Ada apa disini?
Ada event untuk meraikan 20 pasangan yang bertuah untuk sesi pandu uji proton Exora.
Alaaaaaaa kan ke hari tu aku ada suruh korang isi form kat web allaboutexora tu, ingat lagi ke tidok???
Dan mereka yang bertuah sudah pun dipanggil untuk test drive exora sambil buat aktiviti seronok2. Serius seronok, jap lagi aku kasik cerita.
Yang tak dipanggil, mungkin rezeki ko di lain masa, insy!
Sampai2 terus di ajak bfast.
Aku makan bihun goreng dan scramble egg yang sedap. Penuh dengan lemak krim ko! Lepas tu kasik pekena air tea panas. heaven...
Dan En. Ivan Khong sedang memberi sedikit pengenalan berkenaan dengan event yang akan berlangsung dari jam 9 - jam 4.30 petang..
Gigih tak ahkak ko amik gambar, hehe
Oh cerita pasal event satu hari ni. Aku adalah cuak sebab tinggalkan keisha agak lama.. Nasib baik dia dapat bertahan sebab time aku balik dia tak menangis, bagus keisha bagus. Lepas nie boleh la mummy tinggalkan keisha lagi, erk.
Beliau cakap pasal safety di dalam kereta terutamanya kepada mereka yang ada anak2. Kalau berjalan jauh macam mana nak handle anak supaya kita tidak stress dengan kerenah anak2.
Lepas tu sentiasalah menjaga keselamatan anak2 dan juga diri dengan memakai seat belt. Dan ajar anak pakai seat belt dari kecik. Sebelum ajar anak, kena la bermula dengan diri sendiri dulu... ko pun jangan pulak tak pakai sitbelt kan. Kemain suruh anak pakai, tapi diri sendiri haremmmmmmmmm...
Sebelum mahu berangkat ke Desa Park City
Aku adalah cuak sebab aku kena drive bawak orang media ke Desa Park City.
Udah la secara konvoi. debor ahkak debor.
Ada la dalam 14 mpv yang berkonvoi. So 2 pasangan diletakkan dalam satu mpv. Makanya, bergilir2 la ko kalau nak test drive. Nanti dia akan stop somewhere untuk orang lain pulak drive.
Memula aku drive, lepas tu berhenti kejap dan kasik akak reporter pulak drive. Takkan ko nak tamak sendiri pulak kan, kasik la orang lain merasa juga.
Gambar aku drive haruslah takde, sebab en suami ku tidak ada. Benci.
Orang lain semua dengan pasangan memasing kan, aku takde pasangan.
Eh memang la ko nampak muka suami aku tadi, tapi kejap ajer la. Lepas tu dia calooo sebab dia ada hal nak main bola.. hmmmm...
Skang di beri penerangan sikit untuk nak buat apa lepas nie...
Kat sini ada 3 acara...
Ada 3 beg besar, stroller, barang set golf dan apa ntah lagi. Lepas tu 3 orang Proton akan menyamar menjadi atuk nenek dan juga kawan.
So ko kena laju2 masukkan atuk nenek sebab compom dorang akan buat2 jalan pelan2 kan. Lepas tu si suami pula kena laju2 masukkan barang2 ke dalam boot lalu laju2 masuk kereta. Aktiviti ini adalah untuk menunjukkan ruangan yang luas di dalam Exora.
Pandu uji kereta lepas tu break secara mengejut.
Waaaaaaaaaa takutnya nak buat yang ini. Tak suke tau break mengejut2.
Sebenarnya bukan seronok-seronok kiter nak buat turning nie, aktiviti ini adalah utk uji sistem brek and bagaimana tahap prestasi apabila berada dalam senario kecemasan. Sememangnya, Exora nie memang selamat la sebab aku memang rasa selamat lepas pandu uji prestasi!
Dan acara ke3 pula. Ko dan pasangan kena parking kereta sambil si suami or si isteri ditutupkan sebelah mata, dan yang sorang lagi bagi instruction haaa ke kiri ke kiri, undur sikit kebelakang, begitu...
Yang ni aku tak buat. Katanya takde suami. =(
Oh berdebar betul. Nasib baik jemah ada tolong snapkan pic. Kalau tak, takde la gambar haku.
Tak menepati apa yang disuruh langsung, hahaha..
Lalu di maki
Hei, ni nak break kat drive thru mcd ke apa nie??
Hahahahaha.. sumpah lawak weiiiiiiiii
Dia suruh aku break mengejut siap ada sound efek bagai tu. Ko gila?? haruslah takutkan! Dah la tak tahu celah mana nak break. I mean ko cakap la.. ha sampai je garisan kuning ni ko terus break mengejut tau. Ini tidak, suruh main agak2, memang break agak2 la jugak aku kasik ko, hahaha...
Takpe, cubaan kali ke 2 pulak.
Tatap sama, hahaha.. takut siot.
Masuk2 terus pakai sitbelt dan baca doa kenderaan.. hahaha..
Lalu dia pun pecut dan stretttt strettttt stretttt. Aku siap menjerit2 dalam Exora. Dalam pada menjerit dan takut, siap suruh dia buat lagi sekali, hahaha.. macam main roller coaster pulak. Seronok..
Ok, berhenti mengejut dengan mpv tidak la akan menyebabkan kereta ko berguling2. Lain la kalau mpv ko terlanggar something yang membolehkan ia berguling2.
Lepas semua dah masuk semua acara. Then pulang semula ke giza mall untuk lunch.
Makan nasik goreng. Ciken cop semua dah abis. Jadi makan la apa yang ado.
Lepas dah kenyang, masa untuk mendengar speech dari 2 3 orang penceramah lagi.
Wpon baru lepas makan dan mengantuk, mereka2 nie pandai la tak kasik kita mengantuk.
Care ka?
Compassion
Commitment
Communication atau
Considerate.
Lepas tu dia suruh kita listkan no 1 - 6
Tengok sama tak si isteri buat sama tak dengan si suami buat.
Sangat fun la buat benda nie.
Dari Datin Sharifah Shawati.
Ko tengok la gaya dia bukan main meletop bukan. Baju pun sangat cantik, suke suke suke...
Ingat nak amik gambar dengan Datin bila dah abis event. Sekali carik rupanya sudah pulang. Baru nak tanya, datin pakaian saya ok ke tidok hari ini???
Dia cakap pasal gaya dan ketampilan kita. Ada la sangkut paut jugak dengan kereta. Macam aku la kan, pakai kereta kancil ajer. Bila ko tengok aku pakai kancil, apa yang ko akan pikir dalam kepala hotak ko???
Oh budak nie tidak la kaya sangat, biasa2 ajer...
=)
Cer kalau ko pakai keta bmw la contoh.
Fuhhh kaya makcik nie. Bmw koo.. makcik ada anak lelaki tak? hahaha..
Jadiknye orang akan tengok luaran kita dulu dan terus menilai kita. Betul atau tidak nilaian tu, kita tidak tahu. Mana tau, aku pakai kancil bukan sebab aku tak mampu pakai keta besar, cuma aku nak jimat dan keta kecik lebih senang untuk menyilok kalau jalan jam karang.
Dan last sekali En Al Jazzura Khan yang memberi speech tentang Merancang bajet harian & kewangan yang berkesan.
Yela, bila dah ada keta besar nie, macam2 kena pikir kan. Duit kereta lagi untuk saving lagi. So dia bagitau la kita cara2 nak handle duit gaji memasing.
Dan salah satunye adalah dengan cara menabung...
Lepas tu dia suruh kita cari tabung yang transparent sebab kita boleh nampak duit tu ada berapa semua. Baru ada motivasi nak simpan duit. Aku mmg ada tabung, tapi tabung yang bukan transparent lah. Tapi keisha ada tabung transparent, ekekeke.. sibuk tabung anak puloq.
Takpe, mulai hari nie aku akan menabung duit rm5. Asal ado RM5 terus simpan untuk masuk ke dalam tabung, yeayyyyyyyy semangat semangat!
Lepas semua dah selesai, acara pemberian hadiah kepada pemenang yang buat 3 acara kat desa park city tu.
Dan tahniah kepada pemenang dan juga semua 20 pasangan yang hadir. Sebab masing2 membawa pulang cash money, seronokkan???
Tu la, tak rugi tau. Dalam pada dapat test drive proton exora dan dapat berkenalan antara satu dengan yang lain, mereka juga dapat duit dan voucher spa untuk di bawa pulang.
Sebelum tutup entry ini..
Ni gambar2 saya dengan mereka yang ada...
Terima kasih Proton Exora!
Love: Ceera =P

4 LoveGreen:
hai sis.
i suka white ribbon yg u pakai tu.
cute nyaaaaaaa :)
btw, i suka sis punya header.
pic last tu, Kinna, kwn 1 sekolah saya dulu. dia dpt no 2 kan? cayalah!
wah, bestnya dapat join xtvt mcm nie..sy, belum dpt lagi nak join...
terbaik...!
Post a Comment
Love U, =P