Instagram

Keselesaan berganda-ganda dengan Proton Exora

Seminggu lebih aku berselesa2
Seminggu lebih juga aku merasa seperti gagah perkasa...
Tapiiii cukup la untuk seminggu. Nak lebih2 ko beli sendirik!

Apa la yang selesa2, apa la yang gagah perkasa..
Alaaa hari tu kan aku ada memekak2 kat twitter, eh takde la memekak sangat. Aku kasik tahu lite2 ajer yang aku dapat color hitam, ada urusan kat shah alam, terfuyoooo2 kagum ada tv, hahaha.. sebab pergi amik Proton Exora ini lah...

Memang best wa cakap luuuu... masa bawak, tengok kereta lain pun siap tunduk2, wakakaka... tapi tak berlagak tau, cuma bangga sekejap la... sebab sebelum nie, tengok kereta korang kemain dongak2. Kereta kecik la katakan....

Terima kasih proton sebab kasik pinjam exora... Seminggu pun seminggu la... janji ado!

Dikesempatan seminggu yang saya dapat pinjam tu.
Saya siap pergi bukit tinggi dan genting highland okey nak kasik test drive... wakakakaka.. baru la boleh buat entry tip top sebab dah dapat rasa berjalan jauh dengan Proton Exora siap naik bukit segala.

Dan yang pasti, Exora adalah berat. Bila bawa laju terasa lebih selamat, tak gegar2...

Mertua aku pun selesa2 je duduk dalam exora.
Si babil pulak siap kedepan ke belakang. Besar nau kan, boleh plak dia berjalan2 dalam kereta. Nak pulak ada tv, lagi seronok dia... jalan jauh pun rasa sekejap je bila ada tv. Kalau tak, mahu dia membebel2 tanya, bila nak sampai nie? bila nak sampai nie?

Kami memang teringin gila nak ada kereta yang besar macam nie.
Dah tu dalam perancangan mahu 4 orang anak kan. Takkan masih nak berkereta kecik, At least kena ada satu MPV. Kalau tak, mana cukup nak sumbat anak-anak.

So bila diberi test exora, terusla berangan tu makin kuat untuk dapatkan satu mpv. Insy satu hari pasti akan terkabul doa kami. =) aminnnn...

Cerita pengalaman saya dengan proton Exora.
Mula2 agak takut jugak la nak bawak. Yela exora ni kan panjang ke belakang. Kereta aku mana ada yang panjang2. Semua pendek2 yang senang nak ejas. Jadi bila di suruh drive, agak cuak jugak pada mulanya. Tapi bila dah start drive, tetiba rasa seronok tak reti nak berhenti, =P

Sampai part parking pun rasa macam senang jugak.
Kira masih boleh bajek la. Takde la tergeser sana sini... *gila ko nak geser kereta orang.

Part kat dalam kereta pulak. Dah la ada tv, semua kerusi adalah kulit. Best best. Senang je nak lap kalau keisha termuntah dan bau pun tak lekat. Dia punye luas pun terbaik. Kalau family ko masih 2 3 orang. Yang sit belakang tu boleh la kasik lipat untuk letak lebih banyak lagi barang if ko balik kampung or berjalan2.

Ni gambar dalam kereta yang sempat saya snap
Dan aku perasan dia punye safety adalah selagi ko tak pakai seatbelt, selagi tu la ko akan dengar bunyi tet tet tet tet sumpah bingit. Nak taknak kena jugak pakai seatbelt. Lepas tu, if ko tit tot... dia akan bukak untuk driver sahaja... Memang sesuai untuk driver wanita yang selalu kehulur hilir seorang diri. Sebab if ada orang cuba nak curi2 masuk kereta ko dari belakang time ko baru masuk kereta. Memang tak dapat, sebab yang belakang masih lagi berkunci. Kena tit tot dua kali baru semua kunci di buka...

Me likeeeeeeeeeeeeeeeeee....

Eh korang nak test drive tak???
Mana tau nak merasa sendiri. Pengalaman sendiri adalah lebih baik daripada mendengar cakap2 orang.

Kalau mahu cuba, uols boleh register di sini.

Click belah kanan atas yang aku bulatkan tu.

Then click register dan sila register macam biasa.

Mana tahu anda adalah orang bertuah yang akan dihubungi. =)
Kalau dapat test drive Proton Exora jangan lupa kongsi2kan dengan saya sekali. Dan jangan lupa update di blog ye, =P

Good luck!
Eh aku tersubmit lagi sekali. Mintak2 dia tak perasan dan call aku lagi sekali, muahahaha...

Love: Ceera =P

18 LoveGreen:

suffer8zine said...

fuyooo BKX tu :P

Terkini : Gunting Dalam Perut Selama 3 Tahun

AnaLyana said...

aku dh submit. harap-harap dapat..:)

cik nur said...

hurm mesti cubag tuh huhuh

Fazil Hamid said...

ni baru betul..test drive seminggu..
kalau test drive sekali 2 kalim pusing je..x tau kesahihannye..

deyna said...

salam perkenalan..wahh best nya naik kereta besar...

ZanaNordin said...

fuh, exora mmg best....
dulu pergi KK pun sewa exora...terbaikkk arrrrrrrr

even time naik bukit tu ada berat sikit...tp ok ler jugak...
and yang penting
adalah
luassssssssssssssssssssssssss

*Ms Serry*Fatieha said...

grand livina pun kena tit tot 2x.. rasanya skrg ni pengeluar2 kete dh bnyk tingkatkan safety utk kete2 mereka..

Delima said...

takyah test.. dh beli dh pun... mmg selesa ko.. luassss.. anak2 aku 2 org tu tergolek terlentang je.. hahahaa

yg paling best bila pegi IKEA takyah nk pikir2 bila nk bli brg beso2 muat ke nk sumbat dlm kete... hahahahahahaha..

exora ni mmg berat kalo ko bw slow, tp kalo bw laju baru rs stabil...

I LOIKE EXORA!!!

Miza Yusof said...

bestya dapat test drive :)
tahniah :D

haslina said...

wah syiok lah klu proton leh kasi kasi gitu ek.

mmg kena cuba nie.
sokong kereta malaysia.

Sora Rasyido said...

kete berat tak begegar naik bukit. Tapi kalau turun bukit?

Suzila said...

Yess... bestnyer.Hehehehe suker =p

missrivebell mumun said...

ehem2 kak ceera dah test drive kan? bile plak nk angkat mpv? hihihi

ina's said...

exora mmg terbaik..selesa

Aiman Raziff said...

Nak jugak test drive tu,.... nak cuba jugak lah,..

Haryati Molly @ Tunung said...

Thanks for sharing this.. baru je bercadang nak tukar keta.. keta viva dah x leh tampung rakyat yg 4 org..
Mcm ni rasa mcm nak reconsider balik choice kitorg la..
Psst.. Betul ke proton lah bagi test drive??

kimmy said...

thanks for sharing ceera. kimmy just submit form tu, ada rezeki, boleh try mencoba..hehe

LOT 5200 V said...

Nak jugak test drive tu

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998