pakcik: Plastik tu awak la yang kena buangkan...
Aku: ohhhhhhh
Sumpah peraq ini perempuan.
Jangan la ko tanya, aku pun konpius sudah.
Berkerah tenaga nie aku tanam.
Lepas sesi menanam pokok, baru dapat makan. Aku tak lapar sangat, aku kehausan sajork.
Lepas makan, bersurai untuk pulang....
Cer teka pokok apa???
Pokok sambung nyawa okey...
Nama tak agak2, mungkin dolu2, pokok ini la selalu menjadi penyelamat kepada mereka yang hampir hilang nyawa kot. mungkin la, sebab tu nama dia pokok sambung nyawa, hehehe... ada logik tak???
Selepas pulang, teruslah aku berkempen Sloggi Love World selama 7 hari 7 malam.
Hari pertama:
Pasang aircond dimalam hari sahaja. Itu pun kalau panaslah, kalau sejuk pasang kipas sudah. Tapi aku pelik la orang yang rumahnya aircond sana sini, lepas tu siap tutup tingkap tutup pintu dan pasang aircond disiang hari. Common laaaaa... udara di luar masih segar okey. Kenapa masih nak duduk seperti di dalam gua. Siang2 kasik la udara masuk ke dalam rumah. Panas sikit takpe la. Standard la Malaysia panas.
Hari kedua:
Berkenaan dengan air
Gosok gigi jangan lupa tutup air. Kekadang kita lupa nak tutup air time gosok gigi ataupun cuci muka. Nampak macam ala, sekejap aje bukan lama. Tapi sehari 4 kali ko buat benda yang sama, banyak jugak ye air membazir.
Hari ketiga:
sampah
Asingkan sampah basah dengan sampah kering (botol pastik, tin, kaca yang boleh dikitar semua)
Nak lebih molek ada 2 tong sampah. Tapi make sure sampah2 kering ni dicuci terlebih dahulu sebelum di buang.
Hari keempat:
Kurangkan penggunaan elektrik di rumah.
Make sure tv dipasang bila perlu, pc dipasang bila digunakan, lampu dan kipas dipasang bila ada disitu.
Water heater digunakan pada waktu siang sahaja. Petang2 mandi air sejuk, =)
Masak air guna gas tak perlu guna elektrik.
dannn kurangkan penggunaan lampu di dalam rumah. Yang ni susah sikit sebab ciput suka bukak lampu. Kalau boleh dari hall sampai ke dapur, semua lampu dia nak bukak. Tension je aku sebab kekadang keja aku pulak yang kena menutup lampu yang dia pasang. Dah tu, ko tak lepak dapur apahal pulak ko pergi bukak lampu dapur kan... dan ayat aku senang ajer, B plz sloggiloveworld sikit...
Hari kelima:
Menanam pokok di luar rumah:
Rumah aku ni laman dia secoet ajer. Tapi aku akan pastikan walaupun secoet, tapi digunakan sebaik yang mungkin dengan dihiasi dengan pelbagai jenis tanaman.
Hari keenam:
Basuh kain bila cukup muatan di dalam washing machine.
Biasa kami akan basuh kain 2 3 kali seminggu. Masuk kain cukup2 dan baru basuh. Makanya, tidak membazir elektrik dan juga tidak membazir air.
Hari ketujuh:
Sentiasa bawa green bag kemana2 sahaja. No more plastic bag!
Kempen ni akan sentiasa berterusan. Takde la aku buat hanya untuk 7 hari 7 malam. Cuma saya sudah mula berkempen.
Dan aku harap korang pun akan berkempen sama.
Sama2 la kita sayangkan bumi kita yang sudah tua ini. Dan semoga generasi kita yang akan datang masih tersenyum luas melihat bumi yang masih terjaga dengan baik oleh nenek moyang mereka. Hurmmm sudah tua dah, hoho~
Love: Ceera =P





4 LoveGreen:
terpukau ai tengokss..hihi..
bagus akak...saya suka.... saya juga pecinta alam...
let's more 3R - reduce, reuse, recycle..
Bab bwk plastik utk shopping yg aku lemah ni,,,
bab pacat yg xmenahan tuh! hu3..
Post a Comment
Love U, =P