Instagram

Ke Genting Highland pula kite, moh ler moh ler...

Masa otw ke genting highland si babil membebel2 di dalam keta.

Aku tak berapa nak dengar apa yang di bebel, yang aku dengar adalah dia sebut pelik2, lepas tu cakap: babil tak nampak pun ada gunting. Kenapa nak namakan dia kerinting highland.

Lalu aku pun, wattttttt???
Kerinting highland???
Wakakakaka...

Bukan kerinting highland la babil, Genting Highland.
Ohhh patut la takde gunting, hahaha..
Sengal punye babil..

Oh jangan buh nama anak ko babil or panggil anak ko babil, compom akan kuat membebel nanti,wakakaka.. teori sendiri.

Budak yang takut tempat tinggi.
Begini ajer la dia bila sampai kat crandle rock...
Babil takutttttt, babil pening la. Bila kita nak turun nie, =P

Muak cuak tapi terpaksa amik gambar jugak.

Cun cun sampai, memang sejuk. Nak plak tetiba awan datang pada masa yang sama. Bagus!

Ececece...
Sampai kat genting nie lebih kurang jam 6 lah. Sebelum tu weols singgah dulu kat genting sempah makan2. Tapi macam menyakitkan hati je. Aku suruh ciput belikan jagung cup tu. So pergi la ciput nak membeli. Tanya la budak pompuan yang menjual di situ, dik jagung nie kasik 2 ye. Eh eh, tak tahu la apsal pompuan tu kan, bergaduh dengan laki ke atau pms, muka memang tak senyum langsung masam mencuka terus jawab, jagung belum masak lagik. Ok fine la jagung tak masak lagi. Tapi salah kan kita tanya balik, lagi berapa jam jagung nak masak.

Terus dia jawab, ntah.. ntah ajer koo..
Nape, ko baru sehari ke keja situ yang ko tak tahu jagung tu masak berapa lama? sengal nak mampos.
Disebabkan itu, teruslah aku.. dah dah, jangan beli dah dengan pompuan tu, apa pun jangan beli. Mogok, wahhhhhhhhhh...

Kempunanlah aku nak makan jagung. Coi la ley lu minah!

Baru bangun tido, itu sebab hepi semacam.

Eh teruslah berjalan ke taman genting pulak.
Aku combinekan terus entry genting. Sebab gambar tak banyak.
Gambar banyak, tapi dah selalu sangat kot gambar kat genting, so malas nak upload secara hebat.

Keisha dah tukar baju!
Seluar juga sudah tukar. Tak mandi pun, kasik lap2 saja... eh lap pun tidok, main tukar ajer, wakakaka...

Babil kan, kalau keisha ada kat rumah mama kan. Kemain baik dia layan keisha. Kira pandai la dia jaga keisha if aku pergi mandi ke makan ke. kekadang aku ada kat hall sama pun dia jugak yang jaga keisha kejar2 if keisha nak naik tangga semua.

Kelakar ajer aku tengok.
Kejap2, keisha jangan main sana..
Keisha, tak mahu la naik tangga..
Meh kita main bola sama2...

Oloh oloh olohhhhhhhhhh....

Entah la... kalau anak buah aku yang jaga, aku tak heran sangat. Disebabkan babil nie macam manja sikit, tu pasal sangat heran aku tengok kalau dia yang jaga keisha, =P

Tak sempat nak main apa pun, datang semata2 nak makan saja, boleh?

So kami makan di kenny rogers.

3 orang makan set yang ini.

Dan mama makan yang ini.
Ok salad dia adalah sedap. Ingatkan sangat lite, rupanya berat juga.
Lepas nie kalau ke kenny rogers, order yang ini sajalah. Kalau order yang set ayam, muntah nak habiskan.

Bulan 5 nak ke genting lagi untuk tido semalam.
Yeayyyyyyyyy tak sabar!

Love: Ceera =P

7 LoveGreen:

Payche said...

budak takut tinggi yang xley bla tuh...

hahahah..

kathy jem said...

Jalan sesajor jer ko ni..jeles aku tau...! =D

♥z@z@♥ said...

Keisha sgt la adorable..nak cubit plzzzzz...hehe

::Farahliza :: said...

pompuan jual jgg mmg cenggitu...sy pon dah bnyk kali terjumpe.. kalu kite order jagung mmg dia buat muka ketat bgtau jgg tak masak lg...bosan hagaknye asik org tanye je jgg x msk lg... sawan jagong agaknye...

Liyana said...

part babil jage Keisha mmg comey owh!

J.M.R said...

ni mesti naik guna exora tu ek..:-0

Jocko said...

Kalu naik ke Genting, kena try indoor dan Outdoor park,,, baru ada FEEL,,, ;)

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998